Khamis, 11 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - KOTA SETAR

Assalamualaikum.


Negeri Kedah sebenarnya memiliki banyak kota-kota lama. Mana yang bernasib baik, masih wujud dan dibaikpulih untuk tatapan hari ini. Namun ada juga yang sebaliknya.

Kota Setar..hanya tinggal nama. Diruntuhkan demi pembangunan . Sangat sayang  sekali apabila kota bersejarah ini dirobohkan semasa era Musuh Bisik pada tahun 1821 manakala pintu gerbangnya dituntuhkan pada tahun 1960 untuk membangunkan Wisma Negeri di Bandaraya Alor Setar.

Gerbang lama dan disebelahnya Pejabat Tanah dan Galian
pic credit to : mindaahad@wordpress.com



pic credit to : catitansantai.blogspot.my

Bagi menggantikan kota yang telah diruntuhkan maka kerajaan telah membina kembali bentuk Pintu Gerbang Kota di Medan Bandaraya berhampiran Balai Nobat, Galeri Seni dan Balai Besar untuk tatapan generasi kini.


Gerbang Kota Setar kini

pic credit to : reenaoline.com

Yang pastinya, gerbang asal lebih besar binaanna berbanding gerbang replika ini.. sayang seribu kali sayang. Khazanah susur galur kesultanan Kedah hancur begitu saja dek kerana tiada kesedaran pihak yang membangunkan Kedah pada masa itu.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...