Jumaat, 12 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - LUKISAN MURAL GERGASI TUN M

Assalamualaikum.

Menelusuri perjalanan di sepanjang Pekan Cina serta Pekan Melayu yang hanya dibahagikan satu jalan utama di Bandaraya Alor Setar dan mempunyai deretan bangunan lama kini lebih menarik dengan adanya lukisan mural bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

pic credit to : Kedahnews.com

Lukisan mural tersebut, yang terletak di Jalan Pekan Melayu di sini, siap pada 6 Jun 2015, merupakan usaha kerajaan negeri bersempena majlis pelancaran Bulan Pelancongan Legenda Kedah, di Tanjung Chali..


Memaparkan anak jati Kedah itu berbaju Melayu dan bersongkok hitam tersenyum di sebuah dinding bangunan dua tingkat, dengan kelebaran 100 kaki (30.48 meter), lukisan mural itu dilihat mampu menghidupkan lorong di pekan tersebut.

pic credit to : malaysianreview.com


Di sebelahnya pula, kelihatan lukisan Menara Berkembar Petronas dan kereta pertama keluaran Malaysia, iaitu Proton Saga, yang kedua-duanya menjadi antara ikon kepada Bapa Pemodenan Malaysia itu. Lukisan mural itu, menggunakan hampir 100 tin montana gold spray paint dan Dulux Weathershield dan 
mampu bertahan sekurang-kurangnya 10 tahun tanpa perlu dicat semula memandangkan ia menggunakan cat yang tidak mudah luntur dan tahan kepada pelbagai keadaan cuaca.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

2 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...