Ahad, 7 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - ISTANA KUNING

Assalamualaikum.

Istana Kuning..sebuah istana yang kini masih lagi tersergam kukuh dan juga telah dijadikan Pejabat Persatuan Kerabata Diraja Kedah.

Terletak berhampiran Menara Alor Setar (seberang jalan sahaja), istana inilah tempat bersemayam Sultan Kedah kira-kira 100 tahun lalu dan inilah juga tempat kelahiran Perdana Menteri Malaysia yang Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu anakanda kepada Sultan Abdul Hamid yang dilahirkan pada tahun 1903.

pic credit to : www.panoramio.com



pic credit to :
artmelayu.blogspot.my

Ada yang salah faham mengenai Istana Kuning dan Istana Cik Spacendra. Jangan silap ye, ianya 2 istana yang berlainan sama sekali. Walaubagaimana pun Istana Kuning tidak dibuka kepada umum, namun untuk mengambil gambar tidak menjadi masalah memandangkan lokasi istana ini agak terbuka untuk pandangan umum.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...