Isnin, 1 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - BALAI NOBAT

Assalamualaikum


Hari ini kita akan ke Balai Nobat. terletak berhampiran Balai Besar dan berhadapan Masjid Zahir di Bandaraya Alor Setar. Berikut sedikit info dan sejarah Balai Nobat ini.

pic credit to : www.memori-kedah.com


pic credit to : reenaonline.com

Menjelang pembukaan Bandar Alor Setar pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778), beberapa bangunan awal yang siap dibina termasuklah Istana Kota Setar, Balai Besar, Balai Nobat dan Masjid Negeri. Reka bentuk Balai Nobat yang asal tidak dapat dikenal pasti tetapi jelas ia diperbuat daripada kayu.
Pada Zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-24 (1854-1879), Balai Nobat yang baharu setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink.
Pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), bangunan baharu diperbuat daripada batu dan logam. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ia mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.

pic credit to : langyaw.com


Bangunan yang menyimpan peralatan muzik Nobat (Kumpulan Muzik Diraja di Istana). Bangunan Balai Nobat yang terdapat sekarang ini dibina pada tahun 1907 menggantikan Balai Nobat yang lama.Dengan ketinggian setinggi 40 kaki, di sinilah tersimpannya alat bagi permainan nobat Kedah yang dipersembahkan pada majlis-majlis tertentu seperti pertabalan, kemangkatan serta upacara-upacara tertentu. Nobat Kedah dianggap nobat paling tua dan bersejarah.

Telah dirawayatkan bahawa munculnya Nobat ini semasa hayat Nabi Allah Ibrahim Khalilullah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaannya. Kemudian diperturunkan ke zaman Iskandar Dzulkarnain. Seterusnya diturunkan kepada semua Raja-Raja di Tanah Arab, sehinggalah ke negeri Kedah semasa pemerintahan Sultan Ataillah Mohamad Shah I.Dalam riwayat yang lain pula menceritakan bahawa masa pemerintahan Almarhum Sultan Ataillah Mohammad Shah, Raja Kedah yang Pertama, seorang saudara adindanya iaitu Tunku Mohammad Jiwa telah melawat ke negeri India. 

Semasa lawatan itu, baginda telah menyaksikan suatu persembahan bunyi-bunyian yang menarik sekali. Setelah diselidiki, baginda mendapat tahu persembahan itu ialah Nobat.Sekembalinya ke Kedah dipersembahkan perkara tersebut kepada Sultan Ataillah Mohammad Shah iaitu bunyi-bunyian yang menjadi kebesaran dan kemuliaan Maharaja Hindustan itu. Baginda Sultan kemudiannya berkenan mewujudkan satu kumpulan Nobat bagi menandakan kebesaran dan kemuliaan Sultan dan sekalian kerabatnya.Dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiga lagu Nobat dimainkan, iaitu lagu "Raja Berangkat" sekali lagi dimainkan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berdua berangkat pulang dari Balairong Seri.

Pada asalnya alat-alat muzik Nobat DiRaja Kedah mempunyai sembilan alat-alat muzik kesemuanya iaitu:
Nahara, Nafiri , Dua gendang besar, Gong, Dua serunai- satu berbunyi lagu dan satu berbunyi selurus, Dua cheng-cheng- dibuat dari tembaga iaitu satu besar dan satu kecil.
pic credit to : kakiberangan.blogspot.my

Tetapi semasa pemerintahan Sultan Mohammad Jiwa, alat-alat muzik Nobat ini telah dikurangkan menjadi 6 alat-alat muzik sahaja iaitu:
Nahara, Nafiri, Gong, Gendang Ibu, Gendang Anak, Serunai

Tiga alat muzik yang dikurangkan ialah:
Serunai yang berbunyi selurus tiada berlagu
Cheng-cheng tembaga besar
Cheng-cheng tembaga kecil

Pengurangan dalam jumlah alat muzik Nobat ini bertujuan untuk menghilangkan irama muzik seakan-akan muzik Hindu yang tidak melambangkan muzik tempatan dan berunsurkan Islam.

Selain daripada alat-alat muzik yang mengeluarkan bunyi, kumpulan Nobat DiRaja Kedah juga mempunyai muzik yang tidak mengeluarkan bunyi dikenali sebagai "semambu". Ia berfungsi sebagai Mahaguru kepada semua alat-alat muzik Nobat dan mesti ada bersama alat-alat muzik lain ketika dimainkan dan ianya dipegang oleh Kalau Besar.

Kepada yang melalui Lebuhraya Sultan Abdul Halim, eloklah singgah sebentar memandangkan Balai Nobat ini hanya di tepi jalan sahaja, mudah untuk dicari.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Tahniah sebab buat discover Kedah 2016.
    Boleh saya copy untuk buat kerja kursus Sejarah PT3. Terima Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sama la dgn saya 😂 Alhamdulilah terjumpa jugak akhirnya . Boleh buat kerja khursus nanti

      Padam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...