Jumaat, 19 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MUZIUM KOTA KUALA KEDAH

Assalamualaikum.

Kembali kita ke Kota Kuala Kedah kali ini kita akan ke Muzium Kota Kuala Kedah. Petunjuk arah untuk ke muzium ini dapat dilihat di sepanjang jalan ke Kuala Kedah.


pic credi to : www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-kota-kuala-kedah

Kota ini dibina untuk mempertahankan Kedah dari serangan luar. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165. Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

Lokasi Muzium Kota Kuala Kedah

Kawasan muzium terdiri daripada bangunan muzium dan muzium terbuka yang terdiri dari pintu kota, rumah api dan meriam di tembok hadapan 





all pics credit to : blog-kedah.blogspot.com

Bawalah keluarga melawat tinggalan sejarah ini. Bagaimana kukuhnya kota ini yang pernah menjadi medan pertempuran dan serangan dari Acheh , Bugis dan Siam.

Bayaran Masuk
Percuma
Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)

"Kedah Malaysia..
where it all began"

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...