Isnin, 8 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - JAMBATAN TOK PASAI

Assalamualaikum..


Destinasi jelajah Kedah seterusnya adalah ke Jambatan Tok Pasai yang menghubungkan Kg.Kubang Rotan, Kg. Kubang Jerangau dengan pekan Kuala Kedah. Merentasi muara Sungai Kedah, jambatan ini kelihatan gah dari jauh.

pic credit to : kedahtravelog.syedalfandiphotography.com


Inilah jambatan yang aku lalui setiap minggu pergi dan balik ke tempat kerja sekarang iaitu Langkawi. Tanpa jambatan ini, aku terpaksa melalui Bandaraya Alor Setar yang sudah tentunya sibuk dan banyak kenderaan.


Jangan ingat Jambatan Pulau Pinang adalah yang pertama panjang di Malaysia. Sebelum wujudnya jambatan Pulau Pinang, Jambatan Tok Pasai terlebih dahulu dibina untuk kemudahan rakyat di sini. Mengikut cerita tempatan, jambatan ini sudah wujud sejak tahun 70an dan beberapa kali di naiktaraf sehinggalah jadi seperti sekarang.

pic credit to : dzulichan.blogspot.com

Mendapat nama Tok Pasai sempena nama seorang pendekar terkenal yang juga seorang ulama dari Pasai, Indonesia yang telah melarikan diri setelah menjadi buruan Belanda di Indonesia pada tahun 1844, malah beliau telah dimakamkan di Kuala Kedah (entrinya akan menyusul nanti).


pemandangan dari atas jambatan 
pic credit to : kedahtravelog.syedalfandiphotography.com

Jambatan ini merupakan highest point yang membolehkan kita melihat pemandangan seluruh Kuala Kedah. Dan aku sendiri dapat melihat setiap seawal subuh, kelihatan beberapa warga tempatan yang berehat di tengah jambatan ini selepas penat berjogging atau mengayuh basikal.

pic credit to :Shamsul Hidayat Omar

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...