Rabu, 10 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - KOTA KUALA KEDAH

Assalamualaikum.


pic credit to : www.memori-kedah.com

Kuala Kedah merupakan sebuah kawasan parlimen di negeri Kedah Darul Aman, di utara Semenanjung Malaysia. Kuala Kedah terletak di bahagian muara Sungai Kedah. Jarak Kuala Kedah dari pusat bandar iaitu Alor Setar cuma 10 km sahaja. 


pic credit to : blog-kedah.blogspot.my

Kota Kuala Kedah, yang juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang merupakan kota bersejarah yang dibina oleh orang Melayu dan terletak di Alor Setar, Kedah. Ia menjadi salah satu tumpuan pelancong untuk melawat bangunan peninggalan sejarah yang berkaitan dengan Kedah.

Kota  Kuala Kedah dibina pada 1771 semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa dan siap dibina pada 1780 semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II. Kota ini dibina bertujuan sebagai benteng pertahanan Kedah dari serangan musuh, terutama serangan Siam dari arah laut.


Kota  Kuala Kedah dibina pada 1771 semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa dan siap dibina pada 1780 semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II. Kota ini dibina bertujuan sebagai benteng pertahanan Kedah dari serangan musuh, terutama serangan Siam dari arah laut.

Tentera Jepun juga pernah menggunakan kota ini sebagai markas pertahanan dalam Perang Dunia Kedua.Reka bentuk kota ini dilukis oleh Hafiz Sab, yang ketika itu memegang jawatan Datuk Maharaja Kadi, manakala tukang-tukang mahirnya dibawa masuk dari India dan pada mulanya kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh. Kerja-kerja pembinaan kota ini bermula dari 10 Safar 1185 (bulan Mei 1771) dan siap padat tahun 1194H (1780M).

Pintu Gerbang Kadapuri



Gerbang Kancapuri sebelum dan selepas dibaikpulih
pic credit to : www.jejakwaris.com

Terdapat Sebuah pintu gerbang yang dikenali sebagai Pintu Gerbang Kadapuri dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka oleh Inggeris.
Kota Kuala Kedah memiliki pelbagai peninggalan artifak sejarah, termasuk meriam katak puru dan meriam badak berendam yang dibeli dari Belanda dan British di letakkan di sekeliling kota ini untuk tatapan pelancong luar dan tempatan.

Apabila Kedah dengan rasminya diletakkan di bawah penguasaan British pada 1909, beberapa pejabat kerajaan dibina dalam kawasan kota itu, termasuklah sebuah rumah api yang masih berfungsi sehingga kini. Di sini juga telah dibina sebuah muzium dan entri mengenainya akan menyusul.

Salah satu binaan yang menarik perhatian - Inilah pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim 
yang boleh dilihat dari atas Jambatan Tok Pasai dan Jeti Kuala Kedah



Terminal Jeti Kuala Kedah
pic credit to : shamicam.blogspot.com

Selain dari tempat bersejarah , pekan Kuala Kedah kini menjadi tumpuan pelancong yang mahu ke Pulau Langkawi dan juga tempat tumpuan peraih, pemborong dan oran gramai bagi mendapatkan ikan serta hasil laut dengan harga yang berpatutan.

*info sinarharian.com.my

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...