Isnin, 28 November 2011

THE COUNTRY OF GREAT WALL - PART 9

Assalamualaikum...

Akhirnya sampai jugak ke part yang terakhir..lepas gerak dari Forbidden City kami di bawa shopping ke Sunny Gold Market, masa diberi hanya 1jam setengah je. Aku tak sempat nak shoot gambar . Barang kat sini memang jauh lebih murah dari Silk Street..Lepas shopping, da lepas aku menyambar lagi 2 handbag, kami terus ke tempat dinner. Mungkin korang yang akan pergi ke Beijing lepas ni takan jumpa lagi tempat  ni sebab diorang akan berpindah ke tempat baru.

Parking khas untuk basikal aje..motorsikal sebijik pun aku tak nampak.

Pintu masuk ke restoran untuk malam terakhir.

Menu-menu lain sama jer cam malam-malam yang sebelumnya. Kat sini ada le jugak sayur taugeh..ikan goreng segaring-garingnya. So aku just ambik gambar menu yang lain dari yang lain..iaitu...

 Ayam goreng madu bercili kering..ada bran?? cili kering punya berlambak sampai kena selak-selak untuk cari isi ayam..tapi tak pedas pun..

1-1nya sup yang aku jumpa di sini yang ada sayur, telur dan cili kering..cili kering??? ya ..itulah bahan utama di restoren ni
Bukti rakyat Malaysia ramai datang ke restoran ni..penuh kat dinding depan kaunter dengan duit gambar orang Malaysia..meninggalkan jejakla kononnya..

Lepas dinner kami pun balik ke hotel..malam ni kami balik awal sikit untuk kemas beg dan apa yang patut dan aku pun tidurla sepuas-puasnya sebab esok malam hanya akan bermalam di LCCT memandangkan flight dari KL ke Alor Setar adalah keesokkan paginya..

5th day..

Kerana tak tahan dengan breakfast menu yang meloyakan tekak, pagi ni aku hentam megi cup aje lah..dapat gak kenyangkan perut yang lapar nasi lemak nih. Dalam pukul 8 cam tu kami pun bergerakkan meninggalkan Beijing dan menuju ke Tianjin..
Masih ada lagi kereta kuda di tengah kota yang sibuk

Pemandangan yang berkabus..tak lama lagi pokok-pokok ni tinggal batang aje, daun semua dah luruh

Antara design bangunan di sini..

Tol ke Tianjin..

Well..inilah pondok tol diorang..look like gondola kereta kabel je kan??

Ni Tesco kat Tianjin..besar gak bangunan dia..

Aku puji kat sini, sungai dia memang bersih

Mungkin Guardian Pharmasi agaknya..patent tulisan sama je, nama jer lain..

Pusat Karoke kat Tianjin..1 bangunan ni..

And last kami sampai kat Culture Street di Tianjin..

Pintu depan Culture Street..aku tak nampak apa-apa pun , macam tak de orang jeh.

Gendang depan bangunan tadi

Aku tak pasti apa benda ni..semua tulis cina

Lepas bangunan tu..jalan je sikit kat belakang nya..mak aih..rupanya ada jalan yang kiri dan kanannya adalah kedai-kedai lama yang menjual macam-macam barang dari yang tradisional sampailah ke makanan..

Antara bangunan lama yang menjual serba mak nenek..


Memang penuh dengan manusia..

dan lagi..

lagi..

..lagi..

Kami berhenti kat sini dalam setengah jam cam tu la. Aku tak de la beli apa pun..just tengok dan ambik gambar. Nak beli makanan pun seriau jugak kang terbeli yang ada oink-oink..apa cer?

Lepas tu kami pun di bawa terus ke restoran untuk lunch..perjalanan dari Beijing ke Tianjin hampir 2 jam, tup-tap tup-tap dah tengahari..
Bank Of Tianjin..

Kereta or motor roda 3?..ntah le.Tapi kiut sangat

Sebelum makan, kami singgah kat Snack Market ke hapa ntah..kat sini jual macam-macam jenis snack la..aku tak beli pun..was-was dengan kandungannya snack tu.

Antara pemandangan dalam market tu

sarung botol arak..ala yang macam Drunken Master tu..

Lepas tu kami pun terus ke restoran yang terletak beberapa langkah jer dengan snack market tu..tapi menu hari ni agak pelik sikit iaitu Stimboat tanpa air untuk di minum..betol-betol stimboat jer..air kosong untuk minum memang tak de..diorang cakap minum air rebusan tu jer..telan jugak la lapar punya pasal..

Antara bahan-bahan untuk di stim kan..

Bekas stim ni cantik jer..aku tak nampak pulak kat mana jual, kalau tak,nak je beli 1

Lepas lunch..tekak aku pun dah macam nak loya dah...kami pun terus bertolak ke Tianjin Airport..Flight pukul 3.30 petang..

Apa maksud signboard ni? sila potong cilok?

Ni aku paham..lane tepi untuk basikal..

 Dont drink and drive..tak reti2..?

Jangan mencampak kulit pisang dari kereta anda..haha
Dalam pukul 2 petang cam tu sampai la kami di Airport..check in semua siap-siap (kat sini takde kios self check in ye..) aku dan Cuda pun lepak-lepak la sementara tunggu depature..kali ni  kami jadi artis sebab naik flight paling last dari orang lain..jalan lenggang lenggok dengan bangganya..releks la..seat dah beli..tu pun ada yang sengal p dok kat seat kami.

Gambar last kat Tianjin..after this..bye2..

Okeh..itu je liputan cerita sepanjang aku di sana. Sampai kat LCCT dalam pukul 9.50 malam, 10 minit awal dari jangkaan. Malam tu kami pun lepak-lepak dalam keadaan separa sedar sebab letih dan mengantuk sementara menunggu flight dari LCCT balik ke Alor Setar..On the way nak balik dari LCCT pulak hujan ribut siap dengan kilat-kilat bagai..itulah 1st time aku naik flight yang bergoyang-goyang dari mula terbang sampai landing..kecut perut la weh..berdoa sepanjang jalan ..mula tu angan-angan bolehla lelap kejap dalam flight..rupanya hampess

And pukul 9pagi sampaila aku kat rumah aku...dan incik suami tersengeh depan pintu tunggu kot-kot aku beli apa-apa untuk dia..esoknya aku demam selsema dan batuk selama 5hari..sekian..

17 ulasan:

  1. Luas pemandangan,luas juga pengetahuannya..bab mkn2 tu saya suka..emm lps ni apa lg ye..rasa saya pun dah sampai sana..

    BalasPadam
  2. Salam,
    Penceritaan serta gambar-gambar menarik sekali. Terima kasih atas perkongsian. Henbeg2 dah dilaramkan belum? Hi Hi...

    BalasPadam
  3. cinnanmon..ya ..tunggu apa lagi..tahun depan awak pulak yg p..nak jugak dengar apa cerita awak nanti..hikhikhik

    BalasPadam
  4. hajah..salam..tq..sy crita apa yg berlaku..ya..beg iru sudah pun saya laram..bawak brand prada lagi..hahah..prada celop..kihkihkih

    BalasPadam
  5. Salam Pen Biru..dah banyak part saya ketinggalan..sekali dah sampai part terakhir rupanya.psttttt mana gambo handbagnya?
    Salam Maal Hijrah buat Pen Biru sekeluarga

    BalasPadam
  6. ixoraroxi..ala lupala..dah guna pun..heheh

    BalasPadam
  7. 1 pengalaman yg menarik..anyway selamat pulang ke tanah air.

    BalasPadam
  8. finally, the end.
    penuh detail information akak. next time kalau ada rezeki g china, saya kena bukak balik entry2 akak, buat panduan:)

    BalasPadam
  9. cik jatt..ok je..nak tnya apa2 pun silakan.kalau sy boleh jwb, sy jwb.hheheh

    BalasPadam
  10. juliet_ira..mmg seronok..hehe

    BalasPadam
  11. hehe..stimboat dia pon meloyakan ya..nk baca yg lain plak..syok betul ah..

    BalasPadam
  12. rina..bau tu yg tak tahan..tengok nasi goreg dia cm best..tapi TAWAR GILA..sabar ajela

    BalasPadam
  13. wah tol dia kelas..keta yg roda 3 tu kiut sgt..papan tanda tak bley blah!

    best dpt melawat negara org.sekian..:)

    BalasPadam
  14. puan kutu..terima kasih atas komen..selamat melawat nanti.sekian :) hikhikhik

    BalasPadam
  15. sonoknyerr gi beijing kanns.. ehhhee

    BalasPadam

SILA TEKAN KEYBOARD ANDA UNTUK MENULIS. :p

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...