Ahad, 20 November 2011

THE COUNTRY OF GREAT WALL - PART 4

Assalamualaikum..

Entri semalam semuanya pasal Great Wall aje..hari ni nak masuk pasal lain pulak. Lepas berpenat pengsan kat Great Wall , sampai sakit paha dan betis, kami teruskan perjalanan ke kilang pembuatan pasu tembaga. Terpaksa p jugak sebab dah termasuk dalam itenary tu.

 Susunan Dinasti-Dinasti yang memerintah China sehinggalah ianya dijadikan sebuah negara republik.

Intro kat pintu masuk..dahtak de mood nak bergambar..kaki sakit weh!

Antara paspasu yang dihasilkan..nampak macam porselin, tapi sebenarnya dibuat dari tembaga.

 Yang ini semuanya dah siap untuk dijual..tak beli pun.Buat semak je..aku tak minat pun.


Lepas puas menjamu mata, terus p lunch. Tempat yang kami lunch tu besar. Kat bawahnya ada kedai-kedai jualan. Tapi si Miss Cathy tu dah pesan, jangan beli sebab kat situ mahal. Dia akan bawak ke tempat yang murah lagi..kira ok la dia dah bagitau kami awal-awal..

Inilah dia tempat lunch dan solat..

 Inilah lunch kami..boleh la tahan..dan kena dengan tekak..

Lepas kenyang, kami pun terus ke surau yang ada di tingkat 3.. (retoran tu tingkat 2) aku lupa pulak nak tanya Cathy apa nama tempat tu..

Rak kasut??? Kenapa aku ambik gambo rak kasut??? ada ceritanya..
Camni ceritanya. Rak kasut tu sebenarnya ada disediakan dekat denagn surau sebelah bilik air tempat wuduk. Toilet kat sini 1-1nya ada cebok(gayung). Dan yang paling menarik perhatian aku, ada 2 orang (sorang lelaki dan sorang perempuan) yang berdiri tercegat kat rak kasut tu. Tugasnya?...ada sebaris kerusi bertentang dengan rak kasut. bila kita duduk di kerusi tu dan mula buka kasut kita, dia akan ambik selipar dan hulurkan kat kita. Lepas kita guna, dia juga yang ambik selipar tu dan letak ditempat asal. Sejadah pulak siap dibentang, kita hanya sarung telekung dan sembahyang jer.

Aku terkelu tengok kerja 20rang tu. Kalaulah 2 orang tu adalah orang islam, aku rasa ada tempat di syurga untuk diorang ni sebab dah permudahkan kita nak solat. Aku ucapkan sei-sei(betul ke ejaan aku ni) kat diorang..tersengeh sampai telinga sampai tak nampak bijik mata diorang punya senyum..seronok lah tu ada orang hargai kerja diorang tu. Itu di Beijing, China, yang sah-sah bukan negara Islam. Di layan sampai macam tu. Kat Malaysia atau negara Islam yang lain ada ke??? 


Pokok-pokok kat sini semuanya di cat putih..sebenarnya bukan cat tapi sejenis ubat untuk elakkan pokok tu diserang kulat masa winter nanti


 Keadaan trafik yang belum lagi sesak..kira ok la ni. Masa ni baru pukul 3. Tapi dah macam pukul 5.

Sampai jugak ke tapak stadium tercantik pernah aku tengok. Nak masuk pun siap kena security check lagi, siap scan-scan beg bagai..pergh!


Pintu masuk dataran stadium tu..scan beg dulu mana tau ada orang bawak bom nak bom stadium tu..haha

 Akhirnya sampai ke Stadium Sarang Burung atau dikenali sebagai Bird Nest Stadium

Ianya memang dibina khas semata-mata untuk sukan Olimpik 2008. Kami di beri masa 40 minit jer untuk bergambar kat situ. sebab tak nak terlepas show akrobatik yang akan bermula jam 5.30 petang.

Aku tak jumpa 1 sampah pun kat sini tau..bersih!

 Ini salah 1 public transpot yang ada di Beijing.. Yang ni ada di dataran sebelah stadium tu. Siap tarik tangan ajak naik. Gila ka hapa..

Jamban moden tapi tetap tak de paip air..

 Aku terpesona dengan muzik yang di alunkan oleh orang buta ini..sedap sungguh bunyinya..main tanpa minta bayaran..suka hatilah nak sedekah berapa pun..

Setakat ni jer mampu aku pergi dengan masa 40 minit..Bird Nest Stadium dari jauh..

Lepas je penat menapak nak cari sudut yang sesuai utnuk bergambar, kami berpatah balik ke bas dan di bawak ke tempat pertunjukkan akrobatik. Dapat je tiket terus masuk ke dalam. Oleh kerana kami masuk awal sempat la aku tengok gelagat orang. Tiba-tiba datang 2 kumpulan apek dan ahso tua dari ulu barangkali..punya la bising. Tak pernah masuk pekan kot. Hingar nak mampus . Dah start show baru diorang diam!

Antara show yang best...


 Barisan pelakon dan ahli akrobatik yang layak di beri tumbs up..memang best tau.

Lepas habis show , terus kami dibawa ketempat dinner. masa ni dalam pukul 7 malam cam tu. Suhu sejuk tapi aku masih mampu bertahan..

 Depan restoran tu..

Menu malam itu..lepas kami dah habis makan tiba-tiba sampai lagi 2 pinggan sayur..erk???..balik ajela nasi pun dah abis.

 Aku suka bangunan ni..lampu yang ada di bangunan ni bertukar-tukar kaler dan corak formasi..sorri la gambar gegar sebab shoot dari atas bas..

Okeh.. lepas dinner terus balik ke hotel..tunggu esok la aku masukkan entri untuk hari ke-3 dengan pengalaman yang aku nak kongsi dengan korang.ok..adeus!

Bersambung...Beijing Part 5

10 ulasan:

  1. wey,part acrobatic tu,kalo hg upload video dia,heheh..nmpkla kepala budak tu...

    BalasPadam
  2. yg tu aku akan post last sekali

    BalasPadam
  3. syok baca pengembaraan ni...uniknya kat sana... :)

    BalasPadam
  4. Dalam intenari lawatan ke kilang-kilang kerajaan spt, ubat, jade, silk, kristal dsbnya adalah satu kemestian. Kalau tidak travel agent tidak dibenarkan renew lesen.

    BalasPadam
  5. hjh : itulah yg tour guide sy bgtau. gov depa memag strict tp ok la jgk at least gov depa mjaga industri n syrkt2 di negara depa...tapi kita jugk la yg boring

    BalasPadam
  6. ikatankasihku..sy nak kongsi dgn kawan2..sbg persediaan , manatau infuture ada kawan2 yg nak p sana

    BalasPadam
  7. wah stadium sarang burung tu yer...tgk live tuh...jeles nyer..

    BalasPadam
  8. papa mifz:..ye tengok live tapi tak semapt nak p dekat pun..jauh sgt nak menapak dgn masa yg suntuk

    BalasPadam
  9. bestnya..semakin teringin nk melancong ke sana..nk pi baca entri great wall lak..

    BalasPadam
  10. rina..awak pun boleh p la..kena book tiket flight dulu.cari yg harga murah..

    baca jgn tak baca..hehehe

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...