Isnin, 21 November 2011

THE COUNTRY OF GREAT WALL - PART 5

Assalamualaikum...

Day 3...

Masuk hari ke 3 di Beijing. Ikut plan untuk harini, kami akan dibawa ke Summer Palace (Istana Musim Panas). Tapi sebelum sampai ke sana, kami di singgahkan lagi dengan tempat-tempat yang aku tak berapa nak suka. Ini pengalaman yang paling aku nak share dengan korang, kalau korang ke Beijing 1 hari nanti..peringatan dan juga pengajaran.

Aku suka signboard kat Beijing ni sebab siap dengan gambarnya sekali. Sesuai untuk yang tak faham bahasa atau dalam kata lain "buta huruf" !

Aku nak korang ingat tempat ni!

 Ini lepas aku turun bas.. Foot Masage Center..cam betol-betol tempat ni okeh!

Ni gambar kat dalamnya..

 Herba la kononnya..

Cam ni ceritanya. Kami disinggahkan ke Foot Masage Center..dalam itenary tertulis "enjoy foot masage at Foot Masage Center"..ye la enjoy..Kami dimasukkan kedalam sebuah bilik (kat situ ada banyak bilik). Masuklah sorang mamat indon ni. Dia kata siap puji kitorang ni tetamu agung la..(hotak dia). Cerita itu ini..siap kata doktor kat situ adalah yang terbaik dan bertaraf professor dan bagi perkhidmatan ikhlas.Podah!

Siap kutuk aku lagi dia kata aku  ni banyak penyakit sebab badan aku besar.. Ingat dia tuhan ke hapa. Nak je aku hayun tapak kasut kat muka dia. Nasib ingat aku ni kat tempat orang jer..pas tu masuklah beberapa orang pekerja bawak besen berisi air panas dan herba rendaman kaki.

Tapi sebelum tu dia cakap orang mengandung dan yang berumur bawah 21 tahun tak boleh buat urutan tu..Aku follow je nak dengar apa lagi dia nak kelentong.

 Inilah si botak yang ayat power tu..ingat sikit muka dia..

 Aku ambik gambo ni sebab aku bosan tengok muka dia

 Rendaman herba la konon..aku rendam jerr

Lepas rendam, datanglah beberapa orang pekerja yang nak mengurut kaki. Tak lama pas tu, masuklah kononnya doktor-doktor tahap professor yang ikhlas tu..Siap pegang nadi je boleh explain aku ni sakit itu la ini la..sedangkan penyakit utama aku dia langsung tak sebut (aku ni low blood). Aku layan jer. Dia kata kalau nak sembuh kena beli ubat dia harga RMB1600 (RM800). Aku cakap aku tak mau sebab aku dah ambik treatment dengan hospital kerajaan..banyak kali aku kata tak mau, last-last dia blah..tinggallah si pentranslate dia dok cucuk aku lagi..aku buat deek je..

Last-last  si Cuda beli herba rendam kaki tu (aku share dengan dia), barulah diorang blah..tinggallah tukang urut tu jer..sempat la kau dan Cuda berbual-bual dengan diorang..

Yang best tu, pasangan warga emas yang join  trip tu pun kena kencing weh.. kena beli ubat harga sampai RMB9000(RM4500) .Cara diorang explain tu betul-betul macam penyakit orang tua serius dan boleh mati la kalau tak ambik ubat diorang..fuuhhh...jahat betol laa..Sampai hari last kami di Beijing pun Uncle tu dok meurngut itulah peristiwa paling jahat pernah dia kena..nasib baik dia pun tak beli.

So, korang ingat ye..kalau (memang wajib akan dibawa tour agen kalau ambik pakej) sampai kat tempat yang dinamakan Foot Massage Center, tak kisahlah syarikat apa, BEWARE!!! Mengaku je korang bwah umor 21 or tengah mengandung. Abis citer..ataupun, jangan masuk terus ke dalam bangunan tu.

Lepas kitorang blah dari tempat penipu paling besar tu, kami dibawa ke Knife Center ke hapa ntah. Aku pun tak concentrate sangat sebab tenagh terkenang betapa masa terbuang bila di bawak ketempat cam tu..kat Knife Center ni, macam biasa kami dibawa masuk ke bilik khas..dengar je staff dia membebel yang memang aku sepatah haram tak paham...(konon fasih BI la..)..last-last dia jual pisau dia, gunting dan alat kupas buah multipurpose tuh!


 Ini la tempatnya.

 Inilah minah yang berkenaan..

Aku suka dengan pisau tu sebenarnya, tapi kat Langkawi pun bersepah..so malas nak tabur duit kat negara orang. Aku keluar dengan tak beli apa-apa..dan Uncle tadi masih membebel kes urut kaki tadi..hahah

Lepas tu kami di bawa lunch..

 Menu yang lebih kurang sama..tak berapa nak inzal pun..

 Next destination..Summer Palace...

 Ini le public phone diorang..hahah..macam buah oren jer aku tengok

Dalam pukul 12 lebih sampai la kami kat Summer Palace..tak jauh dengan restoran yang kami singgah makan tadi..

 Kelihatan si Cathy tengah beli tiket masuk..

 Pintu masuk ke kawasan Summer Palace..

 Wow..memang cantikkkk....

kami diberi masa 40minit jer untuk bergambar. Ni yang aku hangin..tempat yang best cmni dai bagi masa sat sangat. Kalau bagi 2 jam baru cukup..tak dapat aku pegi rpat dengan istana tu.. Katanya Istana ni dibuat khas untuk Maharaja dan anak beranak dia duduk bila masuk musim panas sebab kat sini suhu dia sentiasa sejuk..Yess..memang sejuk..best gila aku kat sini..terlupa seketika kes penyamun tarbus kat Foot Massage Center tadi.

 Mampu zoom kamera jerr..sedey..

 Belakang aku ni macam wakaf la gitu..sebelah kanan tu jambatan yang bersambung dengan kawasan Summer Palace diseberang tasik

Signboard ni ada di belakan Wakaf tu yang bertentang dengan jambatan..

Aku pun cepat -cepat berjalan nak melintas jambatan tu sambil shoot jer apa yang aku nampak menarik..


 Pintu masuk kawasan Summer Palace selepas jambatan..

 View ni adalah sambungan dari kawasan selepas jambatan..memang luas ya amat kawasan dia..

 Peta kawasan Summer Palace

 Aku and Cuda..

Sibuk merakam video atas jambatan..(rasa nak nanges bila dikenangkan sebab on the way balik hotel..handycam tu ada problem..abes gambo yang aku rakam..uwaaaaa!!!!

Oleh kerana ralit dengan persekitaran yang cnatik tu, aku dan Cuda lah yang paling last naik bas..semua orang tunggu kami, Si Cathy tunggu kami depan pintu masuk..kami pun naik bas tanpa perasaan bersalah dn dengan muka selamba macam tak buat apa-apa salah pun..hahahaha

Ok..esok aku sambung lagi cerita seterusnya..Adeus!!!

Bersambung...Beijing Part 6

16 ulasan:

  1. dah nampak pen birunya..baju pun biru...comel orangnya..

    BalasPadam
  2. sya penah gak dgr psl kena kelentong tu..

    sana mmg camtu kan...
    dah sah-sah kite selalu dpt brg2 from china murah2, tpi sampai sana leh mahal gila babas lak...geli jek!

    BalasPadam
  3. bape hari akak g beijing nie?banyak part dah..hehhe.enjoy ur holidays ok..insyallah akan smpai ke china nanti....

    BalasPadam
  4. hahaha. lawakla akak citer pasal foot massage tu. ubat mahal nak mamp.., menipu sah2.
    kalau orang bawak saya gi situ, saya pilih mengaku umur 18 tahun:)

    BalasPadam
  5. waa... seronoknye g beijing.. teringin nak g luar negara

    BalasPadam
  6. cinanom..ye ker..ni terlebih comey dah ni..huhuhu

    BalasPadam
  7. noriz..memang iye..btol2 menyakitkan hati

    BalasPadam
  8. tiramiesu..5hari 4 malam..memang enjoy, tapi kena klentong pun byk jugak..ahaks

    BalasPadam
  9. cik jatt..awak bolehla nak ngaku umo 18..badan awak kecik..kalau sy nak ngaku 18...nampak sgt menipu..heheh

    BalasPadam
  10. su perbs..awk pun boleh p..ada 2k dah boleh sampai

    BalasPadam
  11. amboi enjoy sakan noo depa kat beijing..:)

    BalasPadam
  12. lain tempat lain ceritanya..

    best kan dapat jejalan kat negara orang :)

    BalasPadam
  13. puan kutu..hehehe..bukan selalu.

    BalasPadam
  14. dkna, sbb tu org kata, jauh perjalanan luas pemandngan, brtambah pengetahuan..dkna pun boleh p nanti

    BalasPadam
  15. aih kena ingat nih kalau gi foot massage center tu jgn terpedaya dgn dakyah-dakyah mereka..


    view kt summer palace tu mmg cantiklah..

    BalasPadam
  16. rina cik betty..ya kena ingat tu..pandai btol depa nak perayat kita..

    btw, kat summer palace tu memang best...sejuk je kat situ..

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...