Khamis, 3 November 2011

SESUATU TENTANG AKU

Assalamualaikum...

Aku nak berkongsi perihal aku dengan korang. Bila dah kenal, baru tau aku ni macam mana orangnya.

1.  Walaupun aku menggelarkan diri aku Penbiru..tapi pada hakikatnya aku tak berapa minat kaler biru. Hanya dalam beberapa hal tertentu saja aku pilih biru dari kaler-kaler lain. Apa-apa pun, biru bukanlah kaler aku..kaler kegemaran aku ialah MERAH..puas hati???

 Gambar lepas SPM.1997.dari baju,tudung, beg sampai ke helmet pun kaler merah..(gambar aku dengan BFF aku, Siti Aminah yang sekarang berada di Hiroshima)

Inilah intan payung aku..Cik Ah yang memang sah-sah merahnya..

2.  Fizikal aku nampak amat brutal. Gaya aku bercakap dan ketawa tidak menampakkan siapa aku yang sebenar. Aku nampak garang, kasar dan chengey. Hakikatnya, airmata aku akan jatuh tup tap tup tap tanpa diundang tiap kali aku tengok Bersamamu TV3, atau bila aku dengar lagu Ayah Dan Ibu nyanyian Allahyarhan Sudirman . Sesungguhnya dalam hati ada taman, ada paham!

3.  Di ofis, mulut aku amat bising. Lepas bercakap..aku menyanyi..penat menyanyi aku membebel..letih membebel..aku mengucap. Ada-ada saja yang aku nak bisingkan. Hakikatnya, aku lebih banyak berdiam bila aku di rumah. Aku amat pendiam ok!

4.  Kalau di tengok dari segi saiz, aku pasti ramai yang anggap aku ni kuat makan. Hakikatnya aku hanya makan 1 kali sehari dan paling banyak pun 2 kali sehari. Aku jarang ambik breakfast, aku makan lunch terus. Sebenar-benarnya aku tak kuat makan, mengerti?

5.  Aku seorang yang sound direct. Bunyinya kadang-kadang pedih. Kalau aku suka, aku akan kata aku suka. Kalau aku tak suka, aku kata aku tak suka. Aku tak pandai berlakon. Tiap ayat yang keluar dari mulut aku adalah benda yang paling jujur dan ikhlas. Dalam kata lain, aku bukan hipokrit !
Itu jer tentang aku. Jadi benarlah kata pepatah, Don't jugde a book by its cover.., Tak kenal maka tak cinta. Aku berhenti di sini dulu..Adeus!!!

8 ulasan:

  1. lebih kurang ngan perangai aku jugak ! jangan hipokrit kalau nak hati ni aman selalu, hehehe :)

    BalasPadam
  2. tapi ramai yg tak berapa boleh nak trima kejujuran kita ni..kan..heheh

    BalasPadam
  3. samalah..sy pon kurang gemar kaler biru..


    merah adalah warna kegemaran sy zaman anak dara dulu..tp bila dh makin berusia suka kaler purple pulak hehe


    ambil breakfast jgn lupa..itu plg penting tau!

    BalasPadam
  4. rina..heheh..ok2..nanti sy ambik bfast..tapi menunya cm lunch..ok ker.heheh

    BalasPadam
  5. adakalanya memang warna kegemaran boleh berubah, ikut suasana, mood & persekitaran...dan satu lagi, budaya juga turut mempengaruhi pilihan warna kegemaran kita

    BalasPadam
  6. kak amie..ye la kan..betul tu

    BalasPadam
  7. wah! bagusnya....perkenalkan diri mcm ni...at least xdelah orang nak salah anggap ke hape kan...kite pon jenis yang direct jugak...bukan jugak cakap tak berlapik ke hape, tapi tak suke nak bodek2 orang, puji2 tak tentu pasal ni.

    BalasPadam
  8. nuwairani..yup..slalunya org cm kita ni org tak berapa gemar ..maklumlah tak reti nak bodek

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...