Rabu, 23 November 2011

THE COUNTRY OF GREAT WALL - PART 7

Assalamualaikum..

Day 4..
Aduyai..jenuh jugak nak habiskan cerita pasal p Beijing ni..Ok masuk hari ke 4. Ikut itenary hari ni kami akan di bawa ke Forbidden City..sementara nak sampai sana, macam biasalah, kami disinggahkan dulu ke tempat-tempat yang berstatus syarikat GLC.

 masa ni baru pukul 8pagi...jem!

 Pemandangan biasa di Beijing..

Untuk pengetahuan korang, di Beijing, kerajaannya mengamalkan undang-undang yang cukup ketat untuk kurangkan kesesakkan ini. Setiap hari 2 no kenderaan tak dibenarkan berada atas jalan. Nombor yang terakhir setiap plat nombor itu yang dikira..Contoh no plat B02567..so hari yang tak boleh masuk town adalah pada hari Rabu.

Sabtu dan Ahad semua nombor plat boleh masuk town. Hari Isnin yang tak boleh masuk town adalah no.0 dan 5, Selasa no.1 dan 6, Rabu no.2 dan 7, Khamis no.3 dan 8..Jumaat 4 dan 9. Apa yang menariknya disini, saiz nombor plat adalah sama dan takde yang lain.Standart la. So memang tak de saman nombor plat yang tak tepati piawaian, yang ada, hanya saman pada kenderaan yang tak patuh hari tak layak berada atas jalan.

Saman parking pun takde..aku tak nampak pun semua tu. Plat kaler biru untuk kenderaan persendirian, plat kuning untuk kenderaan awam dan plat putih untuk kenderaan kerajaan. Hanya plat kenderaan awam jer perlu patuh peraturan tak boleh masuk town pada hari yang tak dibenarkan.

 Aku tak sure ni apa..tapi ia menarik perhatian aku..

 Bangunan lama yang masih bertahan..

Akhirnya kami disinggahkan ke satu-satunya  kedai GLC yang dimiliki warga Malaysia. Si Cathy ada cakap, pemilik kedai ni sangat bijak sebab masa sukan Olimpik dulu, hanya dia yang nak tapak kedai di jalan Subway..rupanya bila dia berniaga di Subway memang laku sebab Subway tu menghubungkan Bird Nest Stadium dengan hotel peserta Olimpik..

So bila diorang dah lalu, mesti diorang singgah..dan beli..Diluar koridor kedai tu ada gerai kecik yang menjual pelbagai barng..tapi tak banyak la. Kalau korang nak beli Fridge Magnet, better beli kat sini sebab harganya paling murah antara semua tempat.. 3 keping RMB10 (RM5 untuk 3 keping). T-Shirt pun ok..memang sini yang paling murah.

 Pintu masuk ke Subway tu..

 Inilah rakyat Malaysia yang paling berjaya di sini ..nama dia Steven..dia la pemilik kedai ni.

Kedai dia menjual pelbagai barang jade . So kalau nak beli jade, beli kat dia. Dia bagi harga adik beradik. Yang menariknya , Steven ni sangat seronok bila nampak orang Malaysia datang ke kedai dia dan dia anggap, adik beradik datang melawat dia. Cakap melayu berabuk..nampak sangat dia gian nak cakap Melayu..Steven ni berasal dari Ipoh. Hanya di kedai dia kami disambut dengan minuman..teh cina la apa lagi.

Sambil-sambil gelak dia boleh kutuk sambil gelak kat staf dia depan kitorang sebab dia cakap Melayu, budak-budak tu tak paham..dan yang paling aku tak boleh lupa, sebelum kami balik, dihadiahkan kami sorang satu loket jade yang bulat tu..Memang dia tak kedekut..muda lagi Steven ni..baru 28..single lagi wehh..

Masa kami dikedai dia, sikit pun dia tak cerita pasal jade..yang dia cerita adalah perihal diri dia yang tersiksa duduk kat sana..Katanya makanan Cina sedap sebenarnya, tapi masakan di Beijing langsung tak sedap, yang sedap hanya telur dadar saja..hahah buat lawak la pulak. Dia yang memang cina pun tak lalu nak makan!


 Antara barang kemas yang dia jual..

 Ini nama kedai dia..ingat tu..

 Antara showroom dalam kedai dia..

Kat sini aku sambar set rantai tangan dn rantai leher jade..murah gile..RMB100 (RM50 jek). Dia ada bagitau kami, pekerja kedai dia lah yang bergaji paling mahal kalau nak compare dengan pekerja di syarikat GLC yang lain iaitu RMB800 (RM400). Yang lain semuanya gaji rendah. Dan baru aku tau kenapa pekerja kat Silk Street betul-betul pujuk kita smapai beli barang, rupanya kalau dalam seminggu ada 1 hari diorang tak leh jual barang, diorang boleh kena pecat, sebab kat Beijing manusia ramai tapi peluang kerja tak de..oowh..no wonder la..

Dia juga kata cina China kuat pembohong..hahahah..itu dia yang cakap. So dia pesan jangan percaya sangat dengan orang sana..ekekekekek

 Koridor dalam Subway tu..dalam ni suhu bawah dari 4darjah..yang aku boleh tau, aku tengok kat Fridge Magnet yang ada termometer yang aku beli kat situ..jari dah beku..nak kira duit pun dah blank time ni..

Seterusnya kami di bawak ke Silk Factory..aku memang berangan-angan nak beli kain ..tapi tengok ajelah..

Lobi depan..

 Amoi ni dok explain macam mana dari ulat sampai jadi kain..yang dia pandai sebut.."kepompong" dan selimut jer..

 Baju maharaja cina yang katanya dihasilkan disini (dulu-dulu punya kedai la ceritanya...)

 Harga untuk sutera yang diorang jual..untuk harga dalam RM korang bahagi jer dengan 2

 Lukisan sulaman benang sutera..memang cantik dan halus..

Mula-mula aku memang niat nak beli kain ela..tapi bila ditengok pada design , terus cancel..corak memang aku tak berkenan dan langsung tak banyak pilihan..Aku cuba nak keluar dari sini, sekali si Cathy cakap, kitorang kena berada dalam bangunan tu paling kurang 45minit..sampai macam tu sekali..kalau tak dia kena complain dengan kedai tu..

 Apa itu ulat sutera.huruf besar dan kecik bercampur aduk jek..

 Ulat sutera yang dibuang dari kepompong..dah arwah dah ulat ni.

 Kepompong yang masih ada benang...

 Nyonya yang tengah buat kerja ni sebenarnya tengah senyum lebar..dia ingat aku tangkap gambo dia.hahahahah...

 Ini tangan aku ye..heheh

 Ini benang mentah..yang belum di tenun jadi selembar benang pun..

 Bangga tengok gambar Tun kat sini..saaayang Tun..

Lepas keluar dari kedai tu , kami pun p lunch dulu la..cuba korang tengok pinggan makan tu..besar tapak tangan je..sedey btol

yang ni boleh tahan la menu dia..

Kalau diikutkan dalam itenary, kami kena singgah ke 3 buah masjid, tapi memandangkan hari yang cepat gelap dek musim seujuk, hanya 1 masjid jer kami sempat singgah..Masjid ni lah yang paling dekat dengan silk Factory tu.

Dari luar masjid

Pintu masuk ke masjid.

meja dan kerusi ni untuk prang mengaji Al-Quran..ada kat ruang solat perempuan

 Binaan siling masjid yang amat menarik perhatian aku..
Ruang solat

Dari sisi masjid

Aku sendiri lupa apa nama masjid ni. Bahagian depan yang korang nampak tu adalah ruang untuk kelas-kelas agama. Untuk sembahyang ada di belakang bangunan ni, ianya masjid asal yang dah lama. Korang tengok la gambar kat atas nu..itulah masjid yang  sebenarnya..

Aku bersyukur kerana dapat jejakkan kaki ke rumah Allah di Beijing ni. Bersih dan bilik airnya siap dengan selipar dan ada yang menjaganya.Okeh..entri esok adalah mengenai next destination yang aku sikit terkilan tapi itulah yang berlaku. Nak tahu apa kisahnya, tunggu...kita berhenti disini dulu, Adeus!!!

Bersambung...Beijing Part 8

16 ulasan:

  1. hja..x beli pun..sy tak minat.lagipun x berapa nak matching dgn umah sy yg kecik..heheheh

    BalasPadam
  2. abghani..RM1600..bla bla bla..bawah 2k la.lagi ramai lagi murah

    BalasPadam
  3. ooo .. best nya .. nk pi jugak lah ikut trip .. huhu

    BalasPadam
  4. halila..boleh p..semua org boleh p.ada 2k pun dah boleh smpai

    BalasPadam
  5. wah masjid nyer rekabentuk nyer unik yer...

    BalasPadam
  6. papa mifz..ya memang unik dan kalerfull..eh..anak sedara sy pun nama mifzal jugak.. wan mifdzal fahri..

    BalasPadam
  7. busynya sana ya..

    pukul 8 pagi dah jem..

    cantik la di sana..

    BalasPadam
  8. unik masjid tu. cantik sangat

    apala agaknya yang jadi next destination tu ehh

    BalasPadam
  9. apsal asik dgr cerita org gi belah2 korea, beijing, chine je skrg...huhuh...tahun dpn nampak gaya kene buat trip ke sana la pulak.

    BalasPadam
  10. best betul baca pengembaraan awak kat beijing nih..rsnya sy dh terlepas bnyk episod..sy nk gi baca back to back dulu..

    BalasPadam
  11. ila, memang bz..ila pun boleh p sana..tak de la mahal sangat pun..

    BalasPadam
  12. nani..heheh..saje nak perangat nani..yes, tahun depan turn nani pulak p sana

    BalasPadam
  13. cik jatt..memang cntik..walapu kalerfull, tapi cantik la kat dalam.kat laur je nampak cm pelik sikit

    BalasPadam
  14. rina cik betty, baca le jgn tak baca..ambik pengalaman sy ni.mana tau kot2 nanti awk nak p..dah ada sikit tips dari sy

    BalasPadam

SILA TEKAN KEYBOARD ANDA UNTUK MENULIS. :p

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...