Khamis, 24 November 2011

THE COUNTRY OF GREAT WALL - PART 8

Assalamualaikum..

Masih lagi 1001 cerita yang aku bawak balik dari Beijing, maklumlah 5 hari di sana, pelbagai kenangan dan pengalaman yang aku dapat dan aku rasa rugi kalau aku tak share dengan korang semua yang mungkin berhajat nak kesana. Kalau tak berhajat pun, ianya boleh dikongsikan jugak sebagai satu ilmu.Ok lah..lepas jer kami siap solat Zohor (12.15 tghari ) kami dibawa ke next  destination..

Our next destination ... Dataran Tian Men (Tianmen Square) katanya seluar 4000meter persegi...Coaster kena parking jauh dan kami kena menapak..

Tunggu turn nak lintas jalan

Daun pokok ni akan luruh tak lama lagi..

Pemandangan dari tepi..

Nah..memang luas..dan disini lah tempat orang-oang China  sambut Hari Kemerdekaan diorang.

Muzium Beijing ada disebelah kanan..ikut hati nak je aku masuk melawat tapi tak ada dalam itenary..next time kalau aku sampai sini, aku memang akan masuk.

Disebelah kanan adalah Menara Tianmen..di belakang menara adalah bangunan persekutuan

Di belakang..adalah skrin terpanjang di China..ada 2 buah skrin kat situ

Selapang-lapang dataran..

Akhirnya aku berdiri di dataran ini..gambar apek kat dinding tu adalah pengasas Republik Rakyat China..atau dalam kata lain pengasas negara China

Muzium ni..memang aku ralat sebab tak dapat masuk

Lepas puas bergambar, kami masuk ikut subway untuk keseberang jalan menuju ke Forbidden City..Yang aku salute dengan orag-orang kat sini, semua orang akan guna subway, tak de pun berani-berani lintas jalan. Kalau kat Malaysia, hmmmm..jejatas ada eskelator pun tetap ada jugak yang melintas jalan di bawah.

Pintu masuk ke subway...

Keadaan dalam subway ..luas jugak


keluar dari subway..this is the one and only toilet yang ada kat sini..

Tiang ni ada di hadapan pintu masuk Forbidden City..bentuk pedang sebenarnya..

Dihadapan pintu masuk Forbidden City..

Forbidden City ni luas yang teramat sebenarnya. Cerita si Cathy ada 9,999.5 bilik dalam Forbidden City ni., yang dihuni oleh pembesar, kerabat, pekerja istana, gundik dan sebagainya.  Bila aku tanya kenapa ada .5 katanya sebab bilik tu bapak Maharaja yang punya kalau tak salah aku..Aku pun tak berapa dengar sebab bising dengan suara orang yang ramai..lautan manusia.

Melangkah masuk melalui pintu lapisan pertama.

Kalau korang nampak koridor atas bangunan tu sebenarnya ada diletakkan 3 patung  yang kononnya Maharaja, Maharani dan sorang gundik kesayangan raja..katanya itu contoh macammana maharaja dulu nak bagi titah kat rakyat jelata yang berada diluar kota ni

Pintu lapisan kedua dibelakang aku tu..nak masuk tapi katanya hari ni tak boleh sebab ada kunjungan ahli diplomatik apa ntah..aku frust..

Tengok aje dari jauh..

Aku, Cathy dan Cuda..dibelakang kami adalah pintu keluar sebelah timur kota ni..dan di tepinya adalah deretan dorm untuk askar..yelah..kota ni kan dijaga oleh askar..tentulah ada dorm untuk diorang.

sibuk merakam view disekeliling kota..tangan kiri pegang kamera, tangan kanan pegang handycam..nilah yg dinamakan photographercameraman..hheheh

Dari tepi tembok Forbidden City

sungai ini mengelilingi Forbidden City..untuk tujuan keselamatan dan pertahanan sebenarnya..

Delicious Wall..tembok kota ni dibuat ikat bukan dengan simen tapi dari campuran telur,madu dan beras pulut..sebab itulah dinamakan Tembok Yang Sedap.  Tingginya  7 meter.

Salah satu balai pengawal di setiap sudut kota.

dan lagi..

Gambaran plan sebenar Forbidden City..aku hanya berjaya melalui pintu 1 dan 2 sahaja..kemudian keluar ikut pintu timur.

Ini sebenarnya yang aku nak sangat masuk..aku frust..Inilah bahagian dalam kota ni..terpaksa pinjam dari pakcik gugel sebab nak bagi korang tengok.

aku tak paham apa maksud signboard ni..adakah hati aku ketika itu seperti gambar kereta itu..

Bagi korang yang datang sendiri , tak susah sebanarnya . Kat area kota ni ada hotel dan restoran muslim.

Hotel Kapok..heheh..besar gak hotel ni..dekat sangat dengan kota larangan ni.

tak jauh dari hotel tu di seberang jalan ada restoran muslim..inilah gambarnya..

China National Children Theater

Tak jauh jugak dari situ ada panggung ni..oklah..esok aku sambung lagi. Part akhir untuk semua cerita dan pengalaman aku kat negeri ini. Aku memang agak ralat sebab hajat nak masuk tak kesampaian..frust ooo..ok la kita sambung esok ye.. Adeus!!!

19 ulasan:

  1. klu anda pelancung dri china dtg ke malaysia rasanya mana lebih hebat,selesa dan cantik pemandangannya.

    BalasPadam
  2. hotel kapok?

    serius lawak nama dia.kehkeh..

    BalasPadam
  3. nampak bersih ....tenang saja keadaanya di situ ...

    BalasPadam
  4. abghani, kalau kita dari mana sekalipun, pergi kemana sekali pun, tetap pemandangan negara orang cantik sebab tak pernah tengok. bila dah lama-lama tengok, tentula tak rasa apa2 lagi.

    BalasPadam
  5. puan kutu..ya memang lawak..sy pun tergelak besar bila 1st time nama signboard ni

    BalasPadam
  6. kak amie..ye, memang bersih.itulah kelebihan diorang.mungkin perhatian yang lebih untuk kawsan pelancongan

    BalasPadam
  7. mmg panjang betul skrin tu ek!


    Forbidden city ni selalu kuar dlm movie2 kan...

    kena study betul2 ek klu nak ke sana takut ralat cam awak kena lak...huhuuuu

    BalasPadam
  8. bertuahnya badan dapat pergi negara orang :)

    BalasPadam
  9. banyak gak tempat2 menarik and cantik kat china ni eh. kepala otak saya ni kalau sebut china, terbayang shopping barang murah jer

    BalasPadam
  10. Memang best..dah sampai ke china tu....nak pi jugak lah nanti....

    BalasPadam
  11. noriz..ni semua sbb agent sana la..kita kt msia di uruskan agen di msia..smpai sana, agen sini pass kt agen sana..so how,..ikut ajelah..lain kali dah tau boleh p sendiri baru puas hati

    BalasPadam
  12. chepid..alhamdulillah..ada rezeki lebih, semua org pun boleh p :)

    BalasPadam
  13. cik jatt..ye memang murah tapi kita kena bargain dan kena jual mahal..baru diorang kena jual murah dgn kita.heheh

    BalasPadam
  14. Fadzli..p la..syok jugak tgok tempat org walaupun tmpt kita la yg paling best.

    BalasPadam
  15. ingatkan pedass cili tu..xpedas eh..ehheh

    lain bebenar tol diorg..hehhee..keta kodok merah tu mmg comeiii..ehheh

    BalasPadam
  16. Slm kunjung bls...bestnya g china...lama teringin...

    BalasPadam
  17. Salam perkenalan. Seronok baca blog ni, lihat gambar tpt2 yg blm pernah dilawati dan tips jika berpeluang ke Beijing di masa depan.Tkasih.

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...