Selasa, 22 November 2011

THE COUNTRY OF GREAT WALL - PART 6

Assalamualaikum...

Lagi cerita bab Beijing..Lepas balik dari Summer Palace, kami dibawa ke Pearl Center katanya..Macam biasa, kedatangan disambut pastu dibawa masuk ke bilik untuk mendengar tot tet tot tet citernye..layan je la..and the ending is...beli la apa yang di jual..


Pintu masuk ke Pearl Center ..tapi tengah renovate...

Antara yang djual...

dan lagi...

Katanya nyonya tua kat atas tu digelar Dragon Lady

Critanya lagi Dragon Lady ni dulu kukubesi. 1-1nya maharani yang paling lama berkuasa. Dia gunakan maharaja kecik sebagai patung je..lain-lain dia yang perintah. Setiap hari menu dia ada 100jenis (metekedarah he hapa) Umor panjang katanya. Bila ditanya dia mati umor berapa, jawapnnya 78tahun.. (ek eleh..tua apa ke benda..nenek aku pun meninggal masa umor hampir 100tahun..podah!). Pastu diorang cakap muka Dragon Lady cantik sebab guna serbuk mutiara.

Pastu..apa lagi mula la guna ayat power untuk jual serbuk tu..aku tak minat pun..dia minta tangan aku untuk buktikan guna krim serbuk mutiara tu boleh putihkan kulit..dicalitnya krim tu atas tangan aku..digonyoh2 sampai keluar daki..pastu dia suruh compare dengan tangan sebelah lagi.. Nah!..putih kan?..ye lah..kalau aku tonyoh dengan batu sungai sampai keluar daki pun memang la boleh putih! Cit!.

kat atas kaunter tu la kononnya ada krim ajaib sesangat tuh..

Pastu aku blah la tengok rantai tangan dan cincin..disebabkan harga yang murah berbanding di Malaysia aku sambarla 3 rantai tangan dengan harga RMB100 (RM50) dan 2 bentuk cincin RMB100 jugak..ok la kau puas hati dari beli krim yang ntah apa-apa tu. Sebab aku tengok muka amoi yang jual tu pun tak de la cantik mana..parut jerawat berceretet ja kat muka dia.please la...!

heheh..ini le yang aku sambar..

Lepas aku membuang duit kat situ, kami di bawa ke Chinese Tea House katanya..sebab ada Tea Ceremony, kononnya..ala aku dah tau dah tektik puak ni..nak menjual teh la pulak..Nak tak nak ikut jee..


Amoi tu tengah tunjukkan cara buat teh cina..pastu bagi kitorang rasa

Masa kat sini kami di ajar cara nak pegang cawan teh tu..kalau untuk pompuan ibu jari dan jari telunjuk mesti pegang badn cawan, jari  hantu letak bawah cawan dan jari manis dan jari kelingking mesti dilentikkan keluar...tanda kejelitaan & kecantikkan katanya...cmni haaa,...


sorri ye gambar blur sebab aku tengah tergelak time ni
Kalau untuk lelaki pulak, jari manis dan kelingking mesti dirapatkan ke dalam(tapak tangan)..tanda kekuasaan memimpin katanya..Minum pulak kena sampai bunyi "slruuuppp"..kuat-kuat..sebagai tanda teh tu sedap..phui!

Ini gambar teh yang paling tua..ratusan tahun ..

Kata amoi tu, teh cina takde expired date..janji kita simpan ditempat yang suhu bilik. Pastu kalau beli teh dari diorang, 10-20tahun kita tak guna, bila kita nak tukar yang baru diorang ambik dan gantikan teh yang sama usia tapi yang diorang simpan(kira teh baru laa)

3jenis teh yang lain-lain fungsi.

3 jenis teh ni kaler dan rasa lain-lain..khasiat pun lain-lain. Teh yang leper tu yang paling mahal. Yang paling bagus dari yang lain..boleh turunkan berat badan.. (aku tak beli punn...) . Teh yang tengah tu paling sedap. Walaupun dibancuh tanpa gula, rasanya manis-manis buah.. Teh yang Tin kuning tu paling tak sedap. Bau macam daun inai..rasa pun pahit..awal-awal lagi aku rejek.

Mula-mula tu tak sape pun beli sebab mahal..last-last diorang offer 1 tin teh, + mug magic + PeePee Boy RMB100 (RM50) .Aku beli jer la..sebab aku suka mug yang mejik tu..

 Inilah mug yang mejik itu....sebelum taruk air panas..

 Baru tuang air panas

BERTUKAR!!! lepas seminit air panas dituangkan. .daan kaer dia akan kembali hitam cam asal bila air dah sejuk balik.


Inilah dia Peepee Boy..aku ambik gambo ni dari pakcik gugel je..malas ak nak snap gambar dia (peepee boy yg aku punya..)

Benda alah ni, kalau disimbah air panas, air tu akan terpancut keluar dari anu dia..tapi kalau air sejuk, tak jadi apa-apa pun..
Inilah contohnya.. (credit to kian0721) tak de masa aku nak buat example untuk tunjuk kat korang..heheh

Ini rak simpanan teh yang dah antik

Design dalam kedai tu, memang cantk dan penuh ciri tradisional...


 Koleksi teh yang dah tua

 1 yang aku puji di Beijing ni..air sungai dia memang aku tak nampak 1 sampah pun. bersih je.

Kat sini yang aku perhati, pengangkutan awam dia jauh berbeza dengan Malaysia. Bersih dan cantik. Penuh dalam 1 bas macam tin sadin tapi itu biasa la , sama jugak cam di tempat kita.

 Bas cam ni banyak di Beijing. Ada yang guna diesel dan ada yang guna eleketrik..berselirat wayar  kat atas kepala..

 nampak tak cara 2 buah bas ni disambungkan..?menarik kan?

 Bangunan moden yang dikombinasikan dengan tradisional..

 Kenapa aku ambik gamabr mamat ni? Masa kami melalui kawasan kediaman kedutaan, mesti ada 1 pengawal yang berdiri terpacak depan bangunan dan kepala diorang akan berpusing 180darjah non-stop..

Akhirnya dalam pukul 4ptg kami pun sampai lah di tempat yang aku nanti-nantikan..shopping di SilkStreet. Kami di bagi masa 2jam jer untuk shopping. Dalam ni memang punya ramai manusia dari seluruh dunia.

 manusia seramai barang...

Memang rambang mata..

sedang menjolikatakkandiri
 Keluar-keluar je dah gelap..time ni baru pukul 6 ptg..

Aku nak share sikit tips kalau nak beli. Jangan tanya kalau tak mau beli. Bila kita tanya, kita akan di anggap nak beli dan diorang akan buat sampai kita beli. Aku memang nak beli beg tangan. Aku sambar 3 beg. Dan kalau nak beli pastikan BARGAIN gila-gila iaitu 1/3 dari 1/3 harga barang. Katakan harga yang dia bagi RMB900..korang mintak je RMB100. Lawan sampai memang. dan last-last kita dapat jugak harga yang kita mau.

Jangan sekali-kali mengaku kalah dengan harga dia. Kat sini memang TAK ADA TANDA HARGA..so diorang boleh letak harga sesukahatimakbapakdia je.  Kalau dia tak bagi harga yang korang mau, korang blah la dan cari kedai lain, biasanya dia akan ikut kita sampai kita jadi beli.

Kat sini ada yang boleh cakap melayu. So bila aku nak mengumpat yang pandai cakap melayu ni atau aku nak discuss apa-apa denga Cuda, kami cakap "M language"..kami je paham..hahhaha..kalau membeli dengan yang pandai cakap BI kitorang akan discuss cakap Melayu. Nasib baiklah kedai yang kami pilih tu boleh cakap BI dan friendly jugak la amoi-amoi yang menjual tu..takde la aku stress.

Yang aku stress, 2jam memang tak cukup sebab nak beli 1 barang pun dah ambik masa setengah jam untuk bergaduh semata-mata untuk dapatkan harga yang aku nak.

Lepas menghabiskan duit dan berjoli katak, cam biasa kami di bawa makan sebelum balik ke hotel.

 Ini lah restorannya..

 menu yang hampir sama. Ada rasa pedas sikit dan yang tak boleh aku lupa, dalam lauk dan sayur dia taruk lada fresh or biji ketumbar..ntahla rupa nak sama jer...sekali tergigit memang putus selera..kebas lidah . Bukan aku sorang jer yang terkena, brader yang bawak family 8orang tu pun terkena..

 Pemandangan waktu malam sebelum balik ke hotel...

okeh..itu jer untuk hari ni..esok ada lagi sambungannye. Tunggulah kalau nak tahu apa yag menarik. Aku nak kongsi pengalaman aku dengan korang semua moga-moga ia boleh bagi manafaat kalau korang plan nak p sana 1 hari nanti..Adeus!!!

Bersambung...Beijing Part 7

14 ulasan:

  1. Akak terbeli juga teh konon nak mudah tidur. Baru minum sekali. Beli juga rendam kaki, sampai kini belum buka-buka kotaknya. Baldi untuk rendam kaki dah belu lama. Hi, hi...

    BalasPadam
  2. hjh..sy pun tak semaptnak rendam lagi..xde masa nak rendam.heheheh..

    BalasPadam
  3. wah..bahagianya pen biru..kalau sy taw nak ke sana..dh sy tempah henbeg 1..saje taw..p senyap2..

    BalasPadam
  4. qaseh johanna..la ye ker? sy p borong beg pun byknya yg kawan2 kirim tau..kalau tak boleh sy tlg belikan..

    BalasPadam
  5. pasal jari melentik pegang cawan tu..saye pon pernah belajar..eerr..tapi bukan kat sane ar..kat meysia jer..heheh..memang lawak gak ar..;p

    BalasPadam
  6. aty_fared..heeh..minum secoet jer..

    BalasPadam
  7. lama tak datang sini...ada ole-ole lebih ke dari Beijing... he hehehh

    BalasPadam
  8. kak amie..heheh..sebab lama tak datang, ole2 pun dah abish..heheeh

    BalasPadam
  9. waaa.best gila.teringin gak nak sampai sana. sekarang tgh belajaq rajin2, kumpui duit dan pegi sana :)

    BalasPadam
  10. kawan saya g cina dulu ada beli krim yang mutiara tu. siap beli 2 lagi, tapi dia cakap tak try pun lagik.

    argghhh, jelesnya tengok akak jolikatak kat street tu.

    BalasPadam
  11. rara..ya..belajar rajin2.bila boleh p dgn duit sendiri, baru dpt rasa kepuasannya

    BalasPadam
  12. cik jatt.. tak minat pun nk beli krim tu..tp berkolikatak kt street tu mmg best

    BalasPadam
  13. wah mutiara tu kalau sy pon misti nk sambar..

    haha..sy pon kalau nk beli krim kecantikan tgk muka tukang jual..kalau dia pon kulit huduh baik tok sah kan


    yg peepee boy tu utk apa? sejenis toy ke? haha

    BalasPadam
  14. rina..peepee boy tu utk test samada air tu cukup panas ke idok..kalaupanas bila kita tuang, air akan terpancut dr anu dia..kalau sejuk, takde la air yg kuar..hehehe..nak buat toy pun bleh jugak..heheh

    BalasPadam

SILA TEKAN KEYBOARD ANDA UNTUK MENULIS. :p

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...