Selasa, 15 November 2011

THE COUNTRY OF GREAT WALL - PART 1

Assalamualaikum...

Nah..ini cerita aku. Kemana aku menghilang sampai blog aku bersawang. Aku ke Negara China..hehehe..menyelinap masuk ke Kota Beijing. 1st impression aku bila aku sampai ke sana, Wow!!.. Apa yang Wow!!..tunggu la kau nak cerita ni.

1st day...
Ini adalah kerja gila aku dan BFF aku si Cuda Fuad. Dari Alor Setar kami naik flight sampai LCCT. Bertolak dalam jam 9.30am (06.11.2011-hari Raya Haji..kerja gila orang raya haji p Mekah, aku p Beijing.. Cit!) sampai kat LCCT dalam pukul 10.30 la lebih kurang. So aku pun melepak-lepak la dengan si Cuda ni. Pukul 3pg dalam keadaan tingtong menahan mengantuk tak boleh tidor sebab bising, kami pun self check-in la..pastu p drop bag..pastu relax sampaila dipanggil untuk masuk balai berlepas.

Pukul 8.30pagi...terbanglah kami ke Airport Tianjin. Kalau nak terus ke Beijing, korang kena ambik MAS aje le. Memang mahal la. Tapi bagi yang naik Air Asia ni, kena turun kat Tianjin.. 6jam dalam flight..tido-tido ayam jer..nsib baik Cuda dah booked online untuk makan. Kalau tak memang boleh kebulur kau!
Nasi Lemak Pak Naser namanya..tak sedap pun, bau je yang mengancam!

3.30ptg selamat mendarat di Tianjin..Keluar dari flight dah mula rasa sejuk . Aku hentam pakai sweater biasa je dah tak sempat beli winter coat (mahal sebenarnya..hehehe). Sementara nak tunggu check imigration la..bag la..bla bla bla..pukul 4 lebih baru siap semua dan berjumpalah kami dengan tour guide kat sana si Miss Cathy. Kat sana aku dan Cuda di join kan dengan sepasangan warga emas dan 1 keluarga 8 orang. So jadilah anggota rombongan 12 orang..

 Pemandangan dari awan..Tianjin..dapat ku bayangkan betapa sejuk suhu di situ sebab berkabus..

 Rupanya yang kabur tu bukan kabus tapi jerebu!..hahah..nampak sangat kat sana air pollution sangat-sangat teruk..!

 Selamat mendarat. walaupun diwarning semua electronic device mesti di offkan..lantak korang la..aku on jugak..huhuhu

 Inilah dia Airport Tianjin..

 Baru nak masuk hiway Tianjin..nak menuju ke Beijing

Antara yang dapat aku shoot. Pemandangan di Beijing..Gelap! padahal baru pukul 5 lebih..

Dari Tianjin ambik masa ke Beijing hampir 2 jam.. Time tu baru pukul 5.30 tapi dah maghrib kau!.  Terus dibawak ke dinner. Plan asal nak tengok acrobatic show terbantut sebab sampai Beijing dah lewat..

 Antara dish yang dihidangkan..nampak cam sedap kan??..hakikat tasteless (betol ke perkataan yang aku guna ni..?? )

 Aku ingat makanan cina ni kurang minyak dan menyihatkan..kau tengok tu..minyak berlinang!

 Telur dadar paling tawar didunia..

 Keistimewaan sebatang timun di Beijing, boleh dimasak goreng campur sos tiram. kalau kat Malaysia ni, potong-potong cicah sambal belacan jek..!

 Sup paling bodo penah aku jumpa..hanya ada tomato dan daun sawi.

Jangan terkejut kalau tengok pinggan makan dia.. saiz pinggan makan adalah sebesar piring kuih kita aje tau. Nasi pulak yang di hidang untuk 12 orang makan hanya 1 mangkuk nasi tu jer..Tapi beras nasi tu bulat-bulat dan melekit macam pulut..ala macam beras bukit tu la.

Kat sini air tak de air sejuk. Yang tu kena request. Yang ada wajib air panas 1 teko yang di hidang dalam cawan yang saiznya sebesar acuan kuih lompang!

Ini gambar restoran tu. Aku tak sempat ambik sebelum bas bergerak.

Lepas dinner terus di bawak ko hotel. Tianjin Bussiness Hotel ke hapa nama dia. Aku pun tak sure.


Hotel 4 bintang katanya..cokia jer aku tengok kat dalam..huhuhu.

Sampai hotel terus check-in..msuk bilik mandi dulu..pastu pukul 8 tido..mengantuk punya pasal...ok..kita sambung esok ye.. Adeus!!!

Bersambung... Beijing Part 2

11 ulasan:

  1. tau xpa...btw, Great wall, bukan Great walls..huhu...Tapi, part mknan aku agree gila..tasteless tu betoi...Guangzhou jom!!!

    BalasPadam
  2. Telur dadarlah yang kami mestikan dalam menu sewaktu melawat Cina

    BalasPadam
  3. cuda..maklumlah org tingtong tgh menaip..ikut suka je nak tekan apa..guangzhou..ok..nxt year..hahah

    hjh noralenna..ye la kan..itu je yg boleh tahan utk di makan..huhu

    BalasPadam
  4. adik saye pergi [tak hengat biler] dolu2 kate..kat china susah dapat makanan halal..betul ker..?? macam manarik jer merase gi negare orang lain..:)

    BalasPadam
  5. aty_fared: kalau dulu2 tak tau nk cakap.tp skrg byk restoran halal.biasanya signboard dia kaler hijau dan ada tulisan jawi..

    BalasPadam
  6. oh pttlah lama menyepi..gi melancong ropenya..camana leh terpegi melancong? dh plan lama ke main belasah jer pegi haha..


    nk kt makanan kt china menyihatkan sbb tak bergaram tp berminyak pulok ya..hehe

    BalasPadam
  7. cik betty..heheh..plan lama dah.sbb nk tiket murah..memang boleh kurus tau sbb tak lalu makan!

    BalasPadam
  8. aku suker perkataan COKIA yg kau sebut tentang hotel

    BalasPadam
  9. abghani..heheheh..itu jer perkataan yg sesuai utk digunakan.huhuh

    BalasPadam
  10. kiranya bab makan semua dia failed ek!

    huhu, nmpak cam best..

    hehe

    BalasPadam
  11. noriz..yg betol2 failed adalah MAKANAN dan TOILET..heheh

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...