Memaparkan catatan dengan label Oren. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Oren. Papar semua catatan

Ahad, 6 Disember 2015

OREN :: 3TAHUN BERLALU

Assalamualaikum..

Semalam 5 Disember.. genablah 3tahun aku ditemukan denfan kucing kesayanganku Oren..Sekarang Oren pun dah ada anak ..Limau..



Dialah peneman dikala kesunyian..menjahit sampai subuh pun dialah teman..tido atas riba..minum susu botoi..teman bersembang teriak tangis..dialah saksi segala susah payah aku pada waktu tu..tak sangka dia hidup sampai hari ni..terima kasih Allah kerana kurniakan anugerah ini dalam hidup aku walaupun dia hanya seekor kucing..

Selasa, 17 Februari 2015

ORENKU HILANG

Assalamualaikum.

Cerita bulan lepas yang tak sempat diceritakan. Kisah kucing kesayangan aku si Oren..
Oren (yang mata pejam)
dan Limau (anak Oren..anak besar dari ibu)
Gambar 2-3hari sebelum Oren hilang

Kisahnya.. Oren keluar rumah dengan Limau. Malam tu, hanya Limau saja yang balik. Dan Oren tak balik-balik. Suami aku call bagitau aku hari Ahad. Aku di Langkawi ni dah mula susah hati. Hari Khamis minggu tu juga, aku balik ke Jitra.. 

Sedih bila kepulangan aku tak bersambut.selalunya Oren akan terkam di pintu. Aku dah macam orang sasau.. sambil basuh pinggan didapur aku panggil-pnggil Oren..mana tau dia dengar suara aku dan balik.. Akhirnya aku balik ke Langkawi pada pagi Ahad berikutnya tanpa kelibat Oren..sedih..menangis ku..

Khamis berikutnya aku balik ke Jitra. Aku sampai rumah agak lewat. Masa aku turun nak buka pagar.. dari jauh aku nampak Oren berlari terkam aku.. Ya Allah..aku ingat dia dah tak ada..mungkin jadi santapan puak Nepal yang buat kerja kontrak dekat kawasan rumah aku.. Aku dukung Oren..menangis sepuas hati..
Aku bawak masuk dan terus bagi minum..tengoklah perut dia.. dah kurus tinggal tulang

Si Limau cium-cium Oren..mengekor Oren kemana saja..rindu gamaknya. Tengoklah Oren tengah minum pun dia tunggu..

Runtun hati aku..walaupun mereka binatang, tetap ada rasa kasih antara ibu dan anak. Dan aku..sangat sayangkan Oren..dialah teman dikala aku keseorangan dirumah. Aku bela bagai anak sendiri. 3bulan aku bawa ke pejabat. Cukup masa aku bagi susu.. banyak kenangan aku dengan Oren.. hanya aku dan dia faham perasaan antara kami..walaupun dia hanya seekor kucing. Segala kisahnya dari mula aku jumpa dia.. ada DISINI-KISAH OREN

Isnin, 10 Februari 2014

KELAS HARI INI

OREN : Ok nakk...pelajaran kita hari ni..cara-cara nak panjat sound speaker..mula-mula panjat yang rendah dulu..

LIMAU : Ok mummy..


AKU : ORENNNN!!!!! TURUNNNN!!!
posted from Bloggeroid

Selasa, 4 Februari 2014

LIMAU 3 MINGGU

Assalamualaikum..

Setahun lebih aku membela Oren..kucing yang cukup istimewa dalam hidup aku. Kehadirannya ibarat satu anugerah untuk aku. Setahun berlalu..datang pula generasi pertama.. dilahirkan pada 14.01.14..hari Selasa ketika cuti Maulidur Rasul. Hari ini genablah 3minggu usia Limau..satu-satunya anak Oren..


gambar Limau buat pertama kali..




ciri kacukan. ..kucing bulu kembang dengan telinga pendek




Limau 2 minggu..




Beza Limau(kiri) dan ibunya Oren(kanan)

Limau dah boleh berjalan..tapi sangat pemalas..asyik membuta je kerjanya. Hidup aku dan suami sangat ceria dengan kehadiran 2 makhluk halus ni..cukup terhibur dengan gelagat mereka..

Inilah anugerah dan amanah Allah pada aku..Oren dan Limau..
dan jika lepas ni Oren beranak lagi..aku nak bagi nama Ciku..Pisang..Mangga..Jambu....dan yang sama waktu dengannya
Adeuss!!!
posted from Bloggeroid

Sabtu, 1 Februari 2014

KUCING 9 TETEK

Assalamualaikum.

Ni bukan entri tajuk nak melucah ye..ni pasal kisah benar ni. Tak de maknanya aku nak mencarut..

Kucing aku si Oren yang dah beranak sekor tu...aku baru-baru ni baru terperasan yang Oren ada 9 puting tetek.


Yang aku taulah kan...kucing ada 8je teteknya,dan semuanya berpasang-pasang, tapi si Oren ada sembilan..kalau korang tengok yang bawah tu, sebelah kiri dia ada 1 lagi..dan tak ada pasangan. 1 tu je. Yang aku boleh terperasan tu pun lepas dia mula menyusukan anak dialah..si Limau. Anak sekor tu aje..teteknya ada 9.


Ada tak sape-sape yang pakar bab kucing ni. Aku nak tanya, normal ke kucing ada 9 tetek? AKu tak pernah tengok..ni kiranya kali pertama aku tengok..manalah tau kot-kot korang pernah jumpa kes yang sama macam ni..cer citer..cer citer...


Selasa, 14 Januari 2014

LIMAU ANAK OREN

Assalamualaikum..

14.01.14
Salam Maulidur Rasul..
Hari ini dalam sejarah..Oren kucing kesayangan aku, yang hidupnya dengan aku..yang aku jumpa masa dia baru buka sebelah mata dulu..yang aku selalu ceritakan kat sini..berapa banyak yang daaaa..

Nak tau kisah pasal Oren semuanya ada DI SINI

2-3 hari ni Oren manja sangat dengan aku..risau jugak aku dengan tahap kemanjaan tu. Mak aku cakap Oren nak beranak sebab nenen dia dah timbul. Tapi perut Oren kecik sangat..

Minggu lepas, Oren bleeding..bukan macam darah period ke apa..tapi macam darah campur air..aku ingat Oren period sebab ada orang cakap, kucing pun datang bulan jugak..

Pagi tadi, masa aku tengah sedap dok bergolek-golek malas nak bangun, en.suami kejutkan aku..dia cakap Oren beranak..aiseymen.aku dapat cucu..hahah

Aku pergila jengok dalam sangkar..Eh..eh..kaler oren jugak anak dia. Tapi tak adalah seoren Oren dulu.Yang peliknya ada Oren sekor aje..biasanya paling-paling tidak pun, 2-3ekor..AKu pu tak pasti benda ni normal ke tidak

Ini gambar pagi tadi..pukul 9.30pagi

Ini gambar tadi pukul 12tengahari

Apapun..Oren macam ciwi sikit..tak bagi anak tetek.asyik mengekor kaki aku je..bertambah la koleksi The Oranges dalam rumah aku..Aku taktau jantan ke betina..lalu aku namakan dia sempena nama keturunan Oren iaitu LIMAU..


Selamat datang ke dunia LIMAU...aku akan sayang kamu macam mana aku sayang ibu kamu Oren..



Khamis, 5 Disember 2013

AKU DAN OREN

Assalamualaikum..

Entri ini khas  untuk kucing aku(walaupun dia tak reti baca).  Ini kisah aku dan kucing aku, Oren.

5 Disember 2012..
Aku ada di parkir basement..ketika aku sedang tutup pintu kereta,aku rasa seperti ternampak 1 kelibat benda jatuh dari kolong pendingin hawa yang tinggi lebih 3meter..benda tu jatuh tepi kereta aku(hadapan  sebelah penumpang).

Aku ingatkn tikus..aku beranikan diri pergi dekat nak tengok..rupa-rupanya anak kucing yang baru terbuka sebelah mata. Aku angkat anak kucing tu letak tepi dinding..lepastu aku pun pergi..tapi 2-3tapak..langkah aku terhenti..

Aku terfikir..tepi dinding ada longkang..tak jauh dari longkang ada lubang air longkang..kalaulah anak kucing berjalan dengan mata sebelah tu..mungkin dia ada jatuh..dan mati..jika tidak jatuh..kemungkinan  akan jadi makanan tayar-tayar kereta yang ada di parkir tu..

Aku jadi tak sampai hati. Aku patah balik..ambil anak kucing tu dan bawa naik ke ofis. Sampai di meja aku..aku masukkan dalam kotak ..dan selimutkan dia dengan stokin yang aku simpan dalam laci.. Hari tu kebetulan aku pakai baju warna oren..dan bulu anak kucing tu pun warna Oren..lalu aku namakan dia Oren.

Dan kisahnya aku nukilkan   DISINI



Maka..bermulalah episod kehidupan Oren dengan aku...
Aku belikan susu dan botol susu untuk Oren. Selama 3 bulan aku bawa Oren ke ofis..aku tinggalkan dia dalam raga didalam kereta. Mujur parkir aku tu di basement. Maka Oren selamat dari kepanasan. 2jam sekali aku turun ke parkir untuk susukan Oren. Puas juga nak ajar Oren hisap puting tiruan tu..mujurlah perut Oren dapat terima susu yang aku bagi.


Masuk bulan ke 4 aku tak lagi bawa Oren ke ofis. Kesian dia hidup dalam kereta dan bimbang dia kelaparan. Kali ni aku tinggalkan dia bersama semangkuk susu dan sebekas pasir wangi untuk dia berak. Oren tak pandai jilat susu..maka balik saja kerja aku terus susukan dia..lama kelamaan dia berhenti menyusu..puting pun dia dah tak nak.

Kemana saja aku pergi Oren pasti bersama aku..bila aku memandu, dia akan tidur atas riba aku..atau atas bahu aku..


Dan hari ini..genablah setahun Oren bersama aku..terlalu banyak kenangan..dialah tukang cakar sofa aku..gigit tangan aku..dialah aku cium..peluk..gomol..kadang-kadang kena jentik telinga sebab nakal..

Selama 1 tahun ini...hidupnya tiada sesiapa melainkan aku..akulah ibunya..akulah kawannya..akulah tuannya..dan begitu juga aku..dialah peneman setia seharian dari celik mata dipagi hari hinggalah ke teman tidur..dia setia disisi aku..dan aku sangat sayangkan dia..

Kisah hidup aku dengan dia semuanya ada DISINI

dan entri hari ini adalah kisah aku dan Oren...

Ahad, 26 Mei 2013

KECELARUAN IDENTITI

Assalamualaikum..

Entri autopublish jugak..

Dengan izin Allah hari ni aku masih di Tanah Haram..insya Allah. Semasa aku menulis entri aku masih lagi di tanahair.

Kisah kucingku Oren..beberapa malam sebelum aku berangkat..macam-macam perangai pelik dia buat. Mungkin sebab dia tahu dia nak kena tinggal lama

Kali ni si Oren dah pandai panjat grill tingkat. Cara naik macam kera panjat pokok. Tapi cara turun tu yang aku tak tahan..macam cicak pun ada macam biawak pun ada...bukan turun cara mengundur..tapi turun kepala dulu..

So korang tengok ajelah pic ni..dia ingat dia kera ke..cicak..biawak?





Gambar dibawah ni adalah cara dia turun. Apa spesis la budak Oren nih.. 


Ahad, 7 April 2013

OREN SPESIS KANGKANG

Assalamualaikum

Sudah 1minggu aku tak menulis. Mendiamkan diri buat sementara waktu. Maaf pada kirang yang sudi menjengah aku walaupun aku tak BW blog korang dalam waktu yang cukup lama...

Aku masih perlukan masa untuk menjadi aku yang dulu.


Dalam keadaan ini si Oren yang buat aku tertawa dengan gelagat dia tidur..jomlah tengok..dari biarkan laman sesawang ini terbiar hingga bersawang..biarlah aku isikan sesuatu untuk korang yang sudi menyinggah..










Sabtu, 30 Mac 2013

OREN PUNYA CERITA

Assalamualaikum.

Agak sibuk dalam minggu ni. Tak sempat tulis entri untuk autopublish..tak sempat jugak untuk BW. Pada yang singgah kat blog aku ni terima kasih banyak-banyak.


Sejak 2-3minggu ni cuaca panas sangat. Memang melampau punya panas. Langsung tak hujan. Kesian kt lucing aku si Oren. Sampai masuk tido atas lantai bilik air yang basah. Bila tido kat luar macam-macam gaya dia tido..

 Bila masuk kereta kena aircond bukan main syiok dia tido..siap naik atas riba aku lagi..sampai aje rumah..terkelepot tido atas lantai..panas sangat. Maklumlah rumah kampung..mana ada aircond.

So layan ajelah gambar Oren ni.







Ahad, 10 Februari 2013

OREN..STUNT YANG TAK MENJADI

Assalamualaikum..

Ini kisah lawak yang buat aku gelak dan rasa nak marah pun ada.

Oren.kucing aku yang kurus keding walauun kuat makan tu..umur dia dalam 2 bulan lebih camtu..baru pandai melompat-lompat..dan memanjat-manjat.


Aku ni tiap kali keluar bilik air aku akan matikan lampu dan tutup pintu. Nak di jadikan cerita, entah macam mana, hari tu, lepas aku ambik wuduk nak solat manghrib..aku boleh keluar dari bilik air dengan pintu tak tutup dan lampu pun menyala..terus aku masuk bilik solat untuk solat.

Masa tu aku baru je bagi salam..tiba-tiba dengar bunyi benda jatuh dlm air dengan kuat..macam org terjun kolam..menggelupur pastu aku dengar bunyi mengiau..terlompat aku meluru nak pi tengok..apa benda..

tengok-tengok..si Oren dah terjun dalam kolah mandi!..terkapai-kapai.

Aku cepat2 tarik dia dari kolah..abih basah telekung aku..Oren menggeletar 1 badan kesejukkan..badan dia jadi panas..sambil mengiau-ngiau..

Cepat-cepat aku ambik tuala yang memang aku guna khas untuk dia, aku lap-lap bulu dia pastu ambil kain dan gulung macam bedung baby..Oren terdiam tak berbunyi..terkejut gamaknya..

Ni la jadi kalau dah stunt salah timing..bibir kolah tu bukan lebar mana..agaknya dia lompat dari bawah, nak landing atas bibir kolah tapi terbabas terus ke dalam kolah..atau..dia dah naik atas bibir kolah pastu tergelincir..

Kesian pulak aku tengok..aku peluk dia..badan dia betul-betul menggigil..

Nak marah pun ada...sebab aku kena timba keluar semua air dalam kolah tu..ye la kolah mandi, takkan aku nak mandi air bekas kucing! Nasib baik la air tu suku kolah aje..

Hai la..Oren..apalah masalah kau!.. Nama aje kucing..lompat pun tak pass!

Rabu, 30 Januari 2013

OREN KU DEMAM

Assalamualaikum..

Pada yang dah lama follow blog aku pasti ingat kisah anak kucing yang jatuh dari siling..aku pernah ceritakan di SINI Disember tahun lepas..

Kucing ni memang spesis kurus..aku dah beli susu mahal untuk dia pun..dia tetap kurus.. Dah la jauh aku import susu dia..kat SINI ni haa...

Pun kurus jugak..

Baru-baru ni..dia demam..Bunyi macam pelik..tapi inilah kali pertama aku berhadapan dengan kucing yang demam. Macam mana aku tahu dia demam..badan dia panas berbahang sama panasnya macam badan kita bila kita demam. Tapak kaki dia yang biasanya sejuk tu pun panas..

Aku naik cuak..aku balik kerja dia mengiau tak henti..bila aku pegang..baru aku tahu dia demam..malam tu, lepas aku bagi dia susu..terkulai-kulai dia tido..

nak buka mata pun tak larat..

lepas minum susu..tido atas riba aku..memang terkulai..

Kesian pulak aku tengok..malam tu aku letak dalam raga dia dan selimutkan..

Esok pagi masa aku nak pergi keja..lepas aku siapkan makanan dan susu untuk dia..dia mula terloncat-loncat berlari nak tangkap kaki aku..hmm...dah lega demam dah budak ni..dan aku pun lega...



Rabu, 26 Disember 2012

OREN @ RENNY KU..KURUS..

Assalamualaikum..

Ingat tak kisah anak kucing yang jatuh dari kolong air-cond ofis aku yang aku ceritakan di SINI tempohari..?? Aku panggil dia Renny..tapi macam tak layan je..so aku panggil dia Oren..eh..eh..ok pulak..agaknya dia suka aku panggil dia Oren..Oren pun Oren la..janji sihat.


Hari ini genab 3 minggu Oren dibawah jagaan aku..aku anggarkan umur dia dah 4 minggu sebab masa aku jumpa dia, mata dia baru terbuka sebelah dan tali pusat pun dah tak ada.

Aku bagi dia minum susu formula khas untuk kucing.. tapi agak merisaukan badan dia tak naik-naik..kalau boleh biarlah gemuk sikit. 


Aku rasa dah sampai masanya untuk dia makan makanan pejal..maka aku belilah makanan pallet ni..aku beli di Tesco..


Permulaannya aku basahkan sikit agar makanan tu lembut dan Oren mudah nak gigit. Tapi sekarang Oren dah pandai makan.

Aku ajar Oren berak kat pasir..aku belikan pasir beraroma Epal...

Sekarang dia dah pandai cari kotak pasir bila nak membuang..tapi sebelum dia akan mengiau kuat-kuat.. Mula-mula aku suspen..sakit ke ..apa ke.. rupanya..dia nak aku tunggu dia membuang..penakut pulak budak nih!

Nah..ini susu termahal pernah aku beli untuk seekor kucing



Brand Neu Zea..aku beli susu ni pun sebab aku ada google..kebanyakkan orang cakap, susu ni boleh gemukkan kucing. Aku dah cari sekitar Alor Setar dan Jitra, tapi tak ada; last-last aku minta tolong kawan aku Iera, tolong beli kat 1 kedai di Pandan Indah..nama kedai tu Pet Save. Nama kedai ni pun aku dapat dari internet juga. Nak beli tin kecil rasa macam tak cukup, makanya Iera belikan aku tin besar 1.5kg.. dengan harga RM80++. Sebelum beli kena buat Member Card dulu, baru boleh dapat harga tu..haih..macam-macam..

kepada yang berminat nak beli susu ni, boleh contact alamat kat bil ni..

Harapnya lepas Oren minum susu ni, bolehla badan dia gemuk sikit..kang kurus nampak macam aku bagi tak cukup makan. Tengok tuan punya montel..tengok kucing..kurus keding..masalah jugak tu..

Itulah cerita hari ini..Adeuss!!!

Jumaat, 14 Disember 2012

BAYI JATUH DARI SILING


Assalamualaikum...

Kejadian ini berlaku Rabu minggu lepas. Berlaku betul-betul depan mata aku. Masa tu aku tengah tutup pintu kereta. Tiba-tiba aku nampak 1 kelibat yang terjatuh dengan laju di sebelah kereta aku.

Dari sinilah bayi itu jatuh. aku tak pasti orang panggil apa. Tapi ini adalah saluran air-cond. Yang merah tu kereta aku..Che Ah namanya ..

Aku pun berani-berani takut nak tengok apa yang jatuh,..rupanya..bayi kucing yang baru kering tali pusat..Mula-mula aku angkat tengok mana tau patah ke apa ke..tapi ok je cuma dia terkencing mungkin sebab terkejut dia dah jatuh dari tempat tinggi..

Aku letak balik..tapi langkah aku tak lepas sebab aku takut dia kena lenyek dengan kereta..tak pun jatuh dalam longkang besar..lalu aku pun ambil keputusan untuk bawa dia balik..


terpaksa bawa naik ke pejabat dulu..Oren warnanya..dan kebetulan baju yang aku pakai hari tu pun kaler oren..maka aku namakan dia Oren..



comelkan..

Maka lepas habis waktu kerja aku terus ke Pets Shop..beli apa yang patut..untuk Oren..

Botol susu dan susu tepung ..

Harap-harap Oren suka..miowwwwww...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...