Isnin, 22 Julai 2019

TINTED TINGKAP RM10 SAHAJA

Assalamualaikum

Selalunya aku berkongsi tips masakan,resepi dan lain-lain info. Tapi kali ni aku kongsikan sesuatu yang sangat bagus untuk korang yang berhajat nak tintedkan cermin tingkap. Yang penting,mudah,murah dan jimat. DIY sahaja!

Aku nak tintedkan tingkap dapur, malas nak berlangsir bagai. Tutup terus tapi tak nak dapur gelap. Bermodalkan hanya RM10 untuk 1 tingkap. Maaf ye kalau korang cari tukang, tinted film dia bawak,memang tak jumpalah harga macam tu. Bukan susah mana pun.

Mula-mula aku survey harga tinted film di Shopee. Aku beli jenis Friosted  Glass Sticker.Pilih corak dan saiz. Bagi yang tingkap lebar,carilah ukuran besar lagi. 

Ini tingkap dapur aku sebelum kejadian

Laling aku turunkan cermin aku basuh dulu dengan sabun bersih-bersih.

Tanggalkan plastik di belang tinted film,spray kan air yang dicampur sedikit sabun pada cermin dan belakang Glass Sticker yang ada gam tu..dan tampal pada cermin. Aku gunakan tuala kecik yang tebal untuk ratakan dan buang gelembung angin pada cermin. Buat pelan-pelan ye..


Dikala aku tengah cuci cermin dan pasang tinted, Mylaling ambik kesempatan untuk cat semula grill yang tak pernah dicat semula lepas pasang 9tahun lalu. 

Untuk cermin aku ni,aku hanya guna 2gulung setengah aje Glass Sticker tu. Aku beli segulung RM3.44, kira 3gulung tu RM10 lebih aje..yang digunakan tak sampai 3 gulung pun. 

Siap pasang tinted, Mylaling pasangkan semula cermin pada tingkap

Dah siap..

Senang aje kan? Jimat sangat. Dengan hanya RM10 selesai masalah tingkap cermin akuarium ni..nak memasak ke basuh pinggan pakai bikini pun jiran belakang tak nampak 🤣🤣🤣 . Cuma waktu malam bila buka lampu,kat luar macam wayang kulitlah..nampak bayang hitam aje lah kat cermin tu. Dah tu,kalau rasa nak menari ala-ala Sri Rama ke Sita Dewi je..sila kanlah. Kang ramai je penonton kat luar tu.. 

Ok..itu aje perkongsian aku. Selamat mencuba!

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...