Rabu, 17 Julai 2019

SIMPLE BUTTERRICE

Assalamualaikum

Lama tak kongsi resepi. Harini cuba masak butter rice atau bahasa mudahnya Nasi Butter tapi versi simple dan cincai dan resepinya aku hentam sajalah, asalkan terasa dan bau butter tak hilang.


Bahan-bahan;
1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
***mayang 
5-6biji buah pelaga
1inci kulit kayu manis
5-6kuntum bunga cengkih
2-3kuntum bunga lawang
4 cawan beras
1/3 ketul Buttercup
1kiub pati ayam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara;
1. Basuh beras,toskan dan masak seperti biasa
2. Cairkan butter dan tumis semua bahan. Masukkan sedikit air,kiub ayam,pewarna kuning.
3. Ketika nasi hampir kering,masukkan bahan tumisan,kacau sedikit dan biarkan nasi masak seperti biasa. SIAP.

Nasi butter lebih sedap makan dengan lauk yang simple,dan aku pasangkan nasi butter simple aku ini dengan sambal daging. 

Selamat mencuba..


1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...