Selasa, 30 Julai 2019

SCAMMER PINJAMAN WANG BERLESEN

Assalamualaikum

Rasanya ini info yang amat berguna bagi yang tengah terdesak sekarang dan sedang berkira-kira nak buat pinjaman dengan "along". 

Sila baca sebelum buat apa-apa tindakan.



INI SEMUA SCAMMER!!!!

Saya nak komen lebih lanjut berkaitan Iklan Pinjaman Wang Berlesen atau apa nama agency kewangan yang iklan di FB ni. Saya harap orang ramai jangan lagi mudah tertipu dan jadi mangsa Ah Long Modern ni. tipu duit orang ramai.

Senang cerita,  sesiapa yang apply loan walaupun dokumen lengkap ataupun tidak, loan anda tetap diluluskan. Episod bermula selepas loan diluluskan di mana anda kena buat bayaran macam2 sebelum loan masuk akaun bank kita. Di sini saya senaraikan jenis-jenis bayaran yang dikenakan:

1. Agreement Fee.
2. Test Payment.
3. First 5 Month Installment.
4. Activation Account.
5. Insurance Loan.
6. Bayaran Runner.
7. Bayaran Lawyer.
8. Bayaran Accountant Manager.

Walaupun anda selesaikan semua bayaran dan berharap loan akan masuk sekalipun,  loan anda tetap tidak akan masuk sampai bila-bila pun. Modus operandinya sama sahaja walau apa pun nama agency loan. 

Kesimpulannya,  siapa yang memberi duit kepada siapa?

Kita yang beri loan kepada mereka,  bukan mereka yang beri loan kepada kita.
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna

1 ulasan:

  1. https://www.myeasyloan11.com/.. Cuba check yang ni.. Scammer ke tk?

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...