Selasa, 16 Julai 2019

OLAY WHITE RADIANCE

Assalamualaikum

Saja nak cerita pasal produk penjagaan kulit. Yang aku gunakan,ada yang ok..ada yang menjahanamkan kulit dan ada yang menyelamatkan kulit.

Menjelang masuk usia hujung 20an,aku gunakan Safi Rania Gold fullset. Punya lama aku pakai,sesuai dengan kulit muka walaupun kesannya agak slow,tak apa,aku teruskan pakai memandangkan senang nak beli. Ada jual dimana-mana. 

Masuk tahun 2014, terpengaruh dengan produk timbang kilo cap sampah.. malang betul nasib. Aku pakai Wonderglow.. jahanam muka aku. Waktu tu aku bertugas di Langkawi. Suami aku sampai tegur kenapa muka teruk,dengan hitam rentungnya..dengan berminyak..dengan jerawat yang seumur remaja aku tak pernah jerawat naik teruk macamni.. dalam hati bahkan dimulut aku menyumpah-nyumpah produk sampah ni. Ceritanya, set pertama aku pakai nampak macam ok,bila masuk set yang ke2.. inilah bermula sejarah hitam dalam dalam hidup.

Aku terpaksa berhenti pakai apa saja skincare. Cuci muka pun guna mencuci Clean N Clear..tak pakai dah krim siang ke malam ke tengahari ke.. selama hampir 1 tahun perkara ni berlarutan. Itupun muka masih tak pulih.

Penghujung 2015,aku mencuba skincare jenama Mamadil. Ok juga,hasilnya juga sangat ok..tapi harganya yahudi betul..aku terpaksa share dengan kawan,daftar ahli untuk dapatkan harga murah. Tapi bila ponder dah upkan limit untuk restock (umpama paksa dealer jual banyak-banyak) .. aku ambik keputusan stop terus. Stop dari jadi ahli..dan stop guna..(patutlah ponder2 dalam Malaysia ni boleh kaya raya..)..dan kulit kembali kusam..

Aku kembali gunakan pencuci biasa yang mudah dapat dipasaran,iaitu Cosmoderm. Mula-mula pakai oklah. Tapi aku perasan,lepas cuci muka aku kering sangat lepastu tak lama beminyak teruk. Tempat yang kering tu jadi hitam. Dan bila kat luar,mudah sunburn kulit muka ni. Agaknya tak sesuai dengan kulit. 

Hujung 2018,aku tertarik dengan produk yang dah lama ada di pasaran, lalu aku mencuba pakai hingga ke hari ni..Olay White Radiance


Semua ni kira 1 setlah. Harga lebih kurang RM260 tapi sangat berbaloi sebab boleh tahan 6-7bulan. 1st set aku beli Disember 2018, dan gambar yang atas tu set ke 2 yang aku beli baru-baru ni dan harini baru mula guna. Serius laahh.. kecuali pencuci lah..1 tiub tu takat 2 bulan boleh tahan. Aku beli kat shopee je.

Yang aku happy sangat,balik kampung baru-baru ni,mak aku tegur..tanya aku pakai apa, sebab nampak hangit muka,dan kulit yang kering dan hitam di muka dah hilang..so inilah jawapannya.. Mak aku pun bebel..jangan tukar skincare lagi lepasni. 

Ok..ini cerita pengalaman..dan aku tidak dibayar oleh Olay pun..lain orang lain hasilnya. Kepada yang bermasalah kulit berminyak,hangit rentung mudah sunburn..bolehlah cuba ye. 

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...