Isnin, 8 Julai 2019

KEKABOO TIRUAN

Assalamualaikum

Macam-macam betul sekarang ni. Berniaga tu salah 1 punca rezki yang halal..tapi halalkah rezeki tu,kalau kita menipu? Menipu yang bagaimana? Menipu dengan menciplak hasil kerja orang lain dan kemudiannya menjual kepada orang ramai. Halalkah?? Berkatkah?

Terbaru, peniaga tudung jenama Kekaboo mengalami kerugian akibat munculnya dajal-dajal Jalan Tar yang menciplak design tudung Kekaboo,kemudian mencetak dan menjenamakan semula dengan brand masing-masing. Hinggakan ke tudung yang baru launch pun diorang dah siap jual murah-murah. Kurang ajar kan? 

Ini adalah design Original Kekaboo


Betapa kurang ajar dan biadapnya dajal-dajal ni, bukan aje design tudung yang diciplak..sampai ke iklan yang group Kekaboo buat untuk seller pun kena ciplak..padam watermark asal,tulis brand dia.. Astaghfirullahalazim.. jahat-jahat Yahudi,dia tak aniaya bangsa dia sendiri tau!








Antara dajal-dajal berkenaan,ada yang menggunakan jenama sendiri seperti BERKAT HIJAB (berkat ke oi curi hak orang??) , JANNAT (Jannat ke LAKNAT??) dan MATAHARI COLLECTION (Yeker matahari? Bukan api neraka ke??).

Banyak lagi yang terjual di kedai tepi jalan dan bazar dengan pelbagai jenama sedangkan kalau beli yang ori pun harga lebih kurang aje dan terjamin kualitinya. 

Kepada peminat Kekaboo, jangan beli yang ciplak atau tiruan,sekiranya korang beli,diumpamakan korang menyokong dajal-dajal ni sekaligus korang pun berdosa juga sebab dah tau barang tu barang tiruan.

Belilah yang original terus dengan pengedar yang sah dengan klik terus ke link ini TUDUNG KEKABOO. 1 je aku nak cakap,andaikan yang korang peniaga tudung,korang design susah payah,keluarkan modal ribuan ringgit,tak sempat korang jual,tiba-tiba korang nampak design yang korang dah bersengkang mata nak buat tu dah ada orang jual dengan harga yang murah..apa perasaan korang? Bangga? Happy?

Dan kepada 5-6ekor dajal yang menciplak ni..aku harap korang baca entri ni..dan..aku nak korang sentuh jari atas jalan raya..kalau kau rasa panas..aku nak cakap yang panas tu 0.01% je dari panas api neraka. Ok.Hadam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...