Ahad, 19 Mei 2013

KISAH SEEKOR ANJING

Assalamualaikum...

Ini entri autopublish..

Kisah ini menyentap perasaan aku. Walaupun kisah ini kisah lama, namun tak dapat aku bayangkan kesedihan seekor anjing ..walaupun ia hanya seekor binatang..

Mungkin ada yang tahu kisah ini. Pada yang tak tahu..biar aku ceritakan..



Ini kisah benar..kisah seekor anjing bernama Hachiko. Kisah ini berlaku sekitar tahun 1924. Seorang Professor University of  Tokyo bernama Professor Ueno telah memelihara seekor anjing jenis Akita berwarna coklat keemasan  yang di beri nama Hachiko. Hachiko dilahirkan pada 1923.

Setiap hari Hachiko akan menunggu Professor Ueno pulang dari kerja di stesen keretapi iaitu Stesen Shibuya. Mereka akan pulang kerumah bersama-sama setiap hari sehinggalah pada Mei 1925..



Hachiko menunggu tuannya seperti biasa..malangnya tuannya tidak kembali..tanpa mungkin dia mengetahui bahawa tuannya Professor Ueno telah meninggal dunia akibat pendarahan otak..


Hachiko di hari kematiannya...

Pun begitu..Hachiko masih menunggu setiap hari selama 9 tahun..dengan harapan tuannya kembali. Hachiko akhirnya mati pada umur 11 tahun..

Kubur Hachiko yang sering menjadi tumpuan ramai

Kisah ini telah difilemkan dan pernah di tayangkan di Astro dan juga telah diterjemahkan dalam beberapa bahasa.



****

Kisah ini baut aku jatuh air mata. Bagaimana seeokor anjing patuh dan taat pada tuannya. Tapi kita sebagai manusia bagaimana?

Kita perlu belajar sesuatu tentang ini, Dan tak salah jika kita belajar  sesuatu dari binantang.

Manusia..sering membinatangkan manusia ..tapi binatang..tak pernah membinatangkan binatang lain malah binatanglah yang memanusiakan manusia..

Aku tinggalkan entri ini untuk korang renungkan bersama.

3 ulasan:

  1. Macam kisah seekor kucing juga di Jepun yang setia dengan tuan, sampai menjadi satu jenama pulak nama kucing tu.

    Anjing memang terkenal taat kepada tuannya.

    BalasPadam
  2. pernah main kat astro ka? alah rugi x tengok tapi memang filem nya yg barat punya tu ka? xda japan version...rasanya kalau org jepun yg menjadi pelakon lebih menarik :)

    BalasPadam
  3. xda japan version ke filemnya tu?

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...