Ahad, 12 Mei 2013

KOMPUTER DAN AKU

Assalamualaikum..

Sekadar pengisian dari membiarkan laman sesawang aku terus bersawang!

Aku mula minat pasal komputer masa umur aku 10 tahun. Ada sekumpulan orang dari syarikat komputer datang ke sekolah dan menawarkan kelas komputer dengan yuran RM5 sebulan Itu pada tahun 1990..aku masih ingat lagi jenis komputer yang aku berjaya guna..yang pastinya..tiada "mouse" lagi pada waktu tu..

Inilah rupa pc pertama yang aku guna. 

Tulisan hijau aje. Masa ni data hanya simpan dalam disket floppy. Besar cam kipas kau! Saiz 8 inci. Yang aku ingat pc ni aku hanya belajar menaip . Tak ada gambar apatah lagi bunyi-bunyian.Cukup minima!

Oleh kerana aku minat dengan komputer , abis PMR aku masuk sekolah vokasional dan ambik jurusan Pengurusan Perniagaan dan aku belajar komputer lagi.. Masa ni komputer dah agak cantik tapi menggunakan disket yang kecik sikit..


Lebih kurang lah rupanya...masih juga tanpa mouse. 

Komputer waktu ni memang mencabar sikit kalau nak guna. Sebab untuk menggerakkan apa-apa kena ingat  kekunci CTRL dan ALT..menggunakan keyboard sepenuhnya. Rasanya budak-budak sekarang gerenti tak tau nak guna pc yang tak ada mouse..dan pc dianggap tak lengkap tanpa mouse.

Inilah yang aku belajar tok nenek kepada Word dan Excell iaitu Word-Star dan MS-Dos. Sekarang orang dah tak pakai ke 2-2 perisian tu.


Inilah versi disket yang pernah aku guna..zaman ini belum terfikir data boleh simpan atas tumb drive yang sebesar ibujari!


Masuk ke tahun 1998 lepas aku habis SPM aku sambung Dip.Science Comp..juga mengenai komputer dan perisian juga..Waktu ni komputer dah boleh buat macam-macam. Boleh tengok movie darVCD..main games dan surf internet..

Ini rupanya komputer dizaman itu. Masih mengekalkan monitor sebesar Tv 15 inci tapi sudah ada mouse.

Di zaman inilah aku mengenal internet. Pada waktu tu MIRC amat popular macam popularnya FB sekarang nih. Dan email yang paling top orang guna adalah Hotmail. Sekarang Htmail dah tak hot lagi,...pengguna banyak menggunakan Gmail dan Yahoo.

Dan aku di sinilah aku belajar COBOL, C++ , FOTRON ..semua ni adalah perkara basic tentang perisian sesuah komputer..dan pada waktu ni aku cekap dengan kod HTML.. Siap boleh buat web hanya guna HTML  sahaja...kalau sekarang minta maafla..tak ada 1pun yang aku ingat!

Masuk ke alam pekerjaan..komputer dah agak cantik sikit. Skrin pun dah nipis..

Inilah rupa komputer sekarang.

Aku hanya mampu beli laptop sendiri pada tahun 2007. Itulah laptop pertama dan masih digunakan hingga hari ini. Belum pernah rosak apa lagi diserang virus. Cuma OS aje yang outdaed..masih lagi Windows 2003.

Apapun..aku bersyukur sebab dapat merasa mengendalikan komputer dari pelbagai generasi. Agaknya lagi 20 tahun..tak tahulah macam mana rupa komputer sedangkan Samsung Note aku yang sebesar tapak tangan tu pun dah berfungsi macam sebuah komputer..

Inilah yang dinamakan teknologi yang tiada henti!


3 ulasan:

  1. perghhh.. dulu punya komputer mmg xde mouse ek? mcm mana nk klik ye? thanx.. baru tau.. hu2

    BalasPadam
  2. assalamualaikum pen biru...betul2 tu..;)

    BalasPadam
  3. Kita sama tahun la penbiru. Ye komputer dulu memang tiada mouse. Jadi apa-apa arahan kena guna keyboard.

    Bagi saya teknologi terlalu cepat berkembang, sampai kan tak terikut dah. Dah la saya ni pulak jenis malas nak ambil tahu perkembangan teknologi terkini (padahal saya dalam bidang IT), maka saya akui saya amat ketinggalan.

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...