Jumaat, 6 Julai 2012

BUDAYA SATE

Assalamualaikum..

BUDAYA SATE?? macam pelik jer bunyi. Aku pun pertama kali dengar..tapi bila di amati memang inilah budaya orang yang bekerja makan gaji tak kira kerajaan atau swasta..di mana-mana pun..


Budaya Sate ni lagi dahsyat dari BUDAYA AIRCOND. Aku yakin ramai yang tau istilah budaya aircond tu digunakan untuk apa. Kalau dizaman 80an-90an dulu dipanggil BUDAYA KIPAS sebab masa tu semua tempat pakai kipas je..bila masuk era 2000, dalam jamban pun ada aircond.

Pada  yang masih blur dengan istilah ini biar aku jelaskan.


Budaya Kipas:..orang tu kena berusah payah mengipas bos..kipas guna tangan so agak teruk jugaklah..asalkan bos sejuk! -Maknanya untuk membodek bos kena berusaha keras agar bodekkan itu diterima.



Budaya Aircond:..yang ni mudah sikit, sebab kena "petik suis aircond" jer untuk sejukkan bos..janji bos tersangat sejuk! -Maknanya, hanya menggunakan sedikit kreativiti sahaja untuk membodek dan memastikan bodekkan itu tahan lam.

Budaya Sate :..yang ni lah paling jahat sekali. Bukan takat mengipas..sebelum kipas kena potong sana sini, cucuk sana sini..baru boleh kipas. Nak bagi best kena simbah minyak..barulah berapi-api dan berasap-asap punya kejadian ! -Maknanya..sanggup buat onar, cari pasal, reka cerita semata-mata untuk membodek..dan yang pastinya bodekkan itu amat "sedap" sekali hasilnya..

Paham????

So pada yang tergolong dalam kumpulan Budaya Sate tu..ingat..akhirnya sate akan dibakar di atas api!



Aku????
Aku pakai Budaya Machine Gun..kalau tak puas hati aku tembak tak kira sape,..janji aku puas..lebih-lebih lagi pada yang kepala otak tak betul, suka cari pasal dengan orang dan menyusahkan orang.



Korang budaya apa???

9 ulasan:

  1. haha!ganas budaya ko yer PB.hehe.first time dgr budaya sate...huhu, dpt new vocab nieh...

    BalasPadam
  2. hehe..mendalam sungguh ayat2 pen biru..sabar kayh..attitude mcm nie ade kat mana2 jer..sama la kite..kalau org kacau mmg harus gegurl tembak jugak..

    BalasPadam
  3. sy suka makan satey...kihkihkih...

    BalasPadam
  4. pestime dengar budaya sate..lagi bahaya nampaknya dr budaya kipas n aircond....jauhkan dri dr budaya2 xelok ni...

    BalasPadam
  5. hahaha..kelakar kak!
    maksud mendalam tu

    BalasPadam
  6. Budaya kami... budaya kerja kerana Allah, niat kerana Allah, sesungguh kerja itu satu ibadat jika disertai dengan niat ikhlas kerana Allah.

    BalasPadam
  7. ni kes tengah panas dgn seseorang ke nih...huhu

    den pun 1st time dgr budaya sate tuh...

    BalasPadam
  8. bahaya juga budaya sate tue..kalau sate jer sedap sangat dimakan...

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...