Isnin, 2 Julai 2012

KADUK NAIK JUNJUNG

Assalamualaikum..

Seringkali kita dengar perkataan kaduk naik junjung..ia ditujukan khas pada spesis manusia yang tak tahu dari mana asal-asul tapi bila diberi sedikit kesenangan dan kelebihan, dia nak lebih lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan sanggup memijak orang lain asalkan tempat dia sentiasa di atas..ala macam makhluk tuhan yang aku cerita hari tu.

Tapi kali ni bukan aku nak cerita bab makhluk tuhan yang tak bertamadun tu. Aku nak cerita pasal daun kaduk. Ada yang tak kenal rupa daun kaduk..sebab rupa daun kaduk dan sirih hampir sama, tapi rasanya yang berlainan.. (jangan sampai ada yang terguna daun kaduk buat sirih junjung dah le...)


 Ini daun sirih...

dan ini daun kaduk

Memang agak sukar nak bezakan kan?..apapun aku nak cerita bab daun kaduk je. Mungkin ada yang pernah makan..dan ada yang tidak. Aku pun baru 1st time makan minggu lepas. Sedap juga rupanya..

Hidangan ini dikenali sebagai Mieng Kam..dari segi nama pun dah tahu, makanan ni datangnya dari Siam la..inilah rupanya..


Ianya terdiri dari daun kaduk, kacang tanah goreng, kelapa goreng, halia, bawang besar, limau nipis, udang kering , cili padi dan sirap gula merah. Cara nak makan senang je..bungkus ala-ala orang bungkus sirih tu...dan masukkan kemulut..

Memang sedap. Sebenarnya set di atas tu, kawan aku yang jual. 1 set RM3..murah kan??? 

Mula-mula nak makan aku agak risau jugak..macam manalah rasanya..bila dah masuk mulut.,.aik..sedap bukan main. So untuk hari ni aku oder 2 set.. Apa lagi...jom makan..

7 ulasan:

  1. Salam,
    Memang konpius dua daun ini, dua2 naik junjung. Daun kaduk ada juga digunakan sebagai salah satu ulam nasi kerabu. Tentu berkhasiat kaduk roll ini ye, semua mentah!

    BalasPadam
  2. pernah makan kat kelantan
    sedap jugak

    BalasPadam
  3. hehehe....daun sireh pun dah lama tak tengok...

    BalasPadam
  4. pucuk kaduk ni buat ulam makan dgn nasi pn sodap. banyak khasiat kaduk ni. kalau mak saya dia guna untuk balut batu bertungku.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum pen biru...mama x pernah makan pun...:)

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...