Selasa, 18 Februari 2014

REZKI YANG TAK BERKAT

Assalamualaikum..

Korang sebagai blogger..apa pendapat korang dan perasaan korang bila gambar yang korang ambil, (tangkap sendiri) dan kemudian korang upload di Internet samada blog atau fb..lalu pada suatu hari korang ternampak ada orang lain menggunakan gambar yang korang usakan itu..bukan setakat menggunakan tapi digunakan sebagai iklan untuk lariskan jualan?

Gembira? Bangga? Tak rasa apa-apa?

Aku?? SANGAT BENGANG!!! Bayangkan susah payah aku buat hidangan , untuk lariskan jualan sendiri tapi di CURI oleh makhluk yang tidak bertanggungjawab untuk lariskan jualan dia. Sedangkan di gambar itu aku sudah tampalkan watermark..pun telah digunakan. Lagi jahat, ada gambar yang ada watermark tu telah dibuang watermark aku lalu digunakan oleh mereka tanpa rasa bersalah.

Bagi AMT yang sudah lama follow aku, korang tahu apa bisnes aku..ya aku jual Cheese Powder dan macam-macam lagi. Disebabkan aku tidak bernaung di bawah mana-mana orang, aku bergerak secara solo, maka aku ikhtiarkan untuk buat iklan sendiri untuk lariskan jualan.

Mahkluk kurang ajar yang aku maksudkan ini adalah Rezqi Cheese Powder. 

Kisah ni terjadi 11hb2 yang lepas. Aku tangguh dulu entrinya untuk beri laluan pada entri lain yang sudah aku autopublishkan.

Takdir Allah, 1 hari, agen dia yang merupakan salah sorang yang ada dalam friend list aku dah upload 1 gambar iklan..dan aku tengok gambar itu..menyirap darah bukan kepalang. Aku sound dia direct. Dia minta maaf kat aku sebab dia tak tahu dan dia ambil gambar tu dari page Rezqi yang kurang ajar tu. Aku buka page tu, bukan 1 gambar aku..tapi 3 gambar..!!!

Aku terus komen di gambar tu. Memang aku tak dapat nak maafkan sebab dia MENCURI gambar aku. Boleh pulak budak yang aku sound tadi tanya aku balik, adakah aku pasti itu gambar aku? Kalau dekat memang aku nak angkat pinggan yang ada di rumah aku tu tunjuk depan dia. 

korang tengok gambar karipap tu?

ini gambar karipap yang aku buat sendiri..dah ada watermark..tapi dia crop watermark aku

Ni gambar nugget yang aku goreng..aku upload di fb page tapi dia curi buat macam gambar tu dia punya

Ni lagi sakit..siap ada watermark penbiru..kurang ajar betul

Memang nampak benda ni macam kecil, tapi apakah rezki REZQI tu berkat ? Rupanya dia dah guna gambar milik aku tu sudah bertahun-tahun!

Disebabkan perkara itu, aku telah maklumkan di page aku CheezycrazyJcp , yang aku terpaksa delete semua gambar sajian yang tidak ada watermark atau yang ada tapi watermark itu di bawah gambar bagi mengelakkan digunakna sewenang-wenang oleh pencuri seperti Rezqi tu.

Dalam pad itu, budak yang aku sound tadi pm aku dan tunjukkan mesej yang dia terima dari admin  Rezqi tu.. Korang bacalah sendiri. Itukah jawapan???

Bila aku baca print screen ni..menyirap-nyirap darah aku..
lalu ini jawapan aku di fb;

melalui org tgh(nama dirahsiakan)dia kata: 
1.secara honest kami x ambil pic org lain n edit@crop watermark
JAWAPAN: honest?? dah tu pic karipap aku tinggal sekerat tu..sapa yg crop?JEBON??

2.sebelum kami ambil pun kami make sure boleh ambil dulu
JAWAPAN: make sure? dengan sapa? HANTU??


3.image pasal karipap tu admin x ambil n crop tapi agent yang buat.admin penah tanya n dia kata buat sendiri, tu admin pilih pic dia..
JAWAPAN: agen hang dengan hang sama mangkuk hayun.Tlg habaq nama agen tu.Nama apa agen? SETAN?

dengan sikit pun tak ada rasa bersalah..hanya ini yang dia post di fb page dia.

Walaupun dia dah delete semua gambar aku yang dia dah guna berulang kali..aku memang tak dapat nak maafkan dia. Aku TAK HALAL kan apa keuntungan yang dia dah dapat, yang dah jadi darah daging dengan hasil jualan menggunakan semua gambar hasil usaha penat lelah aku.

Kita sebagai blogger mesti ada etika sendiri. Kalau kita gunakan gambar dari sumber google, sepatutnya kita beri sedikit kredit atau penghargaan di gambar tersebut. Contoh *credit pic to bla bla bla.

Kalau tengokkan page dia bukan main ramai likers sampai 4000 lebih, sedangkan aku 400lebih ajer, tapi kenapa PEMALAS dan ambik jalan mudah curi gambar orang.Tau nak senang aje Tak ada inisiatif sendiri nak lariskan jualan. Kurang ajar dan memang kurang ajar. Kalau agen-agen aku, aku kenal dan aku benarkan diorang guna sebab diorang ambil stok dengan aku. Ini dah la kau tak kenal, langsung tiada kena mengena dengan aku.

Aku memang TAK MAAFKAN dia .. TAK HALALKAN..dan REZKI KAU TAK BERKAT!!!

TO REZKI CHEESE POWDER..JUMPA DI PADANG MAHSYAR!

6 ulasan:

  1. Sebab byk jugak kes macam nie...ada org nasihat rietta utk letak watermark full page...tapi gmbar jd kurang cantik larr...sedey....

    BalasPadam
  2. banyak kes macam ni sekarang kak, dan memang sakit hati bila berlaku...huh....

    BalasPadam
  3. Susah sangat ke nak minta izin.....
    Susah sangat ke nak minta maaf...
    Susah sangat ke nak mengaku dah buat salah

    Persoalannya nanti jawaplah di AKHIRAT...

    BalasPadam
  4. rasanya de 1 lagi blogger yg terkena camni jugak.. gambar dah de watermark thne kena crop... same case

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...