Jumaat, 14 Februari 2014

HONEYMOON @ PERHENTIAN - PART 4

Assalamualaikum..

Sambung kisah semalam..lepas makan..lepak tepi pantai..perut dah macam anakonda telan kerbau..kami pun balik tido..

Day 2

Celik mata dengan semangat berkobar-kobar ingat nak berendam kat mana hari ni sebab semalam masa aku tengah makan , Cik Diana(Ombak Resort) yang aku deal masa sebelum booking bilik tu ada wassap tanya khabar... bagusla diorang ni.. tumbs up untuk ke "friendly" an diorang. (ehh ada ka perkataan cam tu..hahah).. dia ada cakap, kalau nak mandi lagi best boleh hiking sikit membelah bukit di belakang resort tembus sampai ke sebelah bukit, akan jumpa pantai yang best yang dinamakan Long Beach..

So..sebelum apa-apa..aku dan en.suami antara yang terawal pergi breakfast. Menu sangat simple. Sesuai untuk tekak semua orang.


Selesai bersantap aku berjalan ke pantai depan resort. Untuk pengetahuan, resort ini sebelah matahari jatuh. So waktu pagi sangat redup terlindung bayang-bayang manakala disebelah petang agak terik dan kebanyakkan pengunjung akan berjalan ke Long Beach di belakang bukit sebab Long Beach menghadap matahari terbit. Kalau pergi pagi memang panas dan tak sesuai untuk menjadi duyung berjemur.

 dari depan resort..cantikkan?



Jarak perjalanan dari resort ke Long Beach dalam 10minit kalau berlari ye tuan-tuan dan puan-puan..tapi kalau berjalan ala-ala itik pulang petang tu boleh sampai 20 minit..penat jugak tu..terkengkang jugak mendaki bukit tu sebab ada track untuk ke sana.




Track belakang resort untuk ke Long Beach

Long Beach..di hadapan..



Pagi  kat Long Beach memang tak ada apa sangat. Lepas berehat seketika..niat nak mandi tak jadi sebab matahari terik..abis hitam kulit aku yang putih biji kekabu ni..Kalau nak mandi bagi puas dan best, kena datang petang..barulah pantai ni redup sikit..dan malam pun ada aktiviti kat sini..

Aku pun beransur balik dalam pukul 11.30 camtu dan lepak aje dalam bilik..masa tu dah tengahari..kita berehat seketika..


dari belakang Ombak Resort

Jam pukul 12..perut berdongdang sayang..apalagi..kali ni kami try warung yang no.2 dari resort (sebelah kiri resort). Aku lupa pulak nak snap gambar nama warung ni..tapi warung ni paling besar kat sini..

Apa aku oder..tengok ajelah..

 Nah kau.. aku minta buah 1 set..ingatkan 1 pinggan kecik yang buah-buah dipotong tu..sekali sampai..nah hambik..jenuh makan. Harga tak salah aku untuk semua menu tu dlm RM60 cam tu..(tak pe..makan je..my darling yang bayar..hikhikhik)


Perut sudah kenyang..apa  lagi..aku dengan suami mengalah kan mat saleh yang putih gebu tu..berendam dalam laut dari pukul 1 sampai 3petang..hahah..macam dugung wehh..

Panjang pulak cerita..sambung esok ajelah..ok Adeus!!!

3 ulasan:

  1. Seronoknyaaa baca. Rindu giler dengan Perhentian. Tapi dulu saya duduk kat Coco Hut. So, package termasuk makan. Tak perlu risau. Dahlah sedap pula tu... banyak lagi portion dia. Cuma, pantai agak kurang best sebab ada batu karang sikit. Snorkeling bestlah sebab banyak ikan nemo celah2 batu tu.

    BalasPadam
  2. Akak memang teringin nak pergi pulau perhentian ni... Subahanallah cantik permandangannya.....
    Happy honeymoon Pen biru ;)

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...