Rabu, 12 Februari 2014

HONEYMOON @ PERHENTIAN - PART 2

Assalamualaikum..

Sambungan dari Part 1..



Dalam 45minit dah sampai di Pulau Perhentian Besar untuk turunkan pelancong yang memilih untuk berada di situ..kemudian bot meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin aku tuju.. Pulau Perhentian Kecil..

Perhentian ke 2 di Pulau Perhentian Besar..tengok ajelah airnya..Subhanallah..

Pelayaran diteruskan lagi...

 Tadaa!!! dah nampak Pulau Perhentian Kecil..rasa macam nak terjun dari bot masa tu jugak..


Dari jauh dah nampak jetinya..tergedik-gedik rasa tak sabar nak turun..bila tengok air laut yang sangat jernih..ikan-ikan yang berwarna-warni berenang berlegar-legar ..walllaaahhh..gile punya best.


Excited gila..bila nampak resort dari jeti

segerombolan anak ikan..rasa nak tebar jala je..gerammm

 Dari jeti berjalan kaki ke resort yang telah suami booked.. OMBAK RESORT ..bukan Ombak Rindu ye..Ketibaan disambut bagaikan VVIP..duduk di cafe yang berlantaikan pasir..dan pekerjanya yang sangat friendly tapi berkaki ayam..macam best je aku tengok kerja tak yah pakai kasut..nak berkasut apanya..kang bersepai-sepai pasir masuk dalam kasut..dan aku nak pesan lah pada korang yang nak pergi tu..tak yah la berkasut sport bagai..pakai selipar aje cukup..jangan pulak buat gila pakai high heel..haahah..oh ya..tolong jangan bawak beg troli macam nak naik kapal terbang tu..TAK SESSSSUAI CIKK!!





Sangat santai Ombak Resort ni..aku memang rekomenlah pada korang yang nak pergi ke Perhentian Kecil. Lebih kurang pukul 11, dah sampai disitu sambil menungu check-in, dihidang pulak welcome-drink maka sempatla aku berchenta-chenta dengan en.suami kat cafe tu..heheh...honeymoon lah katakan..

Pukul 12barulah dapat check-in. Suka di ingatkan , dalam pakej ni memang takde makan tengahari sebab kebanyakkan pelancong, sibuk dengan scuba-diving. So kepada yang kaki makan tu, sila bawa bekal roti secukupnya. Nak makan megi pun boleh tapi dalam bilik takde cerek ye..


Bilik honeymoon yang telah di booking..ada juga chalet tapi semua dah penuh. Suka juga aku nak ingatkan, pada korang yang dalam percutian bajet, tak payahla booking bilik yang ada air-cond sebab malam kat sini sangat sejuk . Tak de air-cond pun tidur berselimut. Ambik aje bilik berkipas biasa tu. 


bilik ni besar ada 2 katil..1 katil Queen dan 1 single.so kalau nak bertiga pun bilik ni memang sesuai sangat


Masuk je bilik aku terus makan nasi dagang yang ditapau tadi..hehe..pastu aku terus membuta sebab pagi tadi bangun awal..drive dalam keadaan gelap gelita..sejuk..mata dah berat ..lalu pun zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sambung esok!

Adeus!!!

3 ulasan:

  1. subhanaallah....cantik..bersih..jernih air..... geramnya tgkkk... rasa nak pergi situ....

    BalasPadam
  2. teringinnya nak pergi pulau..
    perhentian ni memang cantik kan..
    lagi satu redang..pon cantik gak..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...