Khamis, 13 Februari 2014

HONEYMOON @ PERHENTIAN - PART 3

Assalamualaikum..

Entri tertangguh hingga basi. Aku terjaga tidur sebab terdengar suami aku sedang solat Zohor..punyalah malas nak bangun..masih lagi mengantuk..tapi bila teringtkan pantai membiru itu sedang melambai-lambai..huh..tak boleh jadi..

Siap-siap aje..aku keluar dengan en.suami. Berjalan-jalan tepi pantai. Ketika ni air laut nampak hijau pulak..macam sesumpah ye..berubah kaler..aku pun cari port yang baik punya pastu duduk berdating kat situ..ala-ala drama Ombak Rindu..

Perut dah keroncong sebab makan tengahari tak disediakan..makan nasi dagang je sorang sebungkus...wah..perut naga lah katakan....aku menuju ke satu warung yang paling dekat dengan resort. Oder nasi, tomyam(emmm..tak sedap dowhh!!) dan daging merah(bawang bersepah kau). Bolehlah makan..tapi biasa aje. Bab harga jangan dikenang. Mahal gila ok. So berhati-hati korang kalau nak makan kat luar...tapi kalau dah lapar..bedal ajelah..TAPI..jangan makanlah kat sini, aku tak rekomen pun sebab TAK SEDAP.


Sedar-sedar dah masuk Maghrib, kami balik ke bilik. Usai solat dengan perut yang tak berapa lapar , kami terus ke cafe. Aku suka cafe Ombak Resort ni. Sangat santai. Layanan 1st class kau jah!. Aku  nak duduk je, datanglah pekerja dia (sini semua speaking BI ye sebab pekerja dia banyak yang bukan Melayu..tapi makanan halal..jangan risau. Gred A lagi)..belum sempat aku duduk atas kerusi ala-ala pelantar kayu tu..aku di tahan dan tidak dibenarkan duduk.. aik..apahal pulak..??


"Wait ma'am.." kata dia.. aku pelik la..tiba-tiba dia letak kusyen atas kerusi kayu tu..sambil senyum.. "Please have a seat ma'am.." amboi..hahahahah..aku ingatkan apalah tadi...dia tak bagi aku duduk atas kayu..takut kematu punggung agaknya..macam raja punya layan..kehkehkeh

Aku pun hulurkan baucer makan malam..Pastu duduk di situ sambil tengok movie yang ditayangkan di skrin besar. Harap maklum ye, kat sini tak ada tv..internet ada wifi free..tapi tak berapa kuat. Aku pun bersembang-sembang dengan en.suami sementara nak tunggu hidangan sampai.

Nak tengok menu aku malam tu?..ni ha..

Serius..sedap gila..dan portion yang banyak. Boleh makan 4 orang punya lauk. Aku ingat lagi..terasa-rasa je dalam mulut ni.. Daging Black Pepper..(sedap ooo)..Tom Yam Campur (serius sedap gila kena dengan taste aku) ada sayur Kangkung Belacan, 1 hidang buah-buahan campur..dalam pinggan nasi tu ada keropok..salad..adoi mak..heaven gila menu. Itu pasal la tak de makan tengahari sebab makan malam punya superb..

Siap Candle Light lagi kau Jah.,.hahah..layan fresh oren sambil tengok movie yang sepatah haram aku tak faham tu..ish..sukar nak diceritakan.. honeymoon suasana macam ni..rasa macam nak pegi lagi..

Apa jadi lepas tu??? sambung esok! Adeus!!!

2 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...