Isnin, 3 Februari 2014

NAMA SAMA TAPI BUKAN DIA

Assalamualaikum..

Huh..apa tajuk ni? Baca sajalah kalau nak tau. Aku ni kadang-kadang sampai dah konfius..pasal nama..

Nama sama tapi bukan dia..Ni aku nak sembang bab nama komersial terutama untuk artis mahupun kumpulan. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa nama itu juga yang di pilih sedangkan dah ada orang/kumpulan lain yang guna nama itu terlebih dahulu. Adakah kerana tiada identiti sendiri.. Contoh aku nak bagi..

KUMPULAN NIRWANA
Berapa kumpulan dalam Nusantara ini yang menggunakan nama ini. Kalau dari seberang tu mungkin diorang tak tahu dan tak kisah pun kalau nama sama..Ini pulak 1 negara yang cinonet cam kita ni..

Orkes Nirwana..inilah Nirwana yang paling veteran..kiranya diorag nilah yang mula-mula sekali pegang nama 

Yang ni pulak, kumpulan nasyid Nirwana yang pernah di anggotai Faizal Tahir..aku hampir-hampir  terkejut masa mula-mula dulu bila sebut kumpulan nasyid Nirwana..mati-mati aku ingat Orkes Nirwana dah nyanyi lagu nasyid..aik..dah tukar genre ke..hahah



Yang ni pulak..terkenal dengan lagu "Cukup-cukup sudah" tu.. Nirwana Band namanya..

Yang ni, ejaan Nirvana..tapi kalau mat salleh sebut mesti bunyi Nirwana jugak. Tu..yang rambut putih tu namanya Curt Cobain ..macam aku nak tanya dia, tak de nama lain ke nak letak.

Ada lagi..bukan Nirwana je..Slash pun sama..

Ni Slash..gitaris terer gile dari luar negara..dah memang nama dia Slash..

Ni pulak kumpulah Slash dari Malaysia yang femes dengan lagu Taman Astakona sekitar awal 90an

errr..yang ni bukan..yang ni cuma perasan nak jadi Slash..

Sebenarnya banyak lagi yang orang atau kumpulan yang gunakan nama yang sama. Apa yang jadi ialah, akan ada yang tenggelam dan tak bertahan lama. Tengok ajelah kumpulan atau orang yang mempunyai nama komersial sendiri, mampu bertahan hingga hari ini . Contohnya Search, Wings dan Scorpion..

Apa yang aku merapu hari  ni? maaflah takde idea sebenarnya, saja menyibuk nak menulis jugak..Adeus!!!





2 ulasan:

  1. Farah dah mula terfikir ni apa lagi yang nama sama...he he he...you've made me think lah kak... *_^

    BalasPadam
  2. Sape plak slash haji tapah tu? Hheee

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...