Jumaat, 2 November 2012

RENEW PASSPORT ONLINE

Assalamualaikum..

Ini ada info nak kongsikan dengan korang semua. Ada yang dah tahu dan ada yang belum tahu. Sekarang ni kalau korang nak renew Passport, korang tak perlu lagi beratur panjang dan tunggu lama di Imigresen.  Apa yang perlu..korang kena standby gambar passport terkini dalam pc atau lappy korang untuk di upload dan korang boleh buat passport dan bayar secara online.

Untuk bayaran hanya Kad kredit aje yang boleh. Bayaran melalui debit kad belum lagi boleh. Aku dah try. Sekarang aku nak ajar korang semua..

Firstly korang klik link ini --> 
 https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport?action=welcome&lang=ms&type=26&module=passport

Skrin ni akan keluar..

keluar aje skrin muka mak cik ni...korang baca la dulu..bagi faham..pstu kena skroll ke bawah sampai habis..kalau tak korang tak jumpa next step..


Bila dah skroll korang akan nampak butang "Setuju"..klik aaje butang tu..

skrin ni akan keluar..pstu korang masukkan nombor passport lama korang dan nombor kad pengenalan korang..pastu klik aje butang "Cari"..

bila skrin ni keluar...semua maklumat dibawah dah terisi..yang korang kena isi ialah TEMPOH PASPOT..NO HP..dan kena klik/tick beberapa kotak kecil .Jangan risau kalau korang tak tick kotak tu, borang tu takkan boleh ke next step..
sebelum tu korang kena upload gamabar korang dengan klik butang "Muat Naik Gambar

skrin ni akan keluar..so..step ni korang kena buat betul-betul sebab aku pun merewang jugak masa mula-mula nak buat.
1. Klik "Choose File"..korang pilihla gambar korang (background biru..ala macam gambar pasport biasa tu le)

2. Klik "Hantar" dan sila tunggu sampai gambar korang masuk dalam kotak sebelah kanan tu..

3. Bila gambar dah masuk korang boleh cropkan gambar tu ..dengan gunakan "left click" di mouse korang. Bila korang dah puas hati 

4. Selesai crop gambar..klik butang "Selesai"..dan..

5. Klik butang "Kembali"..


Bila skrin ni keluar..korang kena klik/tick kotak-kotak yang kecil tu dan akhir sekali klik butang "Teruskan"..

Skrin ni akan keluar . Korang skroll ke babawah..pastu
1. Tick kan bulatan (seperti di tanda tu)
2. Klik butang "Kemaskini" dan...


mesej ni akan keluar dan korang klik "Ok"...


Pastu skrin ni akan keluar..korang klikla kat jenis bayaran tu samada Visa atau Mastercard..(ikut jenis kad kredit korang la..pastu klik "Bayar Melalui"..sila tunggu sebentar..


Bila keluar skrin ni, korang masukkan lah maklumat yang diminta..dan klik butang "Pay"..

inilah skrin terakhir..so korang kena "Cetak Resit"..untuk simpanan..

SELESAI !!!

Purata masa yang aku gunakan  (dalam keadaan terkial-kial) adalah 1/2 jam. Tak perlu gerak sana-sini..beratur panjang..(makin kembangla punggung aku)..semuanya siap di hujung jari...oleh kerana aku buat ni dah jam 4.30 petang..maka esoknya lah aku ke Imigresen untuk ambil pasport yang dah siap.

Esoknya pukul 10pagi aku ke Imigresen Alor Setar. Aku tuju ke kaunter dan beritahu nak pungut paspot yang dah aku buat online.. aku disuruh ke Kaunter 7 (tanpa perlu beratur) Di sana diorang mintak IC , resit dan paspot lama.. Pastu diorang ambil cap jari kiri dan kanan...dan aku di minta duduk dulu....pukul 1030 nama aku telah dipanggil dan diambil cap jari sekali lagi..dan....Siap!



Tengok? mudahkan? Tak perlulah buang masa dan tenaga seharian untuk ke Imigresen semata-mata nak perbaharui paspot korang. Dan aku amat bangga sebab pegawai disitu tersenyum senang sebab aku dah tak menyusahkan diorang dan orang yang dah tunggu lama disana hairan dan pelik kenapa paspot aku cepat siap ! 

*lagi orang marah kalau diorang tau pejabat aku dengan Imigresen jauhnya adalah 3minit jalan kaki..ahaks!

Sekian cerita aku. Adeus!!!









6 ulasan:

  1. skang nie dh senang kan..kite ari tuh gie renew passport masuk dlm machine..xyah nak beratur..tp yg online nie lagi la senang..;)

    BalasPadam
  2. sekarang semua dh mudah...
    x payah ssh lgi..
    semuanya dihujung jari anda...hihihi

    BalasPadam
  3. Passport saya pun dah expired. Tak sempat guna pun sbb plan nak guna tgh tahun ni ari tu. Tapi dah peknen, awal2 peknen ni org kata berisiko kalo naik kapal terbang. Tekanan tinggi tak baik utk baby. So, kena la tunggu next plan. huhu.

    BalasPadam
  4. Semua sudah dipermudahkan.Tetapi harus jaga keselamatan juga dalam urusan online ini. Terima kasih PB untuk maklumat terkini.

    BalasPadam
  5. Nnti ida nak try buat jugak. pasport dah nak mati ni.. huhuhu

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...