Khamis, 29 November 2012

KEMBARA HO CHI MINH - PART 1

Assalamualaikum.

Ya..inilah yang betul-betul dinamakan kembara. Percutian macam inilah yang aku impikan. Tidak terikat dengan mana-mana dan sesiapa. Sesuka hati aku boleh kesana kemari. Asalnya planning nak pergi 3orang. Tapi akhirnya tinggal 2 orang. Maka pengembaraan pun bermula.

Day 1.
Aku bertolak dari Kedah ke KL malam 19 Nov. Oleh kerana flight ke HCM keesokkan tengahari maka aku  terus ke rumah BFF aku yang bakal pergi bersama-sama aku. Aku sampai di rumah dia dalam pukul 12malam. Sampai aje terus bersembang tot tet tot tet..tidoo..

Esoknya pukul 9.30 pengembaraan kami bermula. Ini bukanlah kali pertama aku keluar negara. Sebelum ini aku dah ke Beijing dan Medan. Tapi ini kali pertama bagi BFF aku Iera. Hubby Iera hantar kami ke stesen LRT. Terus kami naik LRT tukar ke ERL pastu ambik bas ke LCCT. 

Sampai di LLCT pukul 11.30. Terus check in. Kami cuma berlenggang tanpa beg yang berat.. Melepaklah kami menunggu flight pukul 2.30petang.

tuuuuuuttttt...tuuuuttttt..

2.30petang dah naik flight. Aku dah booking siap-siap makan. Maka inilah yang terhidang..

dah habis makan. Ambil Nasi Bukhari. Nasi dah sedap..air secoet..kedekut betul AirAsia ni


Memasuki ruang udara Vietnam..

Delta Mekong

Selamat mendarat..aku tak pasti itu apa..mungkinkah kubu masa perang dulu..

bayaran untuk parking Airport


4.30petang waktu Malaysia..kami menjejakkan kaki ke bumi Vietnam. 

1 perkara yang aku amat puji di Airport ni, kalau ada 10kaunter..ke10-10 kaunter tu buka..ada orang yang bekerja. Tak macam kita di sini. Ada 10 kaunter yang  "jalan" adalah 4-5 aje.

Mudah untuk masuk ke Vietnam tak seperti di Beijing dan Medan yang sering mengharapkan sesuatu diselit dalam paspot. Tiada kad kemasukan dan borang-borang..mudah sungguh..

Selesai

Dengan butakayu nya kami memberani kan diri ala-ala terer la sangat..terus ke kaunter teksi. Aku terus beli tiket untuk pergi dan balik dari Airpot ke hotel. Boleh dibayar dalam RM. Untuk tambang pergi dan balik harganya RM70. Oklah dari kami melilau tak tentu arah. Berongsi 2orang. Tapi kalau berkongsi 4 orang maka ianya lebih baik dan dikira tak terlalu mahal.

Ketibaan di Bandaraya HCM di sambut jutaan motorsikal yang berselerak. Tanpa polis trafik mengawal lalulintas, tak ada pula kemalangan yang berlaku walaupun aksi cilok mencilok bagaikan pesta di sini.



Kami tiba di Ruby Hotel. Hotel ni aku booked melalui Agoda. Harganya RM560 untuk 4 mlm. Jika dikongsi berempat juga masih dikira murah lagi.. Inilah biliknya. Mengadap jalan ..dekat sangat dengan Ben Thanh Market.


katil yang besau..


dari balkoni bilik

bilik air yang selesa 

Tengok jam dah pukul 6.30petang..tapi sudah gelap gelita. Perut sudah mula berdendang. Maka kami menapak keluar mencari kedai makan dengan harapan terjumpalah kedai Halal..nasib baik ada...inilah kedainya..


Ini menunya...


Kata orang kalau datang ke Vietnam mesti cuba kopinya...inilah kopi pertama yang aku rasa.

memang kow gila-gila. Rasa pun ada sedikit kelainan..dan aku tak tau apa yang lain tu..tapi memang superb!

Kenyang?
Sedap?
Harganya???

MAHAL GILA!. terkezutt biawak seketika. Tak apalah janji kenyang dan kami sudah tahu macammana kadar makanan di sini.

Sempat kami berbual dengan tuan punya restoran. Hj Halim. Mujur lah beliau berbahasa Melayu walaupun pelat Champa tapi masih boleh difahami. Kami meringankan mulut untuk bertanya macam mana kalau kami nak ke Sg. Mekong. Katanya kebetulan esok dia nak bawa 1 keluarga ke sana dan kalau kami nak boleh join sekali dengan bayaran USD25. Termasuk semuanya dan juga diberi roti dan makan tengahari..

Kami berbincang..DEAL..terus bayar kat P.Cik Halim

Sudah makan kami berpusing-pusing meninjau kawasan...

Pukul 11malam..balik bilik dan tidur...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz krrrrrrrrrrrrrrooohhhhhhhhh

Sambung - Part 2


4 ulasan:

  1. waaahhh, siap ade bathtub lagi...hahaha...bestnye gie cuti2 kat vietnam..;)

    BalasPadam
  2. Salam,
    Akak belum sampai HCMC. Ramai ke sana, shopping!

    BalasPadam
  3. assalamualaikum pen biru...seronoknya jenjalan...:)

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...