Isnin, 5 November 2012

RAHSIA NAMA EMAIL

Assalamualaikum..

Ingin aku berkongsi post dari idola ku..Datuk Maznah Hamid. iaitu rahsia disebaik nama email.

Gunakan Nama Penuh :
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@ yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah : 
Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo. com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang. 

Nama Dan Tahun : 
Contoh: FaraH2003@yahoo. com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah. 

Nama Samaran : 
Ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@ yahoo.com .Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri. 

Nombor Dan Abjad : 
Contoh: wbi1208@yahoo. com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu membuka dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak kirim salam sahajalah.. 

 Macam mana ya..ada kebenarannya tak?Apa pula komen anda..


7 ulasan:

  1. hehehehhe...yg mne 1 agaknyer yer...hihihi...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. kalau cmtu..mknanya nada mata mghargai pasangan anda..heheheh

      Padam
  3. As salam PB,

    Lamanya tak menyinggah! Sorry berlori awak! :)

    Saya setuju dengan kajian yg Datuk Iron Lady ni! Cuma nama saya bukan nama penuh tp nama separuh ala2 glamer gitu! hakhakhak :p

    Nama saya klasik tp kawan2 lebih suka & gemar guna nama skrg ni... so should be no problem lah kan...hehehe :)

    Eh, awak! Saya nak promote blog baru saya, kat sana ada jual barang2 eksklusif dr peru ni... Kalau sudi/free boleh lah singgah cuci2 mata ye! >>>>http://casadelamarya.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. huhu....sy pakai nm sebenar kat email...=)

    BalasPadam
  5. saya guna nama tengah plus nama glamer..hihi..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...