Jumaat, 30 November 2012

KEMBARA HO CHI MINH - PART 2

Day 2

Hasil keramahan semalam..hari ini pukul 8.00pagi waktu Vietnam (pukul 9pagi Malaysia) kami dah tercongok depan kedai P.Cik Halim..Ingatkan dia dah tinggalkan kami..rupanya dia terlambat. Pergi ambik roti katanya...

Nah roti sorang sebijik..


Inilah sarapan pagi di sini. Memang sedap . Aku tergigit cabai..pedas terbakar mulut aku. Rotinya amat rangup.  Belum pun sempat aku membaham roti sampai habis, van kami berhenti di depan kilang ni..

Diluar macam tak ada apa-apa..didalamnya rupanya ada perusahaan dari kulit telur, kulit siput dan lukisan. Berpusing-pusing menjamu mata. Tak terasa nak beli.
















inilah van yang kami naik..



Lepas tu kami meneruskan jalan ke Sg. Mekong..kata P.Cik Halim perjalanan mengambil masa 1jam 30minit..jauhnyee..

Baru ku tahu kenapa lama sangat perjalanan tu.. kelajuan maksimum di lebuhraya adalah 60km sejam. Dan jalan biasa 40km sejam! 3 kali mimpi baru sampai.

Pemandangan di sini sama seperti aku ke Medan. Di tengah sawah ada kubur tuan tanah dan sedara-mara. Saiz rumah yang memanjang juga sama seperti di Medan..itu belum cerita pasal babi golek di sepanjang jalan!.



Sampai di Jeti lebih kurang pukul 10.30(Vietnam)..tempat pertama dituju...

Tandas di jeti yang bayarannya ikut ikhlas ..tak ada orang jaga pun

jualan di jeti..tapi tak beli kat sini..


Sampai juga akhirnya. Agak cuak juga aku takut nak naik perahu. Kata P.Cik Halim bukan naik perahu tapi bot besar. So bila tengok bot ..aku yakin.. naik ajelah.





Singgah di pulau pertama. Kat sini aku sambar baju tradisional Vietnam 6pasang untuk emak dan adik beradik aku... kat pulau ni juga disediakan buah durian dan minuman madu. Kerana sibuk membeli maka buah durian bahagian kami telah di sental sampai habis tanpa ingat orang belakang oleh family yang pergi sana 1 van dengan kami. Hangin jugak aku. Dah la sepanjang jalan ciwi macam nak mamtuuuuut. Itu di tegur..ini di tegur.kata orang Kedah..pe-rak!




beli-beli... 


Inilah yang tinggal untuk aku dan Iera..

Air limau campur madu..

dan benda-benda kering ni.

lebah yang mencari kembali madu yang dikutipnya..

Lepas tu dengan berjalan kaki..kami berhenti ke check point seterusnya. Kat sini dijamu pula buah-buahan..ciku, rambutan, limau bali , buah naga dan nenas juga teh cina. Maka aku dan Iera membalas dendam dengan memakan buah-buah tanpa ingat orang belakang!



Sambil makan datanglah sekumpulan penanyi disitu. Menyanyi lagu bahasa dioranglah..aku tak paham.. Tetiba aje diorang nyanyi lagu Si Jantung Hati dengan pelat Vietnam yang likat dengan berbunyi sengau..layan ajelah..



Lepas tu kami di hulukan sapu tangan berbentuk kuntuman bunga..ingatkan apa..ooo rupanya mintak tip. Aku tak bagi pun...hahah..


Ternampak minuman ni...eerrrrkkk

Perjalanan diteruskan ke check point seterusnya..hingga sampai je hujung jalan yang tidak berjalan malah bersungai..

*cuak!


nah ..nak tak nak kena naik juga.. SAMPAN!!!!!!!!!!!!!!... P.Cik Halim terkedek-kedek gelakkan aku dan Iera. Ceh! tipah tertipu. Sedangkan perahu penambang Sg. Sarawak pun aku takut nak naik..inikan pulak sampan!..darah mula berderau..macam-macam yang bermain di fikiran..

Apa yang terjadi lepas tu..??

Tunggu sambungan - Part 3

2 ulasan:

  1. pengalaman cik ana mmg best dibaca, terasa saya pun ada kat sana, tak sabar nak tunggu part 3

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...