Isnin, 16 November 2015

AUTUMN DI KOREA - PART 8

Assalamualaikum..

Sambung lagi kisah tempat berdarah pulak..berdarahnya dompet aku. huhuhu..

Turun melalui pintu subway yang kami keluar tadi, terus ambik train melalui 2 stesen , tukar train di stesen Jogno 3 (Sam-Ga). Di sini hanya lalu 1 stesen sahaja. Turun di stesen Dongdaemun. Keluar dari subway, terus menuju ke Kwangjang Market. (ada yang eja Gwangjang)

Makcik ni menjual Yakult..memang banyak orang jual macamni

Deretan farmasi di sepanjang jalan

Kawasan sini banyak farmasi..aku yang kebetulan dah kehabisan ubat batuk, ambik kesempatan la beli kat sini.. Yang kelakarnya, si Pharmacists tu..tak paham BI..aduh..aku cakap nak cough syrup..dia tak paham.. last2 aku batuk depan dia baru dia paham. Aku mintak jenis sirap, dia kata tak ada. Semuanya jenis kapsul..


Ubat kat sini semuanya kapsul soft gel..kawan aku Iera beli pain killer pun macam ni jugak kapsul dia

Di Kwanjang Market ni banyak orang jual kain cotton dan sutera. Aku beli cotton 2 pasang je untuk mak aku sebab aku tengok lebih kurang kat Malaya je kain tu..huhu..tak de la murah mana  Sepasang 15000Won..mintak kurang tak bagi. (duit kita dalam RM58 sepasang). Memang berdarah la dompet aku kalau memborong tak kena gaya.

Dah sampai

Corak kain macam tak kena taste..tak membeli sangat.huhu

Keadaan dalam kawasan market

Jogno Underground Shopping Center..boleh nampak sebelum pintu masuk ke Kwangjang Market



Lepas cuci mata lebih kurang kami berjalan keluar dari market dan menuju ke tempat makan di lorong2 kecil belakang bangunan. Kedainya sangat kecik, bersesak2..tapi banyak kedailah yang ada. Khabarnya di sini ikan bakarnya sedap. Memang ramai pelancong Malaysia yang lepak makan kat sini. Menunya hanya ikan bakar dan seafood. Maka makanlah tanpa bersyakwasangka.. aku yang kebulur dah sebab dari pagi tak makan..tawakaltua'lallah...

Masuk ikut sini


Ikan bakar ni kosong je..tak de garam pun. Tapi sedap

Ikan bakar di hidangkan dengan kicap (rasa macam kicap shushi) dan wasabe. 2-2 bahan ni kena campur ..so rasa macam air asam la untuk cicah ikan. Oder jugak sotong sambal. Sedap rasanya macam sambal sotong kita di sini. Seperti biasa di hidangkan kimchi dan sup kobis yang aku tak lepas nak telan. Dan terjumpa 1 lagi menu baru . sayur yang macam daun kaduk di buat kimchi..(aku luah balik lepas kunyah..uweekk). Taugeh Kimchi tu aku suka..boleh habis pulak yang ni. Harga semua aku dah lupa sebab makan berkongsi..

menu yang sedap terutamanya sotong

motor berkuasa tinggi di sini hanya digunakan sebagai pengangkut barang aje..huhuh

Lepas kenyang makan, kami berjalan kaki ke Namdaemun Market. kat sini aku memborong t-shirt 3 helai 10,000Won (RM38). Ada 2 kedai aje yang jual harga murah macamni..yang lain semua harga mahal gila kalau duit Malaya( aku nak ucap terimakasih kat PM Najib sebab kerana dia duit RM tak laku di luar negara)




Pasar malam ni sampai pukul 8 aje tau..Nasiblah kalau ada yang berniaga lebih dari time tu sebab aku tengok masuk kje pukul 8 , semua dah berkemas2 nak tutup.


Korang yang sampai sini jangan lupa cari Aunty ni, dia jual gula tarik..kat kotak tu tulis Tarey..tapi memang sedap. Aunty ni ramah gila kot..pandai pulak beberapa perkataan melayu. Aku nampak tanda Halal di kedai dia..terus aku terpa dan suami dia bagi aku rasa yang dia baru buat..sedap wehh..Sekotak 5000Won. Beli 10 free 1.. tapi disebabkan aku pun sama naik ramahnya, beli 6 dia bagi 1 free. Aku bawak Iera pulak..dapat lagi kat aku free 1..hahah. 

Sampai Malaysia, seminggu je dah keras kejung gula Tarey ni.huh!

Memang petangni hari berdarah buat aku.. punya membeli survenior kat orang..sedar2 RM600 jugak terbang .huhuh.

Pukul 8malam kami bergerak balik ke Hostel. Malam ni aku nak cuba mee goreng seafood. Bahannya adalah mee(rasa dan bentuk macam laksa, tapi besar lagi saiznya. Pedas dan ada sotong, udang dan sayur kobis.. Yang ni memang sedap. Aku rekomenkan sangat yang ni kepada orang yang suka makan pedas. Puas makan la..nyesal pulak beli 1..huhu. Harga 3500Won. 


Mee dia macam laksa..besar dan licin..aku makan pun hingga licin

Selesai makan, sambung lagi berjalan cuci mata disekitar hostel. Kali ni aku berdua dengan Iera je..sempat lagi menyopping stokin yang memang banyak kat sana. Macam2 design. Aku beli untuk orang je..untuk diri sendiri aku tak beli..nak buat apa..bukan hari2 pakai stokin pun..huhuh..
Iera tengah gila memilih stokin..


Rambang mata tengok stokin. Harga semuanya 1000Won tak kira saiz

Ok itu aje cerita hari ke-3 di bumi Korea ni..nantikan sambunganya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...