Ahad, 8 November 2015

AUTUMN DI KOREA - PART 4

Assalamualaikum..

Day 2..

Memulakan pagi seawal 5.45 pagi. Waktu Subuh di sini sama macam Malaysia je. So tak terasa sangat bangun tu. Cuma sejuk ya amat. Water heater pulak kejab sejuk..kejab panas overdose..Aku yang kebetulan masih lagi demam dan batuk-batuk, mula jadi semakin teruk. Udara sejuk buat tekak makin kering dan perit. Nak minum banyak akir, terfikir pulak..kang kalau nak terkencing..naya juga dengan toilet yang tak berair ni..
jangan masuk restoran ni..huhuhu

Lepas sarapan kami memulakan kembara . Kami ke Namsagol Hanok Village . Kami menggunakan perjalanan dengan berjalan kaki ke subway untuk menaiki train. Jangan risau, korang boleh download Apps di Play Store , cari je Subway Korea. Apps ni boleh digunakan tanpa internet. 
Download yang ni..pilihlah mana2 pun ok


print Screen dari Apps tu..


Pasal internet juga, jangan risau ye, disini bersepah-sepah wifi free. Guna aje. Line pun cantik, bukan macam di negara kita ni. Yang berbayar pun line tahap cipan tak kira Maxis ke Celcom ke, sama je tahap kecipanan tuh!

Ok berbalik kepada Apps Subway Korea tu.. di Apps tu korang boleh tengok laluan apa yang korang nak ambik siap dengan harga sekali. So kalau T-Money tak berapa nak cukup, boleh je topup di semua kiosk yang ada dalam subway tu.

Berbalik kepada cerita di subway, di Korea ni subway ada 3 lapis dibawah perut bumi. Cukup efisien dan punctual. Sebelum train sampai, muzik pemberitahu akan berbunyi (macam bunyi nak pi perang pun ada) Kepada yang biasa naik LRT, konsep yang lebih kurang sama. Cuma kena pandai tengok lokasi mana korang nak pergi dan hentian mana yang terdekat nak turun dan juga hentian mana nak kena tukar train. Ada beberapa  warna mewakili line hala train mana nak guna seperti Oren, Hijau, Biru, Ungu dan Kuning . Setiap warna train berada di tingkat subway yang berbeza.




Jalan subway untuk ke train..menjunam turun ke bawah. Eskelator condong 45darjah kot..Bagusnya orang Korea ni, di tangga eskelator tu ada garis kuning pembahagi kiri dan kanan. So korang berdirilah di belah kanan sebab yang belah kiri tu khas untuk orang yang nak cepat. Diorang jalan bukan lenggang mak limah macam kita ya! semuanya mengejar nak cepat. 

Ok..kembali ke perjalanan kami nak ke Namsagol Hanok Village. Dari subway stesen Ewha Women University, kami ambil train line hijau turun di Eljiro 3 (sam)-ga dan tukar train di line Oren ke stesen Chungmuro. Keluar aje dari Chungmuro dan jalan kaki..sampai ke Namsangol Hanok Village.

Point subway yang kami lalu..




Pemandangan sekitar kawasan luar Namsagol Hanok Village
Nampak Seoul Tower dari jauh



Dari dalam Village..


Apa benda ntah la..mungkin tempat kurungan orang salah agaknya.huhuh



Dalam rumah yang ada di perkampungan ni



Lepak kejab kat sini..kemudian kami terukan perjalanan ke Seoul Tower. Dalam village ni cuma ada binaan rumah tradisi dan kalau sesiapa nak bergambar dengan memakai baju tradisi Korea, bolehla tapi dengan ada bayaran. Kat sini ramai betul pelancong Malaysia. So tak terasa sangat..tapi dalam banyak-banyak tu aku paling menyampah tengok geng dari JPA.. memanglah peramah, bila kita tanya dari mana, dia mention dari JPA. Tak boleh ke cakap dari negeri mana..susah ke?  ke saja nak cakap diorang datang ditaja atas nama kursus!.eleh..kalau takat datang sini kursus guna duit gomen..pastu dalam schedule ada part lawatan, sikit pun aku tak heran. Aku datang sendiri..duit poket sendiri kot. Apa barang datang bertaja..pastu eksyen plak tu..koman betul! So lain kali, kalau korang ke sesapa dapat bercuti atas nama tajaan gomen ke company, tak yah la riak takbur sangat.. bawak2la merendah diri sikit. Tak rugi pun.

Sterusnya.. Sambung nanti lah ye..dah panjang membebel nih. Adeuss!!

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...