Jumaat, 20 November 2015

BUBUR ASYURA UTARA MAK AKU

Assalamualaikum..

Pernah dengar kan pasal bubur Asyura? Ada yang kata bubur asyura ni bubur puak Syiah. Malah aku pernah dengar rakaman ceramah agama yang mana ustaz tu kata, kalau kita tau sejarah bubur asyura ni, kita pun tak hingin makan. Katanya bubur ni , orang perempuan syiah buat untuk diberi makan kepada lelaki syiah yang bahalol sebab lukakan badan sendiri tu..Katanya, masa dia di Pakistan pun, dia tak makan bubur asyura ni. Sebab ini makanan orang syiah

Aku tak setuju dengan kata ustaz tu. Sedangkan Nabi SAW tak suka orang mencela makanan. Apalagi nak hina makanan sampai macam tu. Apa salah makanan tu? Ada benda haram ke kat dalam bubur tu?

Ustaz Don Daniyal pun pernah kata, tak jadi masalah nak buat dan nak makan. Asalkan jangan anggap buat bubur tu untuk majlis itu ini..atau memperingati peristiwa itu dan ini. Anggap saja  buat tu untuk makan2..sedekah kat orang , tak perlu ada niat tertentu dan tak perlu tunggu 10 Muharram aje baru nak buat.

So aku ajak mak aku buat untuk makan2, kalau ada lebih sedekah kat jiran dan kawan2.. Mak pun dah lama tak buat. Rasanya adala 3-4 tahun tak buat. Kepada korang yang nak cuba buat, boleh ikut resepi aku ni. Tapi resepi ni dapat 1 kawah tau. Korang kurangkanlah kuantiti bahan tu. Agak2lah ye..




Bahan-bahan (1 kawah kecil);
3 pot beras - rendam semalaman dan blender
6liter air
1/2 kg kacang kuda*
400g kacang hijau*
400g kacang merah*
*rendam semalaman dan tos air sebelum masak
800g kacang tanah - sangai dan buang kulit(beli je yang siap kopek tu..pastu goreng sangai )
>>korang boleh masukkan kekacang apapun yang korang suka..jangan kacang panjag..kacang bendi  dan kacang buncis sudahla..
Ubi keledek (aku beli yang warna oren dan ungu.)
>>Boleh juga guna ubi keladi kalau ada dan kalau suka
1 tin jagung manis atau 3 jantung jagung (guna jagung fresh lagi bagus)
700g gula pasir
1kg gula merah (masak hingga larut dan tapis)
2 liter santan
3sudu makan garam
1 cawan tepung gandum (larutkan dengan air)
10biji pisang (aku guna pisang berangan)
3-4 helai daun pandan

Cara-cara;
1. Panaskan 3 liter air dan masukkan semua ubi yang dah dipotong dadu.
2. Bancuhkan beras yang siap dikisar dengan air(anggaran 3liter), bancuhan secair mungkin hingga tak lekat jari dan masukkan dalam kawah berserta daun pandan.
3. Kacau terus-menerus (macam kacau dodol ye) sampai mendidih dan masukkan semua kekacang yang direndam tu 
4. Masukkan jagung , gula pasir , gula merah, garam, bancuhan tepung gandum dan santan (kacau lagi)
5. Kacau sampai pekat (aku ambil masa hampir 5 jam dengan api sederhana) dan masukkan pisang (pisang masuk akhir sekali sebab pisang aku dah ranum sangat
6. **Ini petua nak tahu dah masak ke tidak** ambil daun pisang dan senduk sedikit bubur atas daun pisang dan biarkan sejuk..kemudian tiarapkan bubur tadi atas piring dan tarik daun tu..kalau dah masak, bubur tadi takkan melekat didaun..tapi kalau masih melekat, itu tandanya bubur belum cukup masak)
7. Matikan api, dan sendukkan kedalam bekas yang dialas dengan daun  pisang..SIAP!!!

Inilah rupa bubur Asyura resepi mak aku.


Bolehlah korang cuba..tak perlu tunggu bulan Muharram pun. Kuantiti bahan dan gula terpulang kepada citarasa korang. Pada yang tak tahu macam mana rasa bubur ni..meh sini aku nak beritahu.. rasanya macam bubur kacang tapi beku. Selamat mencuba ya!.

*2hari sakit betis weh..berdiri 5 jam kacau bubur

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...