Khamis, 5 November 2015

AUTUMN DI KOREA - PART 2

Assalamualaikum..

Entri bersambung..

Day 1..

Kami menaiki penerbangan ke Incheon (sebutan In-Chon) pada jam 8.30pagi. Penerbangan mengambil masa 6jam 10 minit katanya.. tapi yang sebenarnya 6jam 20minit baru landing..


Beberapa jam sebelum sampai, seperti biasalah, bila masuk negara orang, macam-macam borang dan kad yang kena isi.. tapi yang aku heran , kenapa masa nak masuk Malaysia, jangan katakan borang, sekeping kad pun tak ada yang kena isi untuk declare itu dan ini..baik sangat Malaysia ni.

Inilah kad tu..
kad yang kecik tu kena isi setiap orang, 
Kad yang panjang "TRAVELER DECLARATION FORM" tu, isi seorang sahaja kalau datang 1 keluarga..Semua kad ini diorang kutip masa kita nak lalu kastam dia. Jangan risau kalau salah isi, panggil je cabin crew, mintak borang baru


Dalam setengah jam sebelum touch down, dah siap pengumuman yang pihak berkuasa Korea sangat menjaga kesihatan rakyat dia..sesiapa yang demam akan di tahan kuarantin dan dihantarkan ke hospital.. Ayoo!! aku dah panik. Sebab demam aku memang tak dapat disembunyikan. Maka mulut aku tak kering dari gula-gula ..habis Strepsil..Hacks pulak..habis Hacks, aku kemam pulak Clorets.


Selamat mendarat di Incheon, Korea..

Lebih kurang macam KLIA1 juga airport ni sebab kena naik train ke arrival hall. Walaupun Korea dimomokkan dengan kehidupan serba canggih, benda pertama yang aku nampak dan perlu harungi adalah pemeriksaan Imigresen yang sangat tidak efisyen.. beratur panjang hampir sejam lebih. Koman!

Masa ni, selitkan kad pendek dalam pasport.. selesai dia serah je paspot kat kita..jangan lupa cakap  " Kamsa Hamida".. maksudnya terima kasih. Maka si imigresen tu akan tersenyum seronok. (ikut nasib koranglah kalau dapat yang tau adab..untuk pengetahuan korang , orang korea ni muka je nampak lembut, tapi tak ada budi bahasa..kalau ada pun..tengok orang juga).. di saat ni aku punyalah menahan gatal tekak..jangan terbersin dan terbatuk sudahla..naya aku..mujurla semua nya ok.

Sampai di Arrival Hall..cari kaunter yang jual T-Money . Dekat 7eleven pun ada . Kalau tak jumpa, tanya je dengan orang2 kat situ..kad ni macam Touch N Go, tapi kegunaan macam-macam. Nak shopping pun boleh. Topup nilai banyak pun tak apa. Tak habis guna nanti boleh refund balik. Yang aku nampak di sana hampir 100% penduduk guna T-Money untuk naik public transpot.
Ini T-Money aku..macam-macam kaler kad ni, Jangan risau kalau dapat kad yang corak lain.

Di airport ni tak ada surau ok. So, turunlah ketingkat bawah, kat situ kawasan lapang dan dekat dengan tandas. Bolehla sembahyang kat situ. Carilah sudut-sudut mana yang tak ada orang lalu. Ramai orang yang sembahyang, tempat memangla open lalulalang..tapi tak apa. Kalau nak difikirkan , di Mekah dan Madinah dulu pun sembahyang ikut mana sempatnya hatta tempat aku sujud pun orang pijak sana-sini. Sebagai persediaan, bawalah sejadah kecil untuk bersujud. Macam aku haritu, aku gunakan tuala muka yang bersih sebagai ganti sejadah..yang lainnya serah saja dan tawakal kepada Allah..

Seperti biasa, tandas tak ada paip. Aku dah ready kan botol mineral kosong. So sebelum masuk tandas, isilah air dalam botol tu.Ok. Kalau bawak wet tissue pun ok


Ini tempat tunggu bas dan teksi. Kebanyakkan pekerja disini boleh cakap BI, so jangan gelabah. 

Aku akan menginap di Shin Chon Hostel yang berada di bandar Seoul, hampir 1 jam dari Incheon. Untuk kesana, kena ambil bas ke Ewha Women University sebab hostel tu ada di kawasan Uni tu.. So korang yang pergi sendiri kena tanya orang disitu, jangan malu. Sebelum pergi, sila tengok map dan location hotel/hostel mana korang booking. 

Haaa..ni aku nak cerita..benda baru bagi aku yang mati hidup balik pun takkan jumpa dan ada di Malaysia..huh!


Ini driver Limobas yang aku naik..hensem gile kot..macam muka Ultraman Taro pun ada..

Perkara pertama yang mengejutkan aku, si driverlah yang akan menyusun dan masukkan beg kedalam perut bas. Setiap beg di tagging dan tagging akan diberi kepada penumpang.. Bagus betul macam ni, sebab kebarangkalian beg terrrrrambik oleh orang lain takkan berlaku . Sebab?.. dah turun bas nanti, walaupun seorang si driver ni akan ikut ke luar bas, untuk buka tempat simpan beg, ambik dan serahkan kepada penumpang ikut tagging yang di pegang penumpang. (kalau kat Malaysia ni, sorry nan hado lah kau..dia tolong buka je tempat tu..pastu pandai-pandaila nak ambik sendiri..kot nasib baik ada co-driver tolong ambik)

Perkara ke-2.. tiba-tiba si Ultraman Taro ni  berdiri di depan bas.. pastu entah apa dia cakap..tup-tup dia tunduk hormat (macam jepun tu) ..pastu dia terus duduk dan drive..eh2..wah..rupanya mungkin dia cakap dah nak start jalan kot.. yang ni memang bagusla!


Kerlas betul driver bas diorang.. siap pakai glove bagai.. dan aku terfikir..kenapa perkara macam ni tak di amalkan di Malaysia..disebabkan keselekehan driver bas kitalah, sesetengah orang mengganggap kerja driver ni adalah kerja yang sangat lekeh..lekeh sebab telah  dilekehkan oleh driver tu sendiri!



Semua penumpang disuruh pakai seat belt okay..WAJIB.. dan yang aku perhatikan, warga Korea akan pakai sendiri tanpa disuruh..Dan si Driver disini faham orang luar tak wajib pakai seat belt bas..maka dia akan mengingatkan semua orang untuk pakai..


Jam ketika ini sudah hampir pukul 4.30 (waktu Korea sejam awal dari Malaysia)

Ketika aku sampai di Korea, telah masuk musim luruh..atau Autumn.. malam lebih panjang dari siang, maghrib masuk pukul 5.45petang waktu Korea..subuh 5.50pagi(sama macam kita)..Isyak? pukul 6.30 dah masuk ..gelap sudah!


SEOUL WELCOMES ME!

Syukur aku dilahirkan sebagai seorang yang kuat memandang dan membelek.. nak..aku ternampak benda alah ni.. apa ni???


Oh..rupanya ini tukul besi..untuk keselamatan..manalah tau kot2 apa berlaku..fungsinya untuk pecahkan cermin bas kalau ada emergency


Ini tukul yang disebelah kiri aku..

Perjalanan masih jauh.. entri aku berhenti di sini. Insya Allah sambungannya ada..Adeuss!!!

1 ulasan:

  1. wah..gi Korea.akan menanti sambungan..suka baca cerita travel ni.

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...