Jumaat, 31 Januari 2014

AISKRIM MALAYSIA MAK AKU

Assalamualaikum..

Cuti Tahun Baru Cina..dan cuti minggu di Kedah. Aku balik kampung mak aku.Cuaca panas di siang hari, tapi sejuk pada waktu malam. Dah lebih sebulan hujan tak turun. Rumput makin mengering..

Jualan mak aku cukup laku.. dah 3 tahun lebih mak aku jual..jika dikumpul-kumpul hasil jualan, memang cukup untuk beli sebuah lagi petisejuk 2 pintu..

Inilah jualan mak aku

Aiskrim Malaysia..

Hanya 20sen..walaupun harga gula dah naik, tapi aiskrim buatan mak aku masih mengekalkan harga lama..20sen aje. Harga kampung. Hinggakan mak aku dah ada pelanggan tetap .

Relevan kah harga 20sen tu? Soalan yang aku ajukan pada mak aku..mak aku jawab..kesian budak-budak nak jual mahal.Lagipun mak jual bukan nak kaut untung, tapi saja suka-suka..

Semoga murah rezki mak aku...aminn...

1 ulasan:

  1. harga 20sen tu sama dengan harga aiskrim malaysia masa zaman saya sekolah dulu, dah 30 tahun berlalu :)

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...