Rabu, 6 April 2011

ROAD TO MEDAN - PART 3

Assalamualaikum.
Amboi seksanya nak habiskan 1 trip punya crite.Ni baru p 3 hari.Kalau p 3 minggu ,alamatnya tahun depan  baru abis cerita.Ok aku nak sambung cerita semalam.

Lepas menjamu selera yang amat berselera tu,perjalanan pun diteruskan.Geng yang lain tu macam biasalah,dah kenyang perut,semua pakat sambung tidog.Tinggal la aku dok melayan eh Pak Mat dok melayan macam2 soalan aku..tup2..dah sampai Parapat..View?? Subhanallah...memang cantik..

 Antara view yang dapat aku shoot.Yang len tak berapa clear sebab terlindung dengan pokok.

 Pusing punya pusing,at last dapat jugak berenti kat deretan gerai makan yg dipacak tepi gaung tu.Ni  kira antara tempat yang ada space untuk van berenti.Yang len semuanya sempit gila.Berenti pun sat saja.Ambik2 gambar..


 Dari jauh..kelihatan Pulau Samosir yang saiznya sebesar Singapura....

Kelihatan kelong/sangkar ikan belaan..tapi yang aku heran,tak pulak aku nampak nelayan atau orang memancing atau tangkap ikan di tasik ni..




Inilah geng rombongan aku..huhuhuh

Pastu possing2 lebih kurang(aku x banyak possing sebab malas) perjalanan diteruskan ke hotel..dah tak jauh dah dari tempat kami possing2 tu.So sapa2 yang p dengan van,mintak la Tour guide berenti untuk tangkap gambar.Kalau nak bas memang x dpt chance cm ni..rugi oooo
Di belakang signboard itulah terletaknya restoran @ cafe hotel ni.So just imagine, hampir kengkang aku dibuatnya..huhuh


Sampai di Hotel Danau Toba Cottage ..

Hotel ni ok la jugak.Cuma yang aku x tahan,nak ke restoren dia pun kena memanjat tangga.Semput jugak weh...makanan dia pun,ok ja.Tak da lah sedap sangat.Bilik  dia tak de air-cond,tapi tak pe sebab angin memang kuat dan sejuk.Cuma malam ja angin dah kurang dan dah x berapa sejuk.Siang lagi sejuk dari malam. dan  kat shower tu,xda air panas .Yang ada air panas cuma kat paip di sinki tu saja.Cerek pun tak da.Tapi depa ada sediakan termos yang dalam tu memang ada air panas.Mini bar pun tarak .Kedekut cit!

View di depan hotel..


Yang best sebab bilik aku tu betul2 mengadap tasik.Angin kuat gila sampai terpeleot tudung aku.Sejuk ja...saujana mata memandang.Ada balkoni dan kerusi rehat kat balkoni tu..Di belakang aku tu Pulau Samosir.



Tepi swimming pool kat restoren..time ni dah pukul 7.00mlm(waktu Indon)

Possing terakhir sebelum makan malam(makan lagi!! ) penat gak memanjat tangga untuk naik ke restoren ni.Kalau bawak orang tua,memang kes naya.Mengah weiii..Tapi view kat atas ni memang cantik.Cuma aku ja tak da mood nak shoot gambo sebab kekurangan oksigen dlm paru2 dan jugak kekeringan h2o kat tekak aku..huhu...Menu malam ni tak sedap.So aku tak mo upload gambo.Lepas makan kami semua balik bilik.Letih punya pasal sebab pagi tadi bangun pukul 3pg,so aku n cuda tidog pukul 8.30(waktu indon)bersamaan pukul 9.30 waktu Malaysia..Gila awal tidog..Untuk part jalan2,esok la aku cerita.Aku nak sambung buat keja dulu.ok .Arios!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...