Khamis, 7 April 2011

ROAD TO MEDAN - PART 4

Assalamualaikum..

Masuk Part 4. Hari Ke-2 di Medan. Bermalam di Parapat.Malam tu tidog awai gila sebab letih.Bangun pukul 6.15(7.15 Malaysia).dah cerah dah time tu. Sempat lagi aku lepak kat balkoni sambil menikmati angin tasik..tak dapat dah expirient cmni kat Malaysia..
View dari balkoni..suasana di pagi hari Danau Toba

 Wah..gebunya mukaku..huhuhu..sempat lagi berpossing.Yang belakang aku tu..bumbung bilik yang aku dan geng2 tido malam tadi.Tinggi jugak la tangga dia.Kalau mai dengan warga emas,kesian jugak.Tapi itulah bilik yang paling best..betol2 mengadap tasik dan berviewkan Pulau Samosir..

Pas bekpes tu,terus kami check-out dan terus ke jeti.Ala dekat je dalam 5minit dari hotel tu.Tapi yang nyatanya kami lah yang menyebabkan feri tu lambat.Kata Pak Mat kalau terlepas feri pukul 8,kena tunggu sejam lagi.So dah buang masa.Masa aku nak naik feri tu, orang kat jet tu kata "Buruan bu..buruan.." aku ingat kan hapa..rupanya dia suruh kami cepat..hahahah.. 


Pak Mat(yang tangan dok seluk poket) tu sedang perhatikan aku naik feri..takut aku jatuh agaknya..hahah


 View dari atas feri..itulah Hotel yang aku tidog semalam.Bilik aku yang mula2 sekali tu...
              View dari atas feri,perkampungan di Parapat..tak sampai Pulau Samosir lagi..

                                                             
Pulau Samosir

Kami naik dok kat tingkat atas.Boleh tengok pemandangan yang cantik..kena angin lagi.Ni baru betol2 free air..hahha..Perjalanan ambik masa dalam 1 jam.
 Salah satu gambar yang sempat aku shoot..dari kejauhan memang cantik.Air jernih.Tapi aku tak nampak sekor ikan pun yang berenang di permukaan air..pelik gak tu..

Salah satu gereja yang aku nampak dari puluhan gereja di sini.

Boleh dikatakatan selang 20buah rumah,atau dalam jarak 2-3km mesti ada 1 gereja yang saiznya besar2.Mungkin ada yang sponsor gereja tu.Sebab masa aku nak ke Parapat semalam, teserempak dengan sekumpulan orang dalam 2-3tempat jugakla, depa ni dok hulur bakul tepi jalan minta derma untuk buat masjid.Tapi yang gereja ni,tak pernah pulak aku jumpa orang yang minta derma camtu...hmmmm...musykil.


Sampai di Pulau Samosir..Tengok la ibu2 tu,baju depa tu kain lace tau.Mcm baju pengantin..agaknya depa ni nak p kenduri kot..glamer punya makeup,siap blusher lagi..huhuhuh..patutla kain lace kat Medan murah,rupanya memang pakaian harian depa..ohohoho

Sampai di Jeti..Kampung Tomok...kami terus berjalan ke tempat ni.."Jalan ke Kuburan Tua Raja Sidabuntar..kiri kanan gerai menjual macam2 mak nenek,kelam kabut depa dok Horas kami suruh mai beli.."pecah telur buk..'..ah ..jalan dulu la
 Kuburan Tua Raja Sidabutar

Seperti biasa,kamilah yang 1st sekali sampai..Kawasan kubur ni tak banyak kubur dan artifak sebab ini kawasan kecik je.Kata Pak Mat kalau geng rombongan 15 orang ,dia akan bawa ke perkampungan tradisi batak, sebab nak ke perkampungan tu kena sewa bot lain pulak..so..takat ni jelah yang dia boleh bawak...

 Inilah dia Pat Mat yang ganteng

Aku x berani nak cakap lebih2 bab orang batak dengan dia sebab dia ada bagitau,rupa orang batak sama ja macam orang melayu  deli..aku risau takut dia tu batak..Aku ada cakap kat member aku ida,yang aku tak berani nak sembang lebih2 pasal orang batak dengan Pak Mat..Sekali masa aku nak balik(part akhir) orang dari tour agensi sana bagitau aku,memang Pak Mat orang batak! ahahah..terbungkang mata ida perati aku..huhuhuhuhuhuhuhuhuh...

Okla,sembung cerita.nak masuk kesini,semua orang mesti pakai selendang yang macam Pak Mat pakai tu.Kata Pak Mat takut tak cam ahli kumpulan.Tapi pada firasat aku BUKAN. Sebenarnya tu cara pelawat kubur tu ,menghormati simati sebab yang mati tu raja depa dulu2...Lepas Pak Mat cerita serba sedikit pasal raja tu,dia minta kami bagi sedikit sumbangan ikhlas hati.Kotak sumbangan ada di pintu keluar kubur tu.Dia kata duit sumbangan tu untuk depa buat maintainence kubur tu sebab pemerintah tak penah bagi duit kat depa..ooooo gitu ceritanya.So aku bagila sikit...

Cerita Pak Mat : Dulu orang batak tak ada agama.Hanya ada kepercayaan yang dunia ni ada 3 bahagian. Bahagian langit,syurga dan neraka(see! orang batak asli pun tau ada syurga dan neraka,tapi kenapa orang melayu yang dah islam berjuta tahun tu masih tak ingat hukum !)  pastu depa ni hanya ada pegangan iaitu Permalim.Kubur tu umor dia 470 tahun.Raja pertama dan kedua yang x ada agama.Masuk raja yang ke-4 baru ada agama iaitu..Kristian....So kubur dia ada tanda salib.Orang yang mati akan ditanam dulu.Lepas 5 atau 7 tahun,kubur tu akan di gali semula dan tulang2 akan dikutip dan di simpan dalam keranda batu macam la yang dalam gambar tu...

Kat sini ada kubur2kecil tu dia kata kubur cucu raja.Raja tak akan lantik anak dia sebagai peganti,tapi dia kena lantik cucu dia.Gitu pulak...ceritanya lagi, Raja dulu rambutnya panjang dan ada magik. Panjang jugak cerita di tu.Kisahnya, raja tu dulu bekenan dengan sorang pompuan kebanyakkan, dan pompuan tu cantik.Ada raja2lain yang berkenan kat pompuan tu,dan depa sihirkan pompuan tu sampai pompuan tu jadi lupa dan pompuan tu dah lari masuk dalam hutan..tak jumpa sampai hari ni.So Pak Mat kata kalau terjumpa pompuan tu Malaysia,minta tolong beli tiket Air Asia untuk hantar pompuan tu balik! Cis..lawak la pulak!Ni la yang aku panggil "Lawak Batak!!"

Inilah dia barisan Miss Batak..No.3 dari kiri adalah Putri Tomok yang Bongsu..ahahks!!(Gambar ni aku cilok dari blog ida..hekhek..jgn marah hahahaa).

Lepas bagi sumbangan dan dengar cerita Pak Mat,kami terus berjalan nak melawat kawasan. Time ni kan awal sesangat.Kedai2 baru bukan..Sapaan Horas! disana sini..Pak Mat kata,kalau orang batak bagi salam Horas..kita pelawat atau yang menjawab ni kena jawab Horas juga tapi kena suara yg lagi kuat..ntah ye ke tak sebab dia ni pandai seloroh...Gambar kat atas tu adalah jalan ke Muzium Batak..Geng yang lain dah tersangkut kat kedai.Aku dengan ida ja yang terus berjalan nak melawat.
Inilah Muzium Batak..aku ingatkan besar..kecik jee.masuk free la..aku pun masuk la dengan Ida nak tengok apa yang ada kat dalam tu...

 Cantik jugak rumah batak ni..memang tak nampak pintu masuk sebab tangga naik tu terus masuk dalam umah..ala..macam tangga loteng je..dalam umah tu luas jugak..

Antara barang yang ada dalam muzium tu,tapi yang ini untuk dijual.

Kata Pak Mat ,Cicak adalah simbolik masyarakat Batak iaitu persahabatan..(mungkin disini asalnya Cicak Man..hahahahaha)Banyak gambar aku dalam muzium ni,tapi malas lak aku nak upload.Habis je berjalan aku pun meronda area gerai2 kat situ. Sebelum2 ni aku ada terbaca pasal peniaga disini,jangan tanya atau pegang kalau tak mau beli.So aku pun jalan2 jelah.Apa yang aku nak beli,aku bargain gila2 half dari harga asal..alah Mak long aku pun peniaga cmni jugak so aku tau harga asal berapa.Mau tak mau depa kena bagi jugak sebab harga pecah telur,kedai baru buka.Kalau depa tak jual kat 1st customer,suwey 1 hari..

 Memang sah la ibu2 tu nak mai kenduri depa ni..Tengok tu kawan2 aku sempat lagi p interframe rombongan pengantin tu..

 Macam biasa,feri yang menunggu kami ..bukan aku tapi geng yang lain yang sibuk membeli.Masa nak balik tu terserempak dengan sekumpulan rombongan pengantin yang dok belarak.Aku tak sempat ambik gambar.. Kawan2 aku ada yang sempat tangkap gambar dengan pengantin.Pengantin tu punya lebar tersenyum, maklumla pelancong p tangkap gambar dengan depa..huhuh..So pastu balikla kami...meninggalkan Pulau Samosir...

Sempat lagi possing sebeum feri bergerak balik..
Cuba tengok apa yang ada di dinding gunung tu...aku pun tak perasan..tapi jika di amati..ada perkataan SAMOSIR kat situ.Depa buat dengan tanaman pokok...memang cuaca yang mcm jerebu tu yang buat gambar jauh jadi kelabu.Bukan salah kamera aku ok!

Meninggalkan Pulau Samosir..gambar di ambil dari hujung feri,atau dalam bahasa yang betul buritan feri..

Sampai di Parapat kembali...terus p makan sebab time tu dah pukul 12 lebih.Tapi makan kat sini memang tak sesedap semalam.Dan aku pun makan x da la selaju selalu..aduh..penat pulak aku bercerita..sambung nantilah.Ok..Arios!!!

Bersambung...Road To Medan - Part 5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...