Ahad, 24 April 2011

My BFF's

Assalamualaikum..

Tiba2 jiwa dilanda blues..Aku teringat BFF's (Best Friends Forever la..) aku..Biar aku introduce 1 by 1...

Anwari Shah Naz & Siti Aminah

Ini lah BFF aku masa skolah..Depa ni tak pernah bergaduh,bermasam muka apalagi bercakar wrestling dengan aku..kira macam kembarlah. Aku 1 kelas dengan depa..geng study la kiranya..still keep in touch walaupun berjauhan. Wari di Rawang, dan Ct di Hiroshima,Jepun..ikut husband dia..Banyak2 kawan aku, Wari la yang paling kesian sekali..sampai kurus kering sakit kena buatan orang yang khianat dekat dia. Dengan depa2 lah aku meluahkan perasaan,aku menangis dan ketawa di zaman sekolah2 dulu..sekitar tahun 1996-1997. Dan Ct lah kawan aku yan paling bertuah sekali..dapat suami yang amat baik..dia happy dengan suami dan 3 orang anak2 dia sekarang.. Ct..i'm happy 4 u..

 Me and roommate - yang baju biru ala2 rappers tu  Faridah Fuad @ Cuda
Ini aku dengan kawan2 asrama. Faridah lah kawan aku yang paling kamceng dan memahami aku.Walaupun aku bukan sekelas dengan dia,tapi dia se dorm dengan aku..katil dan locker kami sebelah menyebelah je. Megi dia..megi aku..biskut aku..biskut dia. Apa yang ada dalam locker aku..dia sorang saja yang tau..tapi aku pernah tersentap dengan dia..(I'm so sorry ida..kalaulah aku boleh putarkan masa,aku akan pastikan itu tidak berlaku)..pun begitu hampir 4 tahun kesentapan tu berlaku..at last..kami berjumpa dan saling memaafi..dalam masa 4 tahun tu,aku sikit pun tak penah lupa dia. Oghe kato..kalo kite ingak ke dio,dio pung ingak ke kite, sebak tu dia mari jumpe kite...hekhekhek!!.Dia la yang ajar aku masuk KFC..Macam2 kenangan manis dan pahit hatta kenangan gila yang dah aku harung bersama2 dia. Walaupun kadang2 bermasam muka (masa sekolah dulu) tapi last2 kami baik jugak..Bila aku jumpa dia last year..aku rasa hidup aku kembali bermakna.

 Pertemuan pertama selepas 4 tahun merajuk...

Ida sekarang ni dah jadi lecturer kat Matriks Penang..Lecturer BI..kalaula aku pulun study BI dengan dia dulu,silap2 aku pun jd macam dia...kiranya kawan sekolah aku yang berjaya dalam karier..dialah..

Me and Cuda

And..last March aku p holiday denagn dia kat Medan..Tak sangka boleh sampai kesitu  dengan dia..Bulan November nanti aku akan ke Beijing dengan dia jugak..Apapun..dialah tempat aku berkongsi rasa sekarang. Aku sentisa berdoa agar persahabatan kami ni kekal hingga akhir hayat..

 Me And Azizah @ Lanun

Ni 1 of my BFF masa kat kolej..Kenapa lanun? Ntah la  sebab dia cita2 nak jadi lanun..hahaha..gila siot!Aku tak pernah tengok dia menangis..jauh sekali nak merajuk.Ini antara BFF aku yang paling happy go lucky. Kalau aku dalam kesedihan , tapi bila kau duduk dengan dia..aku gerenti boleh gelak. Aku tak pernah tengok dia susah hati..Hari2 ada saja lawak yang dia buat..Sekarang ni dia dah kawin dah ada 2 anak(cam tak caye plak..) padahal dulu ganazzz nak mampus minah ni..Aku tak jumpa dia dah 11tahun..cuma jumpa dan sembang di fb jer..tapi still tak sama..1 hari nanti aku akan p cari dia di Kuantan..

 Me and Norazlina Yusof Helmi @ Lyn Paroi

Ini pun BFF aku yang kekal sampai harini. Aku sayang dia. Dia antara BFF aku yg paling berjaya dalam karier. Aku tumpang bangga..Masih aku ingat lagi..mini tesis yang dimintak buat dalam kumplan 4-5 orang, tapi aku buat dengan dia je..but very succesfull. Dia selalu rasa diri dia gemuk..pernah makan pastu muntahkan. Aku lah tukang bebel.. Masa aku kat kolej, dia banyak tolong aku. Dia tak pernah marah2..aku pun bila dengan dia tak de rasa nak marah..Budak genius masa kat kolej. Umpama dictionary bergerak la dia ni..Badan jer kecik..bawak keta macam ribut. Masih belum kawin dan aku doakan agar dia dapat yang terbaik.

 Lanun n Lyn

 Suzi (melepak di bilik aku yang paling kreatif di dunia..tengok ajelah letter box aku tu..disebabkan tak de orang hantar surat kat aku, aku buat bekas barang makeup aku siap dengan cermin.. ko ade???

Ini Suzi..minah iban dari Sarawak. Masa aku mula2 jejak kaki ke Kolej, dialah yan paling kamceng dengan aku sebelum aku kenal dengan Azizah dan Lyn. Hingga sekarang dah hampir 13 tahun aku tak jumpa dia sejak dia baik ke Kota Samarahan. Insya Allah, kalau murah rezeki aku , aku nak p cari dia di sana. Tapi ntah bila. Banyak kenangan aku dengan dia. Walaupun dia non-muslim, tapi bila aku sembahyang, dia mesti dok diam..pernah dia berangan nak convert..aku suggest kan dia letak nama "Suziana" sempana nama dia (Suzi) dan aku (Ana)..ya2 dia setuju..tapi apakan daya, cita2 tak kesampaian. Tahun lepas aku jumpa dia dalam fb, Tapi dia jarang online..so aku dah dapat contact no dia..Dia dah kawin pun..anak 3 tak salah aku.

Semua BFF aku ni pernah makan sepinggan dengan aku..tak kisah, tak pelik dan perkara biasa. Sebab itulah hubungan aku dengan depa2 ni tak putus hingga kini. Kalaupun pernah terputus tapi akhirnya bersambung kembali. Kesimpulan dari gambar2 lama ni  dapatlah disimpulkan bahawa semua BFF aku adalah bersaiz S..sedangkan aku  huh!! tengok sendiri la!

 Mohd. Yusri (2 dari kiri)

Dan inilah 1-1nya BFF lelaki yang aku ada. Walaupun 1 kelas tapi dia tua 1 tahun dari aku sebab dia dulu masa form 1 dia sekolah Maktab Mahmud..so kena duduk kelas peralihan 1 tahun..Dia memang baik dengan aku. Aku mula rapat masa form 5. Oleh kerana dia tak stay hostel, maka dia lah runner aku..tukang beli itu dan ini termasuk tuala wanita aku..hah! Pelikkan..tapi aku memang tak rasa segan langsung dengan dia.Boleh sembang bab hal secret mecret ni macam tak dak apa2. Kalau dia gaduh dengan awek dia,dia mesti mengadu dengan aku..kadang2 menangis kat aku pun ada. Cita2 dia nak masuk  Hero Remaja.. 

Tapi cita2 itu hanya tinggal cita2.. semua itu tinggal kenangan..dia telah pergi buat selama-lamanya akibat kemalangan jalanraya pada usia 18 tahun.."Yusri..semoga Allah tempatkan hang bersama para solihin.. ketahuilah wahai sahabat, aku amat sayang kat hang."..sejak dia pergi, ex awek dia terus jadi kawan baik aku, padahal masa sekolah akau tak pernah bercakap pun dengan dia. Dia kata, masa arwah meninggal, orang pertama yang dia teringat adalah aku..Dia usaha cari no. tel umah aku (mana ada hp lagi time tu) dari ornag lain..dan dialah yang bagitau aku kisah arwah..Sekarang dia dah kawin dengan member2 kami jugak..

Sahabat2 ku sekalian..andainya aku pergi dulu..korang jangan lupakan aku. Aku sayang korang semua. Korang lah BFF aku dunia dan akhirat. Takdir hidup kita tak sama, tapi kita ditakdirkan berjumpa dan bersama. Tapi andainya ada antara kalian yang pergi dulu, percayalah bahawa ingatan aku pada korang tak pernah luput...I LOVE U ALLS...

sob..sob...sobb.. uwaaaa..!!!!!!


8 ulasan:

  1. Tau xpa...gaduh punya lama..aku teringat dgn hg dlm waktu kita selisih phm tu...tp, yalah...dah mmg kwn baik,x ke mana jugakla kan. Papun, alhamdulillah,syukur aku jmpa hg balik n kita baik mcm dulu2...cuma keadaan kita yg dh lain skrg. Tp,hg tau la aku..kalau aku nk wat gila p tmpt hg,aku p ja..heheheh...

    BalasPadam
  2. heheh..ok ja. tunggu ja bulan 11 ni.jangan aku termengandung sudah time tu..nak buat gila tak berapa nak boleh..hahah

    BalasPadam
  3. pasal pa aku tak leh komen kat blog hang?? dah banyak kali aku try. bila aku komen pastu dia kluar 1 page yang ada gmbar cm wheel chari biru tu,

    BalasPadam
  4. laa tu kan verification?hg type ja letter yg kuaq tu..mcm hg punya jgk..bila aku nk post komen kt hg pun,ada kuaq gbr wheelcha jugak, dia suruh aku type balik letter yg dia bg..hg type pastu click la post...tu ja..

    BalasPadam
  5. maybe pc aku problem..sbb tak de apa2 pun kt appear kt ctu..colum kosong je..

    BalasPadam
  6. aku dh ubah setting..hg dah leh bagi komen without verification tue...

    BalasPadam
  7. ni bila lagi hg nak mai turun sini?lehla lepak2,sembang2....kt hotmas ka...

    BalasPadam
  8. hahaha..buat masa la aku sibuk jahit manik. pastu plak esok aku ada exam.so dok la baca buku sikit2. bukan baca pun. tanda2 je..hehehh..insya Allah kalau aku free aku turun sp aku roger hg.sedap gak chicken chop hotmas.

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...