Isnin, 4 April 2011

ROAD TO MEDAN - PART 1

MEDAN- 31.03.2011

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak tulis bab aku p Medan pada 31 Mac 2011. Bertolak dari Kepala Batas(umah aku) dalam pukul 4pagi.Sampai di Airport Penang dalam pukul 5.30pagi.Sampai je terus p bekpes dulu.Makan Mc.D weh pagi2.Macam Mat Salleh pun ada


Setelah puas membaham dengan rakus(sebab nak cepat) baru aku p check in untuk dapatkan boarding pass.Beg aku check-in sebab aku p bawak beg kecik ja .Sebabnya aku x plan nak shopping pun.Sekadar nak p tengok tempat orang je. Dalam dok menunggu nak naik flight tu,sempat lagi possing dengan bespren aku.

Dalam pukul 7.10pagi ,flight pun terbang..yang best tu,ntah cmana,baru aku sedar aku orang 1st yang naik flight hahah..dalam flight pun ada dalam 20 orang je.Aku dengan geng aku la yang membisingkan keadaan dalam flight tu..buat macam harta bapak sendiri la.Siap ambik kacang dengan kek 2 bungkus sekali hambik..hahah.Pramugari tu ok je la kitorang ambik banyak pun sebab dah memang x dak orang.Bab naik flight aku dah tak berapa excited sangat dah sebab dah selalu naik..so tak dak rasa apa2pun.           

Kalau diikutkan memang aku nak tidog sat.Tapi excited nak tengok apa yang ada kat luar tingkap tu.Tak nampak apa pun.Awan jer.Dalam 45 minit dah sampai...

PemandanganPulau Pinang

 Permandangan dari awan, Bandaraya Medan.Sekali pandang macam motherboard CPU ja..hahaha


Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa  Polonia..(lekeh2 kita pun,Airport Alor Setar lagi besar,cantik 100kali ganda.)

Lapangan Terbang Polonia..Medan..yehuu..sudah sampai pak!!

Landing Time..Jam depa cepat 1 jam dari waktu Malaysia.pening  jugak kepala nak adjust time.Beg aku 3je.Beg sling,beg pack(beg galas belakang yang skolah tu) & beg yg aku lipat(dalam plastik yang aku pegang tu).Itu je beg yg aku bawak.

Masa sampai tu,sempat lagi possing2 tangkap gamabr.Dah tu siap singgah Kamar Kecil (toilet).Disebabkan terlalu lama dok dalam tu dan tak keluar kat imigresen depa lagi,kalut ja pak polisi baebaju sarung nangka mai panggil kami..Sebelum aku mai Medan ni, aku ada terbaca 1 blog. Penulis tu kata,tanda2 depa nak minta suap,depa tanya kita pasal tiket balik. Hah! Tak simpang, si imigresen indon tu siap tanya,"Tiket baliknya udah ada?" aku kata "Ada". dia mintak nak tengok..aku dok tercari2.Memang ada,tapi tak jumpa.Sekali lepas dia tengok borang declare yg ada dlm pasport (aku tulis perkerjaan "Goverment Servant") dan sampul yang aku boh tiket tu aku guna yang recycle opis ada tulis "Urusan Seri Paduka Baginda" terus dia buat2 lupa.Pas tu aku blah macam tu ja.shyial punya indon!
Korang baca blog ni..apa yang jadi dekat dia,hampir2 jadi kat aku

Oleh kerana sampai kat sana awal ,kami pun terus meronda2 le.Tengok apa yang patut.Time tu jalan tak berapa jem lagi.Maka berkenalan la aku dengan Pak Tourist Guide.Dia kata nama dia Ahmad.Terus kami panggil dia Pak Mat.Dia pun ok ja.Boleh tahan jugak buat lawak bodo dengan kami. Untung jugak jadi "orang besar" ni.So sepanjang perjalanan aku la yang dok depan.Banyak jugak yang aku sembang dengan dia..Dalam pukul 8.30 waktu depa, singgah sat kat Istana Maimoon. Apa nak kata, Sultan pun x bangun tidog lagi time kami sampai tu..huhuh


Pintu Gerbang selepas keluar dari Airport

 Salasilah Sultan Melayu Deli yang sudah tidak berkuasa lagi..Agaknya kalau di Malaysia yang asyik melawan dan mempertikai kuasa Sultan dan Raja Melayu..tak lama lagi jadilah macam ni jugak.Perkasa macam mana pun nama sultan tu, sikit power pun dah tak dak.

Aku sebenarnya tak pandai nak bercerita.So tengokla gambar yang ada.Lepas meronda2 area istana tu(aku xmau masuk sebab malasla rasa cam tak ada apa yang menarik n ada jugak aku terbaca di blog2 orang lain, masuk memang free,tapi masa nak balik tu, tuan rumah ada minta sedikit sumbangan..so tak free jugak la kan?

Lepas tu Pak Mat tu bawak kami pi pekena Nasi Soto yang pada aku sedap Ya Robbi...!!! Tuhan ja tau. Kedai tu nama H.Anwar Sulaiman. Aku cadangkan sapa2 yang p Medan, mesti p rasa ,rugi kalau tak rasa. Nasib baik la aku tak mengandung,kalau tak jenuh kempunan aku..huhuh..Mula-mula tu aku ingat nasi soto tu, nasi himpit makan dengan kuah soto,rupanya tak.Nasi yang biasa tu cuma ada perasa sikit la, dimakan dengan kuah soto..
 Ni la rupa Nasi Soto tu...nasi dia sejemput je.Mula tu aku ingat macam tak kenyang je sebab sikit.Tapi setelah makan..fuh..memang kenyang gila tapi aku rasa still tak cukup sebab sedappppppp.


Ini bilnya. sepinggan dalam RP15000..hahah gayat ja tengok bil.Lebih kurang RM4.00 sepinggan.Mahal la jugak.Mungkin sebab depa tengok kita ni pelancong.Tapi aku x kisahla sebab sedap.

Okla, takat ni dulu.Esok aku sambung Part 2 pulak. Kalau aku nak tulis semua,ntah bila keja aku nak siap.Aku nak sambung keja dulu..Arios!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...