Ahad, 10 April 2011

ROAD TO MEDAN - PART 5

Assalamualaikum..

Masuk Part 5.Amboi lama nya nak abis.Tak pelah.At least dapat gak aku citer .Lepas makan kat Restoran ni
Kami teruskan perjalanan ke Berastagi.Katanya Pak Mat kat sana banyak jual buah.Aku pun sebelum2ni ada buat kajian sikit sebelum mai kesini.Ramai yang kata Berastagi tu macam Cameron Highlands..


 On the way tu..ala cm ne nak citer ek?ni je yang dapat aku shoot,kat sini semua pokok2nya jenis tirus.Jalan menghala ke Berastagi sempitnya yang amat.Pak Mat sempat pesan lagi..jalan ni jalan dangdut.Maunya tak..berlubang sana sini.Kalau kecik2lubang xpe gak..sebesar2 jalan lopak dia tu..

Antara perkampungan ditebing tasik

 Aku suka tengok bukit ni..pokok jarang2 sebatu.kata Pak Mat kawasan yang tak ada pokok tu adalah terdiri permukaan batu.So cmne pokok nak tumbuh atas batu..ye tak ye jugak..cube tengok jalan tar tu..tu kira elok lagi tu..Inilah main road ke Berastagi dari Parapat..bertuahnya jadi rakyat Malaysia.Jalan cm tu tahap jalan kampung jer kan?

Lepas dari kawasan ni,Pak Mat bawak kami ke Rest House Gunung Simarunjung.So aku pun try la minum teh halia,kena pulak dengan goreng pisang.Lupa la pulak aku nak shoot gambar.Setengah jam je berenti.Pastu teruskan perjalanan.View kat atas gunung tu memang best..sejuk je..

Kali ni ramai yang tak leh lena dalam van tu.Masing2 berdangdut la dengan jalan yang berlopak sana sini..Last2 sampai la kat salah 1 tempat yang aku memang nak tengok dengan mata kepala sendiri...

 Air Terjun SiPiso-Piso.....

Bayangkan betapa dalam kawah yang terhasil dari hentaman air terjun yang tinggi gila tu.Dari jarak aku berdiri tu,jelas kedengaran bunyi air yang jatuh.memang kuat. Ada tangga yang menuju ke sungai di bawah tu.Jarak dalam 1km untuk turun.Untuk turun ambik masa 1/2 jam..untuk naik ambik masa setengah hari..hahah..tinggi siot.mau kengkang aku dibuatnya.Tapi kalau aku mai lama kt sini,memang aku akan turun jugak...
Permandangan di utara Danau Toba..air terjun tadi mengalir terus ke tasik ni..

 Aku..salah 1 pemandangan yang tak mungkin aku lupakan..bukan senang nak sampai sini...Kat sini kami lepak dalam 1 jam cam tula.Adat kat sini,masuk tak kena bayar,tapi nak keluar baru kena bayar.Tapi kat Malaysia,belum apa2 lagi dah kena bayar..kadang2 ada jugak cara orang yang patut kita ikut..Lepas tu kami terus bertolak ke Berastagi..

 Pemandangan biasa kat sana.Depa x kisah pun anak2,hatta depa sendiri yang naik cmtu.Apa nak heran,yang naik duduk atas bumbung bas pun ada..silap pulak aku tak shoo gambar dia.Pak Mat kata ,tu orang bodoh.Tambang bayar sama sj..

 Inilah rupa jalanraya depa..main road ni,jangan main2..

Cara memotong stlye indon.Sampai kereta dijalan yang bertentangan pulak yang kena beralah.Tengok van kuning tu,tayar sebelah sampai terkeluar jalan.huh!Kalau kat Malaysia,memang nak kena terajang la kalau drive cm tu!

Sudah puas berdangdut di jalan,sampai juga di Berastagi.Pasar Buah yang jadi tumpuan.Kedatangan kami disambut oleh bau dan tahi kuda yang bergelimpangan disana sini..


 Geng shopping.Depa beli buah salak.Aku tak beli pun sebab aku x lalu makan bauh salak ni.Tak pelawa pun aku tak kecik ati sebab aku x minat.

 Antara gerai buah yang bermacam2 buah.Yang aku tak penah tengok pun ada..

 Majoriti buah limau la sebab kat sana "ladang limaunya"..seluas2 alam.Memang pertanian sumber utama.Ladang kopi,sayur2..tapi tak kaya2 jugak...kesian..

Turun je dari van..kami diserang sekumpulan orang berkuda..hahah..bukan apa,depa nak suruh kami bergambar dengan kuda..sekeping gambar RP5000..dekat2 RM2.00 jugaklah sekeping.hah,nak buat hapa.Kat Malaysia pun belambak kuda.Aku pun malas nak layan..tengok ajela..

So lepas2 beli,kami bertolak balik ke Medan.Jarak dalam 60km je,tapi dengan kondisi jalan yang Masya Allah..dari pukul 6ptg ,sampai di Medan pukul 9jugak la.Ada 1 peristiwa yang sememangnya aku takkan lupa sampai mati.On the way  tu, jalan jem..Time tu pulak hujan dah nak mula turun.Kuang ajar tak kuang ajarnya supir2 kat sana,ada yang sanggup potong line. Depa mai sebelah kita pastu menyelit masuk kedepan,walaupun jarak kereta kita dengan kereta depan tak sampai pun sejengkal. Taktik kotor plak tu.Keluar sekor beruk tiket dari bas mini tu,buat2kutip duit dari bas tu.sudahnya bila kereta depan bergerak,van kanmi tak bleh bergerak la sebab beruk tu menghalang,bas tu dengan mudah menyelit masuk ke depan.Pak Mat tekan juga minyak ,langgar beruk tu.Tapi tak kuat la.Beruk tu tumbuk depan van,Pak Mat bagaikan pahalwan terus nak buka pintu nak keluar..Aku plak.."Sabar Pak..Sabar Pak.."..dia terus berhenti tak jadi keluar tapi aku jeling tgok mata dia terbuntang2 jegil kat beruk tu.
Aku agak kalau kami tak ada dalam van tu ,memang dia keluar lawan bertumbuk punya..huhu..seriat jugak darah aku..Itu adalah pengalaman paling ngeri.Bukan tak tau bangsa depan ni,bunuh2 tu perkara biasa..huhuhu

Dalam pukul 9,sampai di Medan,terus dibawak makan kat restoran ni..Hujan lebat dari Berastagi membawa ke Medan dah pun berhenti...

Ntah apa yang POP pun aku x tau..menu dia biasa je.Lauk Padang..bolehla.Tak le sedap macam restoren yang mula2 kami berenti makan semalam..Garuda Siantar..

Inilah menu untuk malam ni.Standard menu kat sini,air kosong je.Kalau nak air lain,kena oder sendiri...so.Aku pun dah bengkak otak dok refresh balik apa2 yang jadi..nantila aku sambung ke last part..ok.Arios!!

Bersambung... Road To Medan - Part 6 (Last)

2 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...