Selasa, 26 April 2011

Nantikan Ketibaan T-Shirt Limited Edition - FK Group


Minum2 kat Nasi Lemak Royale jalan Datuk Kumbar...

Assalamualaikum …

Berita baik untuk peminat Farid Kamil. Tak lama lagi, T-Shirt FK Group akan dilancarkan. Design yang simple dan harga yang berpatutan. Memandangkan peminat FK terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan umur, maka T-Shirt FK Group ini amat sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja , hatta mak budak sekalipun. Harga yang mampu beli ditawarkan kepada semua.

Selepas T-Shirt, kemungkinan barangan lain turur di keluarkan atas brand FK Group. Antara barangan tersebut adalah Cap, Keychain, Mug, Pen dan sebagainya. Ini adalah sebagai tanda penghargaan atas sokongan semua peminat yang tak putus-putus memberi sokongan.

Aku selaku FK Admin, dengan tak sabarnya nak menunggu kepulangan FK ke Malaysia dari Bhutan, India bagi mendapatkan kata putus dan persetujuan FK kepada rancangan aku ni . Segala design barangan adalah atas persetujuan dan citarasa FK.So, pakat ramai2 sokong insan seni yang membanggakan Negeri Kedah ni.

Segala urusan jual beli adalah melalui  fanpage FK di http://www.facebook.com/faridkamil.fanpage dan juga di web rasmi FK http://www.faridkamil.com/ . Jika korang peminat FK, tunggu saja pelancarannya nanti. Bulan berapa aku tak dapat cakap lagi. Tapi insya Allah tahun ini juga. Yang pastinya barangan yang dikeluarkan nanti adalah limited edition. Kita keluar tak banyak. So nasiblah sapa yang dapat..

Actually aku rasa amat berbangga kerana dalam ramai2 kenalan FK, dia melantik aku dan 6 orang lagi sebagai FK Admin. Semuanya 7 orang je dalam Malaysia ni dan bagi wilayah utara, akulah  the only one wakilnya. Walaupun geng Admin duduk berjauhan tapi kami still berhubung setiap hari bagi memantau perjalanan karier dan fanpange FK. Kami berkerja ihklas. Semua yang kami lakukan atas dasar penghargaan terhadap kepercayaan yang dia berikan. Walaupun dah 6 tahun aku kenal FK dan dia pun ada jugak mai rumah aku, aku jarang pulak bersembang dengan dia.Tapi tak sangka pulak dia pilih aku sebagai Admin dia..hekhekhek..kembang hidungku seketika.

So..to Mr.tort, semoga shooting di India berjaya, Good Luck for that, jgn balik tangan kosong ok..Oklah aku nak sambung kerja sambil mencari idea untuk design barang2 yang lain..Arios!!!


2 ulasan:

  1. waaa.. mesti wane biru semenye.. hihi.. dulu masa belaja sokmo nampak FK, hihi..

    BalasPadam
  2. welcome 2 my blog ye .. Insya Allah...kita tunggu FK balik dari India jer..pastu kita akan launch t-Shirt ni. Tapi bukan semua design. Kita akan ikut pilihan FK sendiri. Sila bagi sokongan ye..thanks!

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...