Jumaat, 15 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - TASIK BERIS

Assalamualaikum.

Masih lagi di Daerah Sik. Tetapi untuk kali ini kita akan ke tempat terakhir yang wajib dikunjungi sekiranya tiba di daerah ini. Tasik Beris kini menjadi lambang dan kebanggaan warga Sik


pic credit to : suhaime59.wordpress.com


Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan manusia di Malaysia, yang terbentuk hasil dari pembinaan empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000. Asalnya adalah sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Batang yang terdapat didalam kampung ini ialah Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar. Jauhnya tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km atau dari Alor Setar iaitu 90 km dan kira-kira 1.6 km dari pertemuan antara Sungai Beris dan Sungai Muda. Sewaktu Kampung Sungai Batang masih wujud, kegiatan harian penduduknya ialah sebagai petani seperti menjadi pesawah, penoreh getah.


Terdapat dua batang sungai yang bersambung di Kampung Kuala dan sungai ini akan bersambung ke Sungai Muda. Sungai yang dimaksudkan ialah Sungai Kuala dan Sungai Batang. Air yang datang dari hulu Sungai Batang begitu banyak yang memberikan potensi untuk diwujudkan Tasik Beris.



Ketika Tasik Beris dalam proses pembinaan lebih seribu kubur telah dipindahkan pada tahun 2002. Kampung yang telibat ialah Kampung Batu Seketol, Kampung Sungai Batang (Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar), Kampung Ternas dan Kampung Telaga Batu. Penduduk-penduduk kampung tersebut sekarang ditempatkan di Bandar Baru Beris Jaya (BBBJ) kira-kira 10 kilometer dari Pekan Sik dan 5 kilometer dari Pekan Jeniang


Penduduk-penduduk kampung menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Sungai Batang untuk mendapatkan pendidikan awal. Tapak sekolah asal telah ditenggelami air empangan Beris. Sekolah tersebut telah ditukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya terletak berhampiran dengan penempatan penduduk-penduduk kampung di Bandar Baru Beris Jaya.


Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan untuk menyelusuri tasik ini dengan bayaran yang berpatutan. Siapa sangka, dari beberapa buah kampung akhirnya menjadi empangan yang telah banyak berjasa kepada Negeri Kedah. Terdapat 3 buah resort disepanjang Tasik Beris jika ada yang ingin menginap dan melakukan aktiviti memancing dan sebagainya.

Tasik Beris Hill View Lake Resort



pic credit to : liashah.blogspot.my


Seri Ternas Lake Resort



pic credit to : FB Seri Ternas Lake Resort


 D'PUNCAK BRIS LAKE RESORT



pic credit to : FB D Puncak Beris Lake Resort


Setiap resort memiliki keistimewaan masing-masing. Pilihan ditangan anda dan pilihlah yang bersesuaian dengan bajet. Semoga dengan entri ini, dapat memberi idea kepada yang sedang mencari tempat untuk bercuti bersama keluarga. 

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...