Rabu, 6 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - HUTAN SIMPAN ULU MUDA

Assalamualaikum

Hutan Simpan Ulu Muda merangkumi kawasan seluas 100,000 hektar di sekitar kawasan hutan Ulu Muda dan kaya dengan hidupan flora dan fauna,dengan lebih 100 spesies mamalia dan 50 spesies reptilia.Terletak di bahagian timur negeri Kedah.utan ini menjangkau ke Thailand membolehkan pergerakkan bebas kehidupan liar melintasi sempadan. Daerah Baling juga turut berkongsi kawasan dalam Hutan SImpan Ulu Muda ini.


pic credit to : percutian.jomaffiliate.net

Kawasan-kawasan yang bertaburan dengan batu-batu kecil granit adalah sebagai sumber mata air galian panas dan sembilan jilat garam, termasuk Sita Hangat, mata air galian terbesar di negara ini. Dianugerahkan dengan kecantikan alam yang terbaik, taman ekologi ini menjadi sebagai suatu simpanan untuk pelbagai mamalia Malaya liar, besar dan kecil


Sira Air Panas - Gubir (Sauna Garam Semulajadi) diakatakan yang terbesar didunia
pic credit to :  FB Mohd Shubhi Omar

Hutan ini sangat sesuai untuk pencinta alam yang ingin menyelusuri trak yang sangat mencabar, Namun untuk mengunjunginya (masuk ke dalam hutan) perlu mendapatkan kebenaran Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan menggunakan khidmat petunjuk arah yang dilantik oleh jabatan sahaja. Ini adalah untuk menjaga keselamatan pengunjung dari sesat dan sebagainya.

Jeram Kira di Sg.Lasau (Baling)
pic credit to : FB Art Galau


Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 47 Enakmen Perhutanan Negeri Kedah 1985 kerana memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran manakala bawah Seksyen 50, menggunakan jalan hutan tanpa kebenaran.

pic credit to : FB Syamin Noor Umaira

Oleh itu, jika ada yang berminat untuk menjelajah Hutan Simpan Ulu Muda ini, pastikan anda mendapat kebenaran dari pihak berkuasa. Walaupun bersyarat tapi ianya untuk jaminan keselamatan pengunjung sendiri.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...