Khamis, 14 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - REKREASI RIMBA TAKWA

Assalamualaikum.

pic credit to : waterfallquest.jimdo.com

Hutan Lipur Perangin Sik / Rimba Taqwa merupakan kawasan perkelahan awam berunsurkan alam semulajadi. Ia terletak berhampiran Pekan Sik iaitu sekitar 3 km dan mudah dihubungi melalui jalan Sik - Kg. Sik Dalam.Hutan Lipur ini amat sesuai untuk aktiviti perkelahan keluarga, mandi-manda, aktiviti berkumpulan dan aktiviti lasak yang mencabar. Kemudahan yang disediakan adalah seperti kemudahan penginapan yang mengandungi chalet, dormitori, dewan utama, bilik persidangan, dewan bankuet, restoran, gerai, kemudahan rekreasi sukan air dan permainan in-door

pic credit to : waterfallquest.jimdo.com

Disini juga terdapat kem PLKN (tidak pasti samada masih beroperasi atau tidak). Rimba Takwa pernah menjadi pilihan pengunjung terutama yang berkeluarga kerana lokasi dan keindahan alam di sini. Pun begitu, dari info terkini yang diperolehi, Rimba Takwa kini makin lesu dari pengunjung dan tidak pasti apa silapnya. Namun, ia tetap menjadi pilihan kepada jurugambar yang berminat untuk mencacap gambar alam dan air terjun di sini.

pic credit to : www.forestexplorers.com

Secara peribadi, aku amat berharap agar kemeriahan Rimba Takwa pada suatu ketika dahulu akan dikembalikan dan mohon pihak berkuasa tempatan memandang serius perkara ini. Amatlah rugi..sesuatu yang menguntungkan tetapi dibiarkan lesu..



pic credit to : FB master Syam

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...