Rabu, 13 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PERANGIN SERENDAH SEKEBUN BUNGA

Assalamualaikum.

Serendah Sekebun Bunga. Kali pertama aku menjejak kaki di sini pada tahun 2002 yang lalu. Untuk berkursus. Banyak kenangan indah di sini. Ketika itu resort ini masih baru. Masih teringat lagi, bas yang aku naiki bersama peserta kursus yang lain, tidak boleh sampai ke resort memandangkan jalan yang terlalu kecil untuk di lalui. Melangkahlah kami sejauh 50meter ke dalam.



all pics credit to : www.wanazmisik.com

Terletak di Chepir, 15km dari pekan Sik. Mempunyai 15 buah bilik termasuk 2 buah asrama yang boleh menampug sehingga 60 orang dengan kadar bayaran yang berpatutan. Ia menjadikan tempat ini lokasi pilihan untuk kursus sektor awam dan swasta. Lengkap dengan balai dan surau untuk kegunaan pengunjung.





Bagi yang ingin berkhemah di tepi sungai, peralatan berkhemah juga turut disediakan . Berbaloi untuk datang, menjauhkan diri dari kebingitan kota. Inilah tempatnya. 

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...