Ahad, 10 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - LATA LEMBU

Assalamualaikum.

Destinasi air terjun seterusnya adalah Lata Lembu. Penduduk setempat mengenalinya sebagai Lata Lembu Emas.


Hutan Lipur Lata Lembu mendapat namanya daripada batu-batan yang terdapat ...Hutan lipur ini berjarak 16km dari Pekan Sik dan 95 kilometer dari Alor Setar.





pic credit to : Syed Alfandi Photography


http://kedforestry0.tripod.com/



Air terjun Lata Lembu setinggi 30 m dengan keunikan batu-batannya sesuai digunakan untuk bermandi manda, berkelah dan berehat. Menurut lagenda, hutan lipur ini mendapat namanya sempena batu besar yang menyerupai lembu pada bahagian bawah air terjun. Boleh ditemui pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa bukit. Untuk ke hutan lipur ini, pengunjung perlu memulakan perjalanan dari Hutan Lipur Lata mengkuang dengan melalui denai sepanjang 5 km

Kawasan hutan lipur ini juga sesuai untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.Tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah meranti melantai, meranti langgong (Shorea lepidota) dan meranti tembaga.

Menurut info yang diterima, dikatakan setiap tahun pada bulan Ogos, penduduk tempatan akan mengadakan acara larian ke Lata Lembu ini. Menarik dan kepada yang berminat bolehlah menyertainya nanti.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...